Kredit foto: Instagram Roslan Shah & Instagram Aidil Aziz

Pengacara dan pelakon, Roslan Shah, menarik perhatian umum apabila secara terbuka mencabar pelakon Aidil Aziz untuk bersemuka dengannya.

Menerusi kenyataan dikirimkan di laman Instagram, Roslan mendedahkan, Aidil tidak mengotakan janji serta menyifatkan aktor itu sebagai manusia yang lupa diri.

aidil aziz aku cabar kau roslan shah mengamuk 2

Kredit foto: Instagram Roslan Shah

"Bro jom berjumpa... Aku cabar kau! Aidil Aziz aku cabar kau! Kau manusia lupa diri... Mana janji-janji kau bro," tulisnya bersama foto yang dimuatnaik memperlihatkan dirinya bersama Aidil dalam sebuah acara.

Entri itu mencetuskan pertanyaan netizen kerana tidak mengerti isu sebenar mengakibatkan hubungan kurang baik mereka.

Disangka cerita benar, kontroversi itu rupa-rupanya 'prank' Roslan terhadap Aidil bersempena dengan hari lahirnya yang ke-31 pada malam Rabu.

aidil aziz aku cabar kau roslan shah mengamuk 3

Kredit foto: Instagram Roslan Shah

"Kena prank bro @itsaidilazizi tadi melalui whatsapp. Prank birthday, semoga panjang umur dan murah rezeki," tulisnya dalam sebuah lagi kiriman terbaharu.

Pada masa sama, Roslan yang juga dikenali sebagai artis serba-boleh berharap hubungan dijalinkan Aidil dengan temannya, Fasha Sandha menemui pengakhiran yang baik sebagai pasangan suami isteri.

Roslan yang mengagumi keperibadian Aidil berkata, di mata seorang rakan, dia melihat aktor itu sebagai lelaki yang merendah diri, berdikari, menghormati orang lain serta menjaga solat.

"Inilah artis, pelakon yang sangat merendah diri, berdikari, menghormati serta senang berkerja sama dengannya.

"Cik Lan doakan Aidil dan @fashasandha sampai ke jinjang pelamin, Amin. Kalau Jodoh mereka berdua memang tepat dan sepadan kerana Aidil solat tak pernah tinggal semasa di Singapura itu yang Cik Lan kagum caranya," katanya.

Dalam perkembangan lain, Fasha mengadakan kejutan parti hari lahir buat Aidil bertempat di sebuah hotel yang mana turut dimeriahkan dengan kemunculan teman rapat mereka sebagai tetamu.




Hakcipta iluminasi.com (2017)