Oleh pada 25 Sep 2023 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

         

Konsert minggu kedua All Stars Gegar Vaganza 2023 bakal menyaksikan 16 penyanyi popular bersaing dalam persembahan yang bertemakan 'Nyanyi Ikut Tekak Sendiri'.

Dalam pertandingan yang akan dijalankan pada Ahad ini, para peserta akan melantunkan lagu-lagu pilihan mereka sendiri sebagai mematuhi konsep yang disajikan.

Senarai penyanyi handalan yang akan berjuang terdiri daripada Datuk Aishah, Zamani (Slam), Ayai (Illusi), Liza Hanim, Siti Nordiana, Ezad Lazim (Exists), Tomok (New Boyz), Naqiu (Boboy), Jaclyn Victor, Azharina Azhar, Noryn Aziz, Hady Mirza (Singapura), Aliff Aziz, Nikki Palikat, Cliff Umar dan Suki Low.

Ini merupakan senarai lagu yang akan mereka pertaruhkan pada hujung minggu ini.

         

gegar vaganza 67916

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

       

Senarai Lagu Konsert Gegar Vaganza 2023 (GV10) Minggu Kedua

1. Naqiu - Setahun Sudah Berlalu (Alleycats)

2. Siti Nordiana - Sepi (Aina Abdul)

3. Zamani - Sambutlah Kasih (Lovehunters)

4. Jaclyn Victor - Sepi Sekuntum Mawar Merah (Ella)

5. Aishah - Flashdance What A Feeling (Irene Cara)

6. Nikki Palikat - Bersama Akhirnya (Ziana Zain)

7. Tomok - Malam (Kembara)

8. Liza Hanim - Setelah Aku Kau Miliki (Shima)

9. Hady Mirza - How Am I Supposed To Live Without You (Michael Bolton)

10. Ayai Illusi - Bunga Pujaan (Eddy Solitonga)

11. Noryn Aziz - Akhirnya Kini Pasti (Anita Sarawak)

12 - Ezad Lazim - Potret (Akim & The Majistret)

13. Suki Low - Tak Ingin Usai (Keisya Levronka)

14. Azharina Azhar - Ayah (The Mercy's)

15. Cliff Umar - Laskar Cinta (Dewa 19)

16. Aliff Aziz - Sampai Mati (Hazama)

        

Lagu Pembukaan - Nabil Ahmad, Elly Mazlein & Jihan - Pujaanku (Kugiran Masdo feat Aisyah Aziz)

          

Baca: Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2023 All Stars (Musim 10)

Baca: Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 All Stars Gegar Vaganza 2023 (Musim 10)

Baca: Biodata Penyanyi Ayai Illusi, Peserta Gegar Vaganza 2023 All Stars Musim 10 (GV10)

Baca: Biodata Penyanyi Azharina Azhar, Peserta Gegar Vaganza 2023 All Stars Musim 10 (GV10)

             

Untuk musim baru ini, bangku juri tetap masih mengekalkan penglibatan Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat yang turut berperanan sebagai pengkritik.

Konsert GV10, yang juga dikenal sebagai Gegar Vaganza X ini, diadakan di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan disiarkan setiap hari Ahad pada pukul 9 malam secara langsung di Astro Ria (saluran 104), bermula 24 September 2023.

Pengacara Nabil Ahmad berganding bahu dengan Elly Mazlein dan Jihan Muse untuk menceriakan suasana pertandingan.

GV10 juga boleh diakses dalam talian (online) melalui perkhidmatan penstriman yang disediakan oleh syarikat televisyen berbayar itu, iaitu aplikasi Astro Go dan Sooka, serta platform On Demand menerusi Astro Box.

Untuk maklumat mengenai format penjurian, hadiah dan butiran lengkap mengenai rancangan ini, rujuk artikel: Info Penuh Program Gegar Vaganza Musim 10 (2023)

          

Kredit video: [LIVE] Gegar Vaganza 2023 Live + Minggu 1

        




Hakcipta iluminasi.com (2017)