Oleh pada 02 Apr 2017 kategori

Kredit foto: The Sun Daily

Baru-baru ini satu dakwaan mengatakan pelakon Fattah Amin ada menyimpan rasa cemburu dengan keakraban hubungan Neelofa dan Datuk Rosyam Nor sejak mereka berganding menduduki kerusi pengkritik tetap Maharaja Lawak Mega 2017. 

Susulan itu, Rosyam telah memuat naik sekeping foto di laman Instagramnya yang disertakan dengan kapsyen berikut: 

Apa yang kau tidak puas hati dengan aku ni, aku ada kacau budak tokeh tudung tu ke atau ... korang tolong sambung dialog aku.

Pelbagai dialog sambungan yang dilontarkan oleh para pengikutnya, dan antara yang mencuri perhatian adalah kapsyen-kapsyen berikut:

atau kau jealous aku jadi juri dengan budak tokeh tudung kat MLM, kau jeles dengan aku sebab tiap-tiap minggu aku dating dengan dia di MLM 2017, atau kau tidak puas hati sebab aku sweet dengan neelofa, atau pon ko jeles sbb aku dapat jumpa dia setiap minggu.

Peminat bagaimanapun terhibur dengan jenaka yang dilontarkan Rosyam. Ada yang siap memberikan bintang kepada percubaan lawak tersebut - dan rata-ratanya memberikan 5 HA! 

datuk rosyam nor usik fattah amin 2

Kredit foto: Instagram Rosyam Nor 




Hakcipta iluminasi.com (2017)