Biodata

Nama penuh: Nur Fasha Sandha binti Hassan

Nama popular: Fasha Sandha

Tarikh lahir: 28 Mac 1984

Umur: 34 tahun

Kelahiran: Johor Bahru, Johor, Malaysia

Pekerjaan: Pelakon, model dan penerbit

Media sosial: Instagram @fashasandha

Fakta Menarik 

1. Berketinggian 1.68 meter.

2. Anak kedua daripada empat adik-beradik.

3. Anak kepada Hassan Moideen (bapa) dan Hatijah Teh Man (ibu).

4. Mempunyai adik yang juga seorang pelakon, Elisha Sandha. Selain itu, Fasyina Sandha (kakak) dan Ikmal Daniel (adik).

5. Berkelulusan diploma sewaktu menyambung pengajian di Institut Kebudayaan Belia Negara.

6. Seawal karier, beliau aktif dalam bidang pengiklanan dan peragawati.

7. Filem pertama lakonannya ialah Black Maria, memegang watak sampingan.

8. Antara filem popular dijayakannya termasuk Bintang Hati, Berlari Ke Langit, Anak Mami Kembali, Cinta, Cicak-Man, Anak Halal, Evolusi KL Drift, Cicakman 2 - Planet Hitam, Badang dan Blok 404.

9. Beberapa drama yang pernah dibintanginya seperti Natasha, Dewa Cintaku, Cinta Elysa, Seindah Sakura, Lara Aishah dan Mamu Mami Gosip.

10. Mendirikan rumah tangga pada 27 April 2012 dengan Toh Muda Rizal Ashram Ramli atau Jejai yang juga bekas suami aktres Nora Danish. Mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Putra Rayfal Ramli dan Putri Raysha Jemaima. Namun akhirnya perkahwinan itu berakhir dengan perceraian pada 20 Januari 2016.

11. Fasha dan Nora yang diketahui ramai telah lapan tahun berselisih faham, akhirnya dilaporkan bakal menamatkan 'perang' pada Mei 2018.

12. Pada 18 November 2018, beliau bertunang dengan aktor Aidil Aziz.

Foto

biodata fasha sandha pelakon wanita popular 2

biodata fasha sandha pelakon wanita popular 3

biodata fasha sandha pelakon wanita popular 4

biodata fasha sandha pelakon wanita popular 5

biodata fasha sandha pelakon wanita popular 6

Video

Kredit:

1. Wikipedia

2. Mstar

3. Harian Metro

4. Instagram Fasha Sandha




Hakcipta iluminasi.com (2017)