Oleh pada 18 May 2017 kategori

Banyak tersebar khabar angin bahawa al-Mahdi telah diturunkan ke bumi, dan mulai ada pengikut yang telah berbai'ah dengannya. Adakah dakwaan ini benar?

Hadis tentang Al-Mahdi adalah hadis yang diriwayatkan dari Nabi Muhammad, dirawikan sekitar 20 sahabat Baginda. Hadis tersebut ada menyatakan bahawa suatu masa nanti akan muncul seorang pemimpin adil di akhir zaman. Bahkan Rasulullah juga ada menyebutkan ciri-ciri Al-Mahdi dalam beberapa riwayat hadis, baik hadis sahih, hasan atau bahkan dha`īf.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Ringkasan mengenai Al-Mahdi

Al-Mahdi bernama Muhammad bin Abdullah, beliau adalah cucu cicit Rasulullah melalui jalur Hasan bin Ali. Al-Mahdi akan muncul di akhir zaman, dengan ciri-ciri tertentu. Beliau akan menyebarkan keadilan kepada seluruh bumi, menyatukan umat Islam dan berjihad di jalan Allah. Ini menunjukkan bahwa al-Mahdi bukanlah seorang Nabi yang diberi wahyu.

baahubali poster

gambar sekadar hiasan

Beliau hanyalah manusia yang Allah Takdirkan untuk menyatukan umat Nabi Muhammad, berjihad dan menetapkan keadilan serta kebenaran di alam ini.

Perlukah kita tunggu kemunculan Al-Mahdi?

Al-Mahdi bukanlah tokoh yang wajib kita tunggu. Sesungguhnya tambahan gelar “al-Muntadzar” (yang ditunggu) pada Al-Mahdi bukanlah termasuk sebagai pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Kita tidak pernah diperintah untuk menunggu Al-Mahdi bahkan sesiapa pun.

imam mahdi

Rasulullah telah mengingatkan kita tentang banyak tanda-tanda kiamat yang telah terjadi atau bakal terjadi. Tanda kiamat ini ada tiga: Kecil, sederhana dan besar. Kita wajib beriman kepada semua sabda baginda tentang tanda kiamat. Namun kita tidak wajib menunggu satu pun tanda kiamat. Tetapi kita wajib belajar, mengajak manusia kepada Allah, melaksanakan perintah dan meninggalkan larangan-Nya.

Saya tegaskan lagi bahawa kita tidak perlu tunggu Al-Mahdi, namun ketika Al-Mahdi telah benar-benar ada, maka ia adalah salah satu tanda besar kiamat.

Pegangan ASWAJA berkaitan Al-Mahdi

Ciri-ciri Al-Mahdi yang patut kita pegang adalah, Allah akan menyatukan hati seluruh umat Rasulullah pada al-Mahdi sehingga mereka semua sepakat dan tidak ada satu pun yang berbeza pendapat tentang beliau (saat itu).

“Al-Mahdi” bukanlah hal yang boleh dianugerahkan sesiapa atau disalah gunakan. Sepanjang sejarah umat Islam telah muncul lebih dari 150 orang yang mengaku al-Mahdi. Bahkan ada individu bernama Muhammad bin Abdullah mengaku al-Mahdi, sehingga mampu mendirikan kekuasaan dan pemerintahan. Misalnya Muhammad bin Abdillah bin Tumart, dari Morocco, yang berjaya membina empayar kerajaan al-Muwahhidin. Ada juga yang menang dalam banyak perang, seperti Muhammad bin Abdillah al-Mahdi al-Sudani. Begitu juga seterusnya. Tidak satu pun diantara mereka yang benar-benar Al-Mahdi. 

good muslim

Kesimpulannya, kita tidak menunggu sesiapa pun. Al-Mahdi adalah tanda kiamat yang telah dikhabarkan oleh Rasulullah. Jika kita hidup pada zaman kemunculan Al-Mahdi, maka bersyukurlah. Namun jika tidak pun, kita tetap juga perlu bersyukur. Sesungguhnya Ahli Sunnah tidak menunggu ketibaan Al-Mahdi, maka kita tidak boleh terlalu memikirkan dan menunggu kedatangan al-Mahdi.

Maulana Syaikh Ali Jum’ah (Fatāwā al-Bayt al-Muslim, hal 387-388)

Penulisan asal : Ahbab Maulana Syeikh Ali Jum'ah




Hakcipta iluminasi.com (2017)