Oleh pada 01 Mar 2018 kategori

graduan baru sukar mendapat kerja

Keadaan ekonomi yang tidak menentu membuatkan ramai graduan baru garu kepala memikirkan masa depan mereka. Kesukaran untuk mendapatkan kerja ketika ini adalah sangat membimbangkan.

Bukan sahaja menjadi kebimbangan graduan baru, malah ramai pekerja senior yang diberhentikan disebabkan oleh tekanan ekonomi.

iluminasi.com kongsikan 5 faktor utama kesukaran mendapat pekerjaan oleh graduan baru menjelang 2018.

BESARKAN TEKS     A-  A+

1. Kos operasi yang tinggi

kos operasi semakin meningkat membuatkan graduan baru sukar dapat kerja

Mungkin ramai yang menyedari bahawa ekonomi yang tidak stabil membuatkan kos operas semakin meningkat. Antaranya adalah majikan perlu menanggung Skim Insurans Pekerjaan (EIS) dan juga cuti bersalin 90 hari untuk pekerja sektor awam bermula 2018.

Disebabkan ini, para majikaan lebih berhati-hati dalam mengambil pekerja baru, memaksa graduan untuk menerima apa sahaja pekerjaan yang menawarkan gaji yang lebih rendah, atau melakukan kerja-kerja separuh masa yang lain, menurut Shamsuddin Bardan, direktor Persekutuan Majikan Malaysia.

2. Tiada pengalaman bekerja

graduan baru kurang pengalaman kerja

Memang bukan bagi tahun 2018 sahaja pengalaman itu penting, namun graduan baru yang tidak mempunyai pengalaman bekerja berhadapan kesukaran mendapat yang sangat tinggi. Lebih-lebih lagi jika anda mahukan gaji yang lumayan.

Jadi, amatlah penting bagi graduan-graduan mempunyai pengalaman bekerja, sebagai contoh latihan industri atau mempunyai kemahiran-kemahiran yang lain. Graduan baru juga dinasihatkan supaya menerima tawaran kerja walaupun ia memberikan gaji yang rendah.

Ia kerana pengalaman bekerja itu sendiri lebih penting daripada gaji, bagi menyiapkan mereka untuk tawaran kerja yang memerlukan pengalaman.

3. Kurang kemahiran IT

graduan baru kurang kemahiran it

Dikala terdapat ramai graduan baru yang menganggur, kemahiran tambahan memainkan peranan yang sangat penting.

Mereka yang mempunyai kemahiran IT mempunyai kelebihan yang sangat tinggi berbanding mereka yang tidak. Perkara ini dipersetejui oleh Yeah Kim Leng, profesor di Sunway University Business School. 

Lebih-lebih lagi dalam bidang seperti artificial intelligence dan juga e-dagang yang membolehkan kontraktor persendirian dan pekerja bebas diupah, tanpa perlu bekerja sepenuh masa. Mereka ini dibayar mengikut setiap projek yang disiapkan.

4. Kurang peluang pekerjaan di beberapa industri

Pada tahun 2018, sektor swasta, industri perbankan dan beberapa sektor lain tidak mampu menawarkan kekosongan yang cukup.

Malah, industri pembinaan, elektronik dan juga seangkatan dengannya seperti pengangkutan dan penghasilan simen juga agak perlahan.

5. Kerja alternatif

graduan baru harus cari peluang kerja alternatif

Namun, tak perlu dibimbangkan kerana sementara menunggu untuk diterima masuk, graduan baru boleh melakukan pekerjaan separuh masa yang mana peluangnya di mana-mana sahaja.

Antaranya adalah perniagaan secara atas talian, berniaga produk makanan dan minuman secara food truck, mahupun pekerjaan seperti memandu teksi Uber atau Grab bagi mereka yang mempunyai kenderaan sendiri.

Selain itu, sebanyak 120 juta peruntukan pinjaman bakal diberikan kepada 1,000 food truck 1 Malaysia, yang mana diumumkan oleh Perdana Menteri, Dato Seri Najib dalam Bajet 2018.

Rujukan :

1. World of Buzz

2. FMT




Hakcipta iluminasi.com (2017)