Oleh pada 13 Dec 2018 kategori

Biodata

Nama penuh: Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak

Nama popular: Aidil Zafuan

Tarikh lahir: 3 Ogos 1987

Umur: 31 tahun

Tempat lahir: Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia

Pekerjaan: Pemain bola sepak

Media sosial: Instagram @_aidil.zafuan_

Fakta Menarik

1. Abang kepada pemain bola sepak, Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak atau Zaquan Adha yang juga merupakan kembarnya.

2. Bekas pelajar Sekolah Sukan Bukit Jalil.

3. Mula menjadi wakil negara dalam sukan bola sepak seawal usia 16 tahun.

4. Di usia 18 tahun, beliau bermain dalam kejohanan Piala Presiden dan Sukan Malaysia (SUKMA) mewakili pasukan Negeri Sembilan.

5. Pencapaian terbaik beliau sewaktu bersama pasukan remaja Negeri Sembilan ialah kemenangan meraih pingat emas Sukan Malaysia pada tahun 2004.

6. Kariernya mara setapak ke hadapan apabila diberi peranan bermain dalam pasukan utama Negeri Sembilan FA pada 2005 yang seterusnya membawa kepada kejuaraan pasukan itu di Liga Super Malaysia, juga naib juara Piala Malaysia pada tahun sama. Beliau kemudiannya berhijrah ke pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM FA) pada 2012 sebelum bersama Johor Darul Ta'zim FC (JDT) pada 2013 sehingga kini.

7. Menerusi pencapaian dalam pasukan remaja kebangsaan pula, Aidil pernah mewakili pasukan bawah 20 tahun di kejohanan Belia Bawah 20 AFC pada 2004 dan kelayakan Belia Bawah 20 AFC pada 2005. Selepas berjaya melayakkan diri ke India pada tahun berikutnya, beliau memegang peranan memimpin pasukan remaja Malaysia di kejohanan Belia Bawah 20 AFC 2006 di negara berkenaan.

8. Menerusi pembabitan bersama pasukan bawah 23 tahun kebangsaan, beliau beraksi di kelayakan Sukan Olimpik 2008, kejohanan Pestabola Merdeka (Malaysia merangkul takhta juara dengan menundukkan Myanmar menerusi jaringan 3-1) dan Sukan SEA Korat di Thailand pada 2007 (bagaimanapun pulang dengan tangan kosong tanpa sebarang pingat).

9. Dalam skuad utama pasukan kebangsaan, beliau bermain kali pertama sewaktu negara menentang Kemboja di mana ketika itu beliau menjaringkan gol sulungnya. Diikuti Piala Asia 2007, kelayakan Piala Dunia 2010, perlawanan Malaysia XI menentang Chelsea F.C pada 2008 dan pelbagai lagi perlawanan penting. 

10. Pada 14 Julai 2016, Aidil mengejutkan ramai apabila beliau bersama tiga lagi bintang bola sepak iaitu Safiq Rahim, Amirulhadi Zainal dan S. Kunanlan mengumumkan persaraan mereka daripada skuad kebangsaan atas alasan berbaur peri­badi. Bagaimanapun, pada Mac 2017, beliau akhirnya menyatakan kesediaan kembali mewa­kili negara selepas Tunku Ismail Sultan Ibrahim memegang jawatan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Sehingga kini Aidil masih aktif bermain sebagai antara tunggak pertahanan terbaik 'Harimau Malaya'.

11. Menyentuh sisi peribadi, beliau pernah mendirikan rumah tangga di Songkla Thailand dengan aktres Rita Rudaini binti Mokhtar atau Rita Rudaini pada Februari 2008. Begitupun pasangan itu akhirnya bercerai pada September 2013 dengan talak satu menerusi kiriman SMS atas sebab isu peribadi. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna yang mana kini berada di bawah jagaan Rita.

12. Kemudiannya, Aidil berkahwin dengan Zarema Zainal pada 2014. Sehingga kini mereka juga beroleh dua cahaya mata lelaki.

Foto

biodata dan latar belakang aidil zafuan pemain bola sepak malaysia 2

biodata dan latar belakang aidil zafuan pemain bola sepak malaysia 3

biodata dan latar belakang aidil zafuan pemain bola sepak malaysia 4

biodata dan latar belakang aidil zafuan pemain bola sepak malaysia 6

biodata dan latar belakang aidil zafuan pemain bola sepak malaysia 5 458

Video

Kredit: 

1. Wikipedia

2. Utusan

3. Hangat.com

4. Stadium Astro

5. Instagram Johor Darul Ta'zim FC

6. Facebook Aidil Zafuan




Hakcipta iluminasi.com (2017)