Oleh pada 10 Jun 2019 kategori

Pemerintahan monarki biasanya berfungsi dengan takhta tertinggi yang memipin sesebuah negara atau wilayah diwariskan kepada saudara lelaki terdekat, iaitu anak lelaki dan seterusnya.

Dalam sejarah, terdapat pelbagai raja di seluruh dunia yang mempunyai rekod pemerintahan yang sangat menakjubkan, namun hal itu tidak berlaku kepada pewaris mereka.

Malah, pewaris mereka pula yang menjadi pemusnah segalanya. iluminasi.com kongsikan 5 raja dengan sejarah pemerintahan yang hebat namun diwarisi oleh anak yang teruk.

BESARKAN TEKS     A-  A+

5. Louis The Pious

louis the pious pewaris raja yang teruk

Louis the Pious adalah raja empayar Franks dan Romawi Suci dari tahun 814 hingga 840. Dia pada mulanya adalah maharaja bersama ayahnya, Charlemagne dari tahun 813 sehingga kematian bapanya pada tahun 814.

Charlemagne telah menyatukan banyak kawasan di Eropah Barat dan menguatkuasakan kepercayaan Kristian kepada rakyatnya.

Charlemagne sering diingati sebagai "bapa Eropah." Ketika dia meninggal, dia meninggalkan sebuah benua yang telah bersatu di bawah pimpinannya dan diserahkan kepada anaknya yang ditakdirkan untuk meneruskan kehebatannya.

Pemerintahan Louise sendiri bertahan selama 26 tahun dan sama ada ia berjaya atau tidak bergantung pada bagaimana anda melihatnya.

Dia berjaya mengekalkan Empayar Carolingian yang dicipta oleh bapanya, tetapi dia memimpinnya ke arah perang saudara.

Louis mempunyai tiga anak lelaki dan membahagikan empayar itu di antara mereka dalam rancangan pewarisan, tetapi ini akhirnya membawa kepada pertengkaran di antara ketiga-tiga anaknya.

Louis pada satu ketika digulingkan daripada takhtanya dan dipaksa untuk mengaku serta menebus dosa-dosa yand dilakukannya secara terbuka.

Walaupun mendapat semula takhtanyna, kuasa Louis merosot secara konsisten dan apabila dia meninggal dunia, satu lagi perang saudara meletus di Eropah melibatkan wilayah-wilayah yang dipegang anak-anaknya.

4. Edward VIII

edward viii pewaris raja yang bermasalah

Edward VIII menggantikan ayahnya, George V, pada tahun 1936 selepas George memerintah Empayar Britain selama 26 tahun dengan jayanya.

Raja George V membesar untuk menjadi raja England yang dikagumi yang telah mengemudi negaranya melalui Perang Dunia I, melalui revolusi negara-negara lain dan melalui landskap politik yang berubah di England.

George mempunyai hubungan yang tegang dengan anak sulungnya Edward, yang dikhabarkan mempunyai kehidupan sosial liar yang termasuk skandal dengan wanita berprofil tinggi.

Edward dianggap tidak mengikut tradisi dan sukar untuk dijangka, membuatkan George V lebih cenderung untuk mewariskan takhtanya kepada anak kedua, Putera George.

Ketika George V meninggal pada Januari 1936, Putera Edward diangkat menjadi Raja Edward VIII. Bagaimanapun, sebelum tamatnya tahun berkenaan, Edward tidak lagi bergelar raja.

Edward mencetuskan krisis apabila dia melamar kepada Wallis Simpson, seorang janda dari Amerika Syarikat yang dianggap tidak dapat diterima secara sosial untuk berkahwin dengan raja Inggeris.

Edward VIII melepaskan takhtanya untuk berkahwin dengan Wallis, menyebabkan berlakunya sensasi awam yang besar.

Dia juga dikhabarkan menyokong pandangan pro-Nazi dan juga melawat Jerman sebelum Perang Dunia II meletus. Edward VIII menghabiskan sebahagian besar hidupnya bersama Wallis di luar England dan tidak diingati dalam sejarah monarki British.

3. John

raja john pewaris raja yang teruk

John adalah raja Inggeris dari 1199 hingga 1216 dan mengikuti jejak langkah salah satu raja Inggeris paling terkenal dalam sejarah, Richard "the Lionheart".

Dalam kes ini, John sebenarnya adalah adik Richard. Namun bapa mereka iaitu Henry II juga menjadi raja yang berjaya di England.

Henry telah meletakkan asas-asas yang kini dikenali sebagai Undang-undang Biasa di England dan dia berjaya menubuhkan dominasi Inggeris di Ireland.

John pernah menyerang Richard semasa salah satu pertikaian keluarga mengenai warisan dan menjadi raja England pada tahun 1199. Pemerintahan John digelar sebagai salah satu pemerintahan yang paling buruk dalam sejarah bahasa Inggeris.

Dia diberikan nama julukan iaitu "John Lackland", kerana dia menyebabkan kehilangan banyak kawasan milik bapanya termasuklah Normandy yang merupakan kampung halaman keluarga mereka.

Dia juga dikatakan paranoid dan tersangat ganas kerana ramai orang binasa kerana perintahnya. John juga dikaitkan dengan kes pembunuhan anak saudaranya yang berusia 16 tahun, Arthur of Brittany.

Dikatakan bahawa John telah membunuh Arthur ketika mabuk. Disebabkan rekod buruk ini, John diingati dalam sejarah mereka dengan begitu buruk, berbanding abang dan ayahnya.

2. George IV

george iv 994

George IV, yang lazimnya diingati sebagai putera pemangku raja, memerintah United Kingdom selama 10 tahun selepas kematian bapanya, George III.

George III memerintah hanya dalam tempoh kurang dari 60 tahun dan diingati atas sumbangannya dalam kemajuan pertanian negaranya tetapi juga terkenal sebagai pemerintah kejam yang memerintah kawasan yang kini dikenali sebagai Amerika Syarikat sebelum Deklarasi Kemerdekaan.

Walau bagaimanapun, tidak dinafikan bahawa anaknya George IV merupakan satu kekecewaan besar dan membuatkan orang ramai lebih ragu-ragu terhadap monarki ini.

Gaya hidup George adalah tersangat mewah di mana dia mempunyai ramai anak luar nikah, banyak berhutang, obesiti dan ketagihan alkohol.

Dia diingati oleh sejarah kerana cara hedonistiknya berbanding dengan kemajuan negara yang dilakukan di bawah pemerintahannya. Ini kerana sumbangannya telah dikaburi dengan persepsi orang awam yang buruk terhadapnya.

Selepas kematian George, akhbar British menulis, "Tidak pernah ada seorang individu pun yang kurang ditangisi oleh sesama makhluk daripada raja yang mati ini,".

Kematian ini mengakhiri pemerintahan George IV, yang tidak meninggal pewarisi untuk mewarisi takhtanya.

1. Constantine III

constantine iii

Hercalius Novus Constantinus Augustus, yang dikenali sebagai Constantine III, memerintah Empayar Byzantine hanya 4 bulan pada AD 641.

Dia menggantikan bapanya, Heraclius, yang telah berkuasa selama 30 tahun dan telah membangunkan kedudukan rakyatnya di dunia.

Heraclius telah memenangi banyak pertempuran seperti dengan Parsi dan orang Arab, serta bertanggungjawab menjadikan Yunani sebagai bahasa rasmi empayarnya dan bukannya Latin.

Warisannya dikatakan terjamin apabila dia meninggal pada AD 641.

Sebaliknya, Konstantine III, mengambil takhta tersebut dalam perkongsian bersama dengan saudara tirinya, Heraklonas.

Di dalam apa yang dilihatkan seperti pertempuran Game of Thrones terhadap siapa yang benar-benar akan menjadi raja, Constantine mati  dalam masa 4  bulan, meninggalkan Heraklonas sebagai maharaja tunggal.

Constantine juga terpaksa berhadapan dengan seorang jeneral yang mahukan pembayaran untuk mendapatkan kesetiaan.

Kematiannya yang mencurigakan disebabkan oleh "tuberkulosis" dikhabarkan telah diracun oleh ibu Heraklonas, Martina. Dan disebabkan ini, Heraklonas terpaksa mengundurkan diri sebagai pemerintah.

Rujukan:

1. Byzantium

2. English Monarchs

3. BBC




Hakcipta iluminasi.com (2017)