Nak kurus? Ini suplemen kurus paling mudah. Jika anda baru saja mula diet untuk kurangkan lemak/berat anda dan anda ada banyak lemak nak hilangkan, atau anda tak ada banyak masa untuk hilangkan, anda mesti terfikir nak ambil supplement untuk hilangkan lemak, yang paling berkesan kan? Anda pon cuba google, dan beribu pil-pil dan suppelemtn kuruskan badan keluar, dan anda pon pening, mana satu yang betul-betul berkesan, dan tak memudaratkan kesihatan, maklumlah sekarang ni banyak penipuan.

Sebenarnya, ada satu benda yang dapat membantu proses menguruskan berat dan membuang lemak, yang tak semua orang tahu, iaitu AIR PUTIH, adalah supplement yang paling bagus bila anda cuba diet nak kuruskan dan cairkan lemak-lemak anda!

Ya, pil-pil bakar lemak tu semua mungkin berkesan, tapi anda kena sedar, pil-pil tu smua hanya untuk sementara, untuk anda capai target anda. Tapi, tanpa diet yang betul dan tanpa senaman, pil-pil tu takkan berkesan sehebat yang diiklankan dan seperti yang anda harapkan. Dan by the way, tak ada pil magic yang dapat gantikan diet yang betul serta rutin senaman yang bagus, jadi, lupakan pasal semua pil-pil tu.

Jika anda cari benda mcm tu, biar saya cakap terus terang, dan jimatkan masa koraang,yang benda mcm tu tak wujud! Saya sendiri benci nak bagitahu tpi itulah realitinya, yang hilangkan lemak ni mmg susah, tambahan pula kat sekeliling perut anda tu!

Mcm tajuk diatas tu, artikel ni pasal supplement yang paling best, iaitu AIR PUTIH / AIR KOSONG / AIR 

Air Masak

OK, first kita kena masuk bab sains sikit. Badan kita mengandungi lebih kurang 65%-70% air. Statement ni saja dah patut buka mata kita, kalau badan kita mengandungi 70% air, bukankah idea yang baik untuk kita gantikan kandungan air dan layan badan kita sperti yang kita patut, iaitu minum air!

Salah satu kebaikan air adalah ia dapat menyahtoksinkan badan kita dan membuatkan lemak lebih mudah untuk melalui sistem badan kita sebelum ia disimpan. Ini adalah salah satu sebab mengapa ia sangat berkesan untuk hilangkan lemak. Setiap kali kita makan sesuatu yang kita rasa kita tak patut makan, kita akan terus minum air. Air akan membantu mengeluarkan benda-benda yang badan kita tak perlukan.

Anda telan semua vitamin, makan protein, karbohidrat dan pil diet anda, dan anda penah tak fikir, "Mcm mana aku nak tahu yang semua vitamins dan minerals akan sampai ke destinasinya dengan selamat?" Kalau anda tak tahu mcm mana smua tu pergi ke destinasi mereka, anda sebenarnya tak tahu pon kalau semua nutrisi tu sampai atau tidak. Air lah yang membawa semua nutrisi penting yang badan kita perlukan ke tempat yang mereka patut berada. Pentingkan air?

Sebab lain AIR sangat popular dikalangan orang yang sedang berdiet sebab ia membuatkan anda makan kurang. Sebelum anda pergi ke restoran or party kt dimana-mana, yang akan ada banyak makanan lebih-lebih lagi makanan tak sihat, kita perlu minum banyak air. Air boleh buatkan kita kenyang, tapi air tak ada kalori, jadi jgn risau.

Anda boleh minum seberapa banyak yang anda mahu, dan ia akan hanya membuatkan anda nak terkencing..haha hidup anda mesti akan susah! Tapi kalau anda betul-betul nak kurangkan berat badan atau hilangkan lemak, anda mmg terpaksa minum banyak air! Dengan membuatkan diri anda rasa kenyang, ia akan membantu anda makan diet rendah kalori dan kadang-kadang ia akan buatkan anda untuk tolak "last cookie" atau buatkan anda taknak "just nak rasa je". 

wpid wp 1406404650021

Kuantiti yang diperlukan badan?

Soalan yang bagus. Orang dewasa biasanya dlm 8 gelas sehari. Agak samar kan? Perkataan "Orang dewasa" dan "8 gelas" (gelas besar mana pulak?) amat mengelirukan. Saya lebih suka guna 1 gallon (3.7liter) sehari sebagai pengukur minima.

Bunyi macam banyak je kan? Sebenarnya tak. Anda jangan sesekali biarkan badan anda rasa dahaga dan anda perlu minum dengan sekata sepanjang hari. Anda perlu bahagikan jumlah air dengan sekata. Salah cara sekiranya anda tak minum air dari pagi hingga petang, dan pukul 6 petang baru anda nak mula minum untuk cukupkan kuota. Itu sangatlah cara yang tak sihat. Dan satu lagi, jika anda bersenam, anda perlu tambahkan air sebelum, semasa dan lepas anda bersenam.

Anda kemungkinan akan berpeluh masa anda bersenam (terutamnya kalau anda kardio) dan anda  taknak biarkan badan anda dehydrated. Bekalkan badan anda dengan air sebelum bersenam akan sangat membantu mengelakkan masalah ini. Semasa anda bersenam, anda perlu minum air di antara set senaman anda. Tapi jangan terlebih minum pulak.

Lepas anda bersenam, minum air membantu anda gantikan balik air yang anda hilang masa anda bersenam tadi. Macam saya ckp tadi, minum air lepas bersenam dapat tingkatkan pengaliran nutrisi dalam badan anda. Inilah masa yang paling penting untuk anda pastikan badan anda dapat nutrisi penting!

Alternatif lain?

Ya, memang ada, tak dinafikan, tapi, yang paling efektif, adalah AIR. OK, sebelum bersenam, anda mst rasa nak minum kopi (untuk tenaga) atau Gatorade, atau minuman tenaga (redbull/livita). Tapi perbezaan besar antara air-air ini dengan air kosong adalah, air kosong tak mempunyai kandungan kalori . Jadi anda memang tak perlu nak risau berapa berat anda tambah, sebab daripada air, anda akan tetap hilang balik air tu.

Kalau anda tak selesa nak minum air sebanyak ni, cuba mulakan dengan banyak mana yang anda selesa, dan tambah sikit demi sedikit. Cuba target untuk smpai 3.5-4 liter air sehari. Lama-lama anda akan boleh minum air lebih banyak.

Dan air kosong juga, adalah sangat murah. Tak ada alasan lagi untuk anda nak cakap anda tak boleh kurus pasni!

TRAIN HARD AND DRINK WATER! 




Hakcipta iluminasi.com (2017)