Kredit foto: Instagram Fattah Amin

Pelakon Fattah Amin mengakui segala tohmahan dan kritikan orang ramai terhadapnya adalah penyumbang kepada kejayaannya hari ini.

Dia turut berterima kasih dengan gelaran 'pelakon kayu' yang diberikan oleh sesetengah pihak kerana cemuhan itu yang mendidiknya untuk terus memperbaiki mutu lakonan.

fattah amin dedah punca kemenangan 2

Kredit foto: Instagram Fattah Amin

Sampai sekarang saya masih tak percaya dengan kejayaan dan rezeki yang saya terima. Bagaimanapun bukan senang hendak sampai ke tahap ini, saya menerima pelbagai kritikan termasuk pelakon 'kayu' pada awal pembabitan lakonan saya. Ramai tak tahu saya bermula dengan melakukan kerja belakang tabir sebagai kru produksi dan hanya menceburi bidang lakonan dengan tiada ilmu lakonan langsung. Namun saya puas hati apa yang saya capai sekarang kerana dengan kritikan yang saya terima saya banyak belajar untuk memperbaiki lakonan saya. Jadi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada yang pernah mengkritik dan mengutuk saya sebelum ini.

Sumber: Astro Gempak

Menjadikan aktor Rosyam Nor sabagai idola, dia mengimpikan untuk bergelar pelakon hebat dan bertahan lama dalam industri hiburan.

fattah amin dedah punca kemenangan 3

Kredit foto: Instagram Fattah Amin

Saya mahu jadi seperti Rosyam Nor, pelakon versatile yang bertahan hingga kini. Saya pernah berlakon dengannya dan saya kagum melihatnya bekerja dan tak mustahil dia boleh bertahan sehingga sekarang dan digelar Hero Malaya.

Sumber: Astro Gempak

Dalam acara Anugerah Bintang Popular Berita Harian 30 (ABPBH 3.0) yang berlangsung Ahad lalu, Fattah mengungguli empat trofi kemenangan iaitu bagi kategori Pelakon TV Lelaki Popular, Gandingan Serasi Drama, Artis Sensasi dan Bintang Paling Popular. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)