Dulu, semasa era 80-an dan 90-an, aktor-aktor inilah yang menjadi kegilaan para wanita. Masa tu Fattah Amin pun belum lahir kot. 

Kini kebanyakan selebriti ini sudah menjangkau usia 50 tahun tapi ada yang masih segak bergaya dan masih aktif jadi hero filem/drama. Ada juga yang sudah meninggalkan dunia lakonan. Siapakah mereka? Jom kita lihat.

#1 Azhar Sulaiman

Mula menceburkan diri dalam bidang lakonan sejak tahun 1989, Azhar Sulaiman terkenal kerana wajah 'babyface'nya serta senyuman yang menawan. Azhar juga dikenali kerana kebolehannya bertutur bahasa Inggeris dengan lancar, mempunyai pendidikan tinggi dalam bidang senibina dan merupakan seorang arkitek bertauliah.

Namanya sering meniti bibir peminat sejak beraksi di layar perak dalam filem Mira Edora pada tahun 1990. Pada tahun 1993, Azhar menjadi watak utama dalam filem Abang 92 yang meletup di pawagam dan beliau terus semakin laris memenuhi permintaan pengarah drama dan filem tanah air ketika itu.

azhar sulaiman terkini

Azhar masih aktif dalam lakonan dan pengacaraan sehingga ke hari ini.

#2 Datuk Yusof Haslam

Mohd Yusof bin Md. Haslam Khan merupakan seorang pengarah filem terkenal di Malaysia. Sebut sahaja Datuk Yusof Haslam, semua orang kenal dan tahu nama filem yang beliau pernah hasilkan. 

yusof haslam beraksi dalam bukit kepong

Sebelum menjadi pengarah, beliau merupakan salah seorang hero kegemaran rakyat Malaysia sejak tahun 70-an lagi. Lakonan mantapnya bersama Datuk Jins Shamsuddin dalam filem Bukit Kepong berjaya menjadi sebutan ramai sehingga ke hari ini.

yusof haslam terkini 702

Kini Datuk Yusof Haslam lebih banyak bekerja di belakang tabir dan memperkembangkan perniagaannya dalam pelbagai bidang.

#3 Dato' Awie

awie lagenda rock bersama amy search

Dato' Awie memulakan kerjayanya sebagai seorang vokalis bagi kumpulan rock terkemuka tanah air, Wings. Beliau kemudian melebarkan sayap ke bidang lakonan melalui filem Pemburu Bayang pada tahun 1993. Filem yang menggandingkannya dengan ratu rock Malaysia, Ella berjaya memecahkan panggung dan dari situ Awie terus mengorak langkah dalam perfileman.

awie terkini semasa majlis perkahwinan bersama isteri yang ke 3

Walaupun sering dilanda kontroversi dan gosip, namun Dato' Awie tidak patah semangat dan masih aktif berlakon drama, filem dan teater sehingga ke hari ini. Filem terakhirnya adalah Upin Ipin Jeng Jeng Jeng pada tahun lepas.

#4 Eman Manan

eman manan menang anugerah pelakon lelaki terbaik filem bintang malam

Eman Manan telah beberapa kali memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia sepanjang penglibatannya dalam dunia seni. Eman Manan atau nama sebenarnya Abdul Manan bin Embong mula berjinak-jinak dalam lakonan pada tahun 1980-an. Namanya mula diangkat setelah memegang watak utama menerusi filem Matinya Seorang Patriot semasa bergandingan dengan Noor Kumalasari.

eman manan terkini

Sehingga ke hari ini, Eman Manan masih lagi bergiat aktif dengan membintangi drama serta telefilem tempatan.

#5 Azmil Mustapha

Siapa tak tahu filem Ali Setan tahun 1985? Sampai sekarang boleh gelak mengekek kalau tengok cerita tu. Watak hero dalam filem itu, Azmil Mustapha merupakan seorang graduan dalam bidang perfileman dari Universiti Indiana, Amerika Syarikat pada tahun 1979. Maka tak hairanlah beliau mampu menjiwai watak-watak yang diberikan dengan baik.

azmil mustapha ali setan

Pada tahun 2005, Azmil telah mengambil keputusan untuk berhenti berlakon dan meneruskan kerjaya sebagai penceramah bebas lantaran penghijrahan dirinya. Kini beliau lebih selesa dengan penampilan ringkas berserban dan memakai jubah putih.

azmil mustapha terkini

#6 Faizal Hussein

Pelakon kacak dan tinggi lampai yang dilahirkan pada 31 Mei 1967 ini merupakan anak kepada pasangan pelakon Hussein Abu Hasan dan Mahyon Ismail.

faizal hussein dalam gila gila remaja

Filem yang melonjakkan namanya adalah Gila-Gila Remaja pada tahun 1985 yang merupakan hasil arahan ayahnya sendiri dan dalam filem itu Faizal bergandingan bahu bersama sepupunya, Rosyam Nor. Kejayaan filem itu telah meletakkan Faizal Hussein sebaris dengan pelakon-pelakon hebat yang lain. Filem lakonon Faizal seperti Bayangan Maut, XX Ray, Leftenan Adnan semuanya pecah panggung.

faizal hussein terkini

Sehingga ke hari ini, walaupun sudah berusia 50 tahun, Faizal masih lagi menerima watak-watak hero untuk filem, telemovie dan drama justeru membuktikan bahawa usia bukanlah penghalang untuk terus kekal dalam industri.

#7 Sidi Oraza

Pelakon yang berasal dari Pulau Pinang ini dikatakan agak selektif dalam memilih karya lakonan beliau. Syed Osman bin Syed Rastan, atau lebih dikenali sebagai Sidi Oraza walau bagaimanapun berjaya menempa nama dalam dunia anak seni apabila beliau dinobatkan dua kali sebagai Pelakon Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia menerusi filem Sayang Salmah dan Layar Lara.

sidi oraza dahulu rupanya takut dengan perempuan

Pada awal tahun 2000, Sidi Oraza telah membuat keputusan untuk tidak meneruskan kerjayanya sebagai seorang pelakon atas faktor kesihatan. Beliau kemudian memberikan sepenuh perhatian kepada perniagaan yang dibangunkan bersama abangnya yang berkonsepkan pertanian dan perladangan.

sidi oraza terkini

Kini, Datuk Syed Osman merupakan seorang usahawan berjaya yang banyak membantu peniaga dan petani kecil sehingga berjaya menerima Anugerah Keusahawanan-Bio Terbaik pada 2015.

#8 Edika Yusof

Edika Yusof dikatakan aktor yang paling kacak pada zaman 90-an dahulu. Model tinggi lampai dan berdarah kacukan Pakistan ini mencipta nama melalui filem Pelumba Malam dan Maria Mariana.

edika yusof dahulu

Edika Yusof meninggalkan dunia seni kerana perlu memikul tanggungjawab menjaga isterinya yang lumpuh sejak 13 tahun lalu. Beliau kini tampil dengan imej berambut botak kerana menunaikan nazar untuk tidak berambut selagi isterinya belum pulih.

edika yusof terkini

Setelah hampir 20 tahun tidak beraksi di hadapan kamera, Edika akhirnya telah menerima tawaran daripada Datuk Shah Rezza untuk membintangi sebuah filem yang ditayangkan di saluran Astro First berjudul Permata Hati.

#9 Rosyam Nor

rosyam nor semasa muda 898

Rosyam Nor mula dikenali setelah debut filem pertamanya, Gila-gila Remaja pada tahun 1985 di mana beliau berlakon bersama-sama sepupunya, Faizal Hussein. Namun, kejayaan box office Rosyam hanya datang hampir 10 tahun kemudian dengan filem Suami, Isteri dan ...

Rosyam terkenal dengan kebolehan lakonannya yang versatil dan telah merangkul banyak anugerah sepanjang penglibatannya dalam bidang seni.

rosyam nor terkini

Kini, Rosyam lebih banyak mengarah dan menerbitkan filem. Beliau juga yang tidak lokek ilmu telah banyak membantu pelakon-pelakon baru menempa nama dalam industri sehingga terkenal.

#10 Badrul Muhayat

badrul muhayat hero remaja

Badrul mula berlakon dengan filem Riang Tirana pada tahun 1990. Namun, cerita yang membuatkan namanya melonjak naik adalah filem Harry Boy di mana dia bergandingan dengan Sofea Jane, seorang aktres wanita terkenal ketika itu.

Badrul masih aktif berlakon sehingga ke hari ini.

badrul muhayat terkini




Hakcipta iluminasi.com (2017)