Kredit foto: Instagram Fattah Amin

Tidak dinafikan percubaan pelakon Fattah Amin menerbitkan single pertamanya, Wanita Terakhir sebelum ini membuahkan hasil. Lagu tersebut mendapat sambutan yang baik kerana publisiti yang meluas - dibantu oleh gosip percintaannya bersama pelakon Neelofa yang menjadi bualan hangat ketika itu. 

Selepas mengeluarkan lagu, kini Fattah bakal membawa jenama 'Wanita Terakhir' ke dalam bentuk novel pula. 

fattah amin bakal lancarkan novel pula 2

Kredit foto: Instagram Fattah Amin 

Buku novel tersebut bakal berada di pasaran mulai Sabtu ini.

Novel ini memang diadaptasikan daripada lagu berkenaan. Sama seperti lagu itu yang dijadikan hadiah untuk peminat, yang tidak putus-putus memberikan sokongan kepada saya, termasuk kumpulan Lofattah (gabungan Neelofa dan Fattah), saya berharap lagu ini dapat meneruskan penghargaan saya buat mereka. Kejayaan dan pencapaian saya selama ini takkan hadir tanpa sokongan semua peminat.

Sumber: BH Online

Terdahulu, Fattah terbit dengan buku 'Kata-Kata #QalifModen Fattah Amin'. Penerbitan buku tersebut mendapat kecaman sesetengah pihak kerana harga yang mahal, selain didakwa kualiti yang tidak setara dengan harga. Meskipun begitu, ia mendapat perhatian ramai dan hasil jualan yang baik. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)