Biodata

Nama penuh: Mohd Aidil bin Abdul Aziz  

Nama popular: Aidil Aziz

Tarikh lahir: 26 Julai 1987

Umur: 31 tahun

Kelahiran: Seri Kembangan, Selangor, Malaysia

Pekerjaan: Pelakon

Media sosial: Instagram @itsaidilaziz

Fakta Menarik

1. Selesa disapa dengan nama jolokan 'Pak Ngah'.

2. Amat meminati sukan bola sepak di mana beliau sering mengisi posisi penyerang ketika bermain. Mengidolakan Cristiano Ronaldo.

3. Mempunyai kebolehan bertutur dalam dialek Negeri Sembilan dengan baik kerana kedua orang tuanya berasal dari negeri itu.

4. Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2009.

5. Namanya mula melonjak naik selepas membintangi drama bersiri Saiful Nita yang dimuatkan di Slot Samarinda siaran TV3, membawa watak sebagai Saiful, bergandingan dengan aktres Kilafairy di bawah arahan sutradara Emi Maziah.

6. Pernah berlakon dalam filem Kapoww, Evolusi KL Drift 2 dan Kanang anak Langkau: The Iban Warrior.

7. Terlibat dalam banyak drama, dan antara yang popular ialah Akademi Polis (2009), Nilapura (2011), Trilogi Cinta 2 (2012), Saiful Nita (2012), Hujan (2013), Asmara Luna (2013), Romi Cinta Julia (2014), Tabir Zulaikha (2015), Hati Perempuan (2015), Lara Terindah (2016), Kamar Kamariah (2018), Cinta Lemon Madu (2018) dan Vila Ghazara (2018).

8. Pada Disember 2016, beliau terselamat daripada hukuman gantung sampai mati atas tuduhan memiliki dadah jenis kanabis.

9. Pada 18 November 2018, Aidil sah bergelar tunang kepada aktres Fasha Sandha dalam sebuah majlis tertutup. Mereka mula berkawan rapat selepas bekerjasama dalam sitkom Mamu Mami Gosip pada awal 2018.

Foto

biodata aidil aziz pelakon dan tunang fasha sandha 2

biodata aidil aziz pelakon dan tunang fasha sandha 3

biodata aidil aziz pelakon dan tunang fasha sandha 4

biodata aidil aziz pelakon dan tunang fasha sandha 5

biodata aidil aziz pelakon dan tunang fasha sandha 6

Video

Kredit

1. Wikipedia

2. Utusan [1, 2]

3. Instagram Aidil Aziz




Hakcipta iluminasi.com (2017)