Kredit foto: Mynewshub

Semalam, dua bintang drama sensasi Suri Hati Mr. Pilot, Neelofa dan Fattah Amin disatukan semula dalam Karnival Throwbaek Drama yang berlangsung di Nu Sentral.

Pertemuan semula di hadapan umum setelah sekian lama 'berpisah' kerana kontroversi panas yang berlaku sebelum ini menjadi medan pengubat rindu buat peminat Lofattah yang hadir. 

Apa yang paling mencuri perhatian adalah apabila Fattah Amin secara selamba menyanyikan lagu 'Wanita Terakhir' di hadapan Neelofa membuatkan peminat Lofattah tidak berhenti menjerit. 

'Insiden' tersebut membuatkan peminat menyimpan hasrat agar dua pelakon ini kembali bersama. 

Ini antara kapsyen peminat yang paling mencuri perhatian ramai di laman sosial selepas acara tersebut berlangsung. 

Sama cantik, sama kacak, sama padan #lofattahofficial

Feeling betul Fattah nyanyikan lagu wanita terakhir #lofattahofficial

Dari mata turun ke hati gittew #doakanyangbaikbaik #surihatimrpilot #Lofattahofficial

Akaun Instagram (IG) Lofattah Official yang kini diikuti oleh 57 ribu pengguna turut berkongsi beberapa foto mesra dua pelakon terbabit yang sempat dirakam. 

Adakah dua pelakon ini akan kembali berganding bersama? Sama-sama kita nantikan. 

fattah amin dan neelofa disatukan semula 2

fattah amin dan neelofa disatukan semula 3

Sumber berita: Astro Gempak 




Hakcipta iluminasi.com (2017)