Penjara mempunyai beberapa fungsi, dan fungsi utamanya adalah mengurung penjenayah berbahaya daripada menimbulkan kemudaratan awam dan berharap dapat membaikpulih supaya menjadi anggota masyarakat yang boleh menyumbang ke arah kebaikan.
Namun kadang-kadang ia boleh menjadi sesuatu yang lebih buruk, di mana kumpulan penjenayah ini berkumpul di dalam penjara dan menubuhkan kumpulan yang lebih jahat yang langsung tak hiraukan undang-undang.
BESARKAN TEKS A- A+
Memenjarakan pembunuh dan pengedar dadah tidak membantu membanteras jenayah di jalanan, sebaliknya mengumpulkan mereka di bawah satu bumbung untuk lebih bersatu. Banyak kumpulan ganas ditubuhkan dalam penjara dan terkurung di sebalik tirai besi tidak menghalang mereka untuk melakukan jenayah di luar.
iluminasi.com ingin kongsikan 7 geng penjara yang paling berbahaya dan menakutkan di dunia.
7. MS-13
Mara Salvatrucha (MS) atau juga dikenali sebagai MS-13 adalah geng penjara di El Salvador. Mereka melaksanakan dua jenis perintah dalam kumpulan ini, iaitu "kawal" dan "bunuh". Ini bermakna jika seseorang itu tak dapat dikawal, adalah lebih baik jika dia dibunuh agar tidak menyusahkan.
Geng ini terdiri daripada "rakan" yang bernama seperti Sailors, Normandy, Peajes, Uniones dan Fultons. Bekerja melalui perkongsian yang mereka panggil "La Hermandad" atau "Brotherhood," pemimpin kelompok yang dikenali sebagai "La Palabra" memberi arahan membunuh musuh, menyerang pemberi maklumat polis, memeras ahli perniagaan dan mengedar dadah.
Kini geng ini berfungsi dari dalam penjara. Mereka melakukan kekejaman terhadap pengawal yang menjaga mereka. Ketika ini terdapat lebih daripada 3,000 ahli kumpulan ini di dalam dan luar penjara, dan kebanyakannya berusia 18 tahun.
6. Texas Syndicate
Texas Syndicate berasal dari penjara Folson, California pada tahun 1970an, ditubuhkan bagi melindungi tahanan Texas yang menjadi mangsa dan sasaran kumpulan lain, terutamanya Aryan Brotherhood dan Mexican Mafia.
Kebanyakan ahli kumpulan ini adalah orang Mexico-Amerika / Hispanik namun mula menerima ahli dari Amerika Latin seperti Colombia, Cuba dan Mexico. Tak seperti kumpulan Hispanik yang lain, geng ini dikenali banyak dikaitkan dengan tawanan imigran Mexico. Sama seperti MS-13, TS juga terkenal kerana melakukan pembunuhan untuk kartel dadah.
Namun, TS tidak menyakiti mereka yang tidak bersalah, namun jumlah pembunuhan yang dilakukan adalah sangat tinggi, terutamanya kematian orang-orang yang mengkhianati mereka serta pihak musuh.
5. Nuestra Familia
Nuestra Familiah ditubuhkan pada tahun 1968 di California, dengan tujuan untuk melindungi penduduk Latin luar bandar daripada Mexican Mafia ketika berada dalam penjara. Kini, aktiviti utama geng ini membabitkan penyeludupan dan pengedaran dadah ke dalam mana-mana penjara yang mereka beroperasi.
Geng ini musuh kepada Mexican Mafia dan permusuhan ini dikatakan sebagai perang yang paling lama di California. Dianggarkan sebanyak 60 pembunuhan dilakukan oleh geng ini dalam tempoh masa 30 tahun.
Ahli Nuestra Familia yang dipenjarakan mempunyai hubungan kuat di luar penjara dan menggunakan anggota yang telah dibebaskan untuk menyeludup dadah dan barang laranganke dalam sistem penjara.
4. Aryan Brotherhood
Aryan Brotherhood adalah geng supremasis dan kumpulan jenayah terancang yang beroperasi di dalam dan luar penjara di seluruh Amerika Syarikat. Ia dikatakan ditubuhkan pada tahun 1964, oleh seorang penunggang motosikal dari Ireland, di San Quentin State Prison sebagai tindak balas kepada berakhirnya polisi pengasingan kaum di penjara AS.
Juga dikenali sebagai AB, The Brand atau Alice Baker, geng ini dipercayai mempunyai 20,000 ahli ekslusif daripada orang kulit putih, di dalam penjara dan juga yang bebas. Aktiviti geng penjara ini termasuklah menyeludup barang larangan, mengedar dadah, membunuh dan pelacuran.
Walaupun hanya terdiri daripada 1% populasi penjara di AS, namun dipercayai mereka adalah dalang disebalik 20% daripada pembunuhan di dalam semua penjara.
3. Black Guerrilla Family
Black Guerilla Family (BGF) ditubuhkan pada tahun 1966 merupakan antara geng penjara yang popular dalam sistem Penjara California, namun ideologi mereka agak lain daripada yang lain. Juga dikenali sebaga "Black Family" atau "Black Vanguard", geng ini adalah yang paling berorientasikan politik yang dibentuk di bawah payung Black Power Movement.
Matlamat mereka adalah ingin menghapuskan perkauman, berjuang mengekalkan martabat mereka di penjara, dan menggulingkan kerajaan Amerika Syarikat. Ahli-ahli BGF dipaksa untuk mengangkat sumpah mati, menjanjikan kehidupan mereka kepada geng ini.
Jenayah yang dilakuka mereka termasuklah mengedar dadah, mencuri kereta dan membunuh.
2. Mexican Mafia
Juga dikenali sebaga "La Eme", iaitu bahasa Sepanyol untuk huruf "M", Mexican Mafia adalah geng yang paling berkuasa dalam sistem penjara di California.
Gelaran ini diperoleh kerana mereka sangat teratur, berkuasa dan mempunyai asal-usul yang mendalam dalam sistem penjara dan juga komuniti Hispanik di California Selatan.
Ditubuhkan pada tahun 1960an, keganasan melampau Mafia Mexico telah melahirkan banyak geng yang ditubuhkan untuk melindungi diri mereka daripada geng ini. Dengan hubungan yang sangat erat dengan kartel dadah Mexico, La Eme sangat berbahaya di dalam dan di luar penjar
1. Numbers Gang
Walaupun banyak geng yang paling berbahaya dan ganas berasal dari sistem Penjara California, namujn gelaran Paling Berbahaya adalah miliki Geng Nombor, dari Afrika Selatan. Sejak pembentukannya pada tahun 1911, dipercayai bahawa geng ini mengawal hampir kesemua penjara di Afrika Selatan.
Mereka membahagikan ahli-ahlinya kepada 3 bahagian, 26, 27 dan 28. 26 bertanggungjawab memperoleh wang melalui pencurian, perjudian atau jenayah melibatkan wang yang lain. 27 pula merupakan pemelihara undang-undang dalam kalangan geng dan 28 adalah pahlawan.
Geng Nombor adalah geng yang sangat ganas yang terkenal kerana menyerang penjaga dan pengawal penjara. Di Penjara Pollsmoor, yang mana ahli kumpulan ini adalah yang terbanyak, hampir 50% daripada pengawal penjara telah ditikam.
Mereka mempunyai peraturan yang ketat, serta pelbagai upacara wajib yang diberikan kepada hari-hari yang berbeza dalam seminggu. Jika peraturan dilanggar, mereka akan diberi perbicaraan yang boleh menyebabkan kematian.
Ahli paling terkenal dalam geng ini adalah John Mongrel, Jeneral bagi 28 di Penjara Pollsmoor. John dipercayai bertanggungjawab ke atas 1,000 pembunuhuan dan mengaku secara terbuka bahawa dia boleh membunuh mana-mana kakitangan, penagawal, kapten atau warden penjara, jika dia mahu.