Oleh pada 21 Jun 2017 kategori

Menjelangnya bulan Ramadhan, ibadah yang paling umum sekali adalah puasa dan solat tarawih. Solat sunat tarawih hanya dikhususkan pada bulan ini sahaja dan masjid-masjid biasanya akan penuh dengan jemaah yang datang untuk menggandakan pahala mereka. Sehinggakan ia menjadi seperti kewajipan untuk menunaikan solat sunat ini.

Namun, Rasulullah S.A.W sebenarnya tidak melakukan solat sunat tarawih secara berjemaah selama sebulan penuh di bulan Ramadhan. Mengapa? Bukankah solat berjemaah itu pahalanya lebih besar berbanding solat bersendirian, jadi mengapa ianya tidak dilakukan sebulan penuh oleh baginda?

BESARKAN TEKS     A-  A+

tarawih 3

Aisyah R.A berkata:

أن رسول الله صلى الله عليه وسلم، خرج من جوف الليل، فصلى في المسجد، فصلى رجال بصلاته، فأصبح الناس يتحدثون بذلك، فاجتمع أكثر منهم، فخرج رسول الله صلى الله عليه وسلم، في الليلة الثانية، فصلوا بصلاته، فأصبح الناس يذكرون ذلك، فكثر أهل المسجد من الليلة الثالثة، فخرج فصلوا بصلاته، فلما كانت الليلة الرابعة عجز المسجد عن أهله، فلم يخرج إليهم رسول الله صلى الله عليه وسلم فطفق رجال منهم يقولون: الصلاة، فلم يخرج إليهم رسول الله صلى الله عليه وسلم، حتى خرج لصلاة الفجر، فلما قضى الفجر أقبل على الناس، ثم تشهد، فقال

“أما بعد فإنه لم يخف عليَّ شأنكم الليلة، ولكني خشيت أن تُفرض عليكم صلاة الليل، فتعجزوا عنها”

“Rasulullah S.A.W keluar di tengah malam, kemudian solat di masjid. Kemudian beberapa orang sahabat pun bermakmum kepada baginda. Di pagi hari, orang-orang membicarakan hal tersebut. Sehingga berkumpulah orang yang banyak (di masjid).

Kemudian Rasulullah S.A.W keluar lagi untuk solat di malam yang kedua, orang-orang pun bermakmum kepada beliau. Di pagi hari, orang-orang pun membicarakan hal tersebut. Sehingga bertambah banyaklah orang-orang di masjid pada malam yang ketiga.

Kemudian Rasulullah S.A.W keluar lagi untuk solat dan orang-orang pun bermakmum kepada baginda. Di malam yang keempat, masjid tidak lagi dapat menampung orang-orang dan Rasulullah S.A.W belum juga keluar, hingga datang waktu subuh baru baginda keluar.

Setelah selesai solat subuh Nabi menghadap kepada orang-orang (untuk berkhutbah), baginda membaca syahadat, lalu berkata: "Amma ba’du, apa yang kalian lakukan tadi malam tidaklah samar bagiku. Namun aku khawatir shalat malam diwajibkan atas kalian, sehingga kalian merasa tidak bisa melakukannya’”.

Rasulullah S.A.W risau jika solat tarawih akan diwajibkan

tarawih2 537

Oleh sebab ketika itu penduduk di situ terlalu ramai yang datang dan berimamkan Nabi Muhammad S.A.W bersolat tarawih. Melihatkan perkara itu, baginda tidak lagi keluar untuk menunaikannya secara berjemaah pada malam ke-4, dan dijelaskan baginda kerana khuatirkan ianya akan diwajibkan kepada umat Islam bagi menunaikan solat sunat tarawih, sehinggakan kita merasa tidak mampu untuk melakukannya kerana ia mungkin agak sukar bagi sesetengah orang.

Dan bagi mereka yang mahu untuk meniru cara Nabi Muhammad S.A.W untuk tidak menunaikan solat tarawih secara berjemaah sebulan penuh pada bulan Ramadhan, terdapat hadis baginda yang mengatakan "Teladanilah para Khulafa Ar-Rasyidin'.

Sumber : Fatawa Syaikh Ibnu Jibrin, 24/10-11, Asy Syamilah




Hakcipta iluminasi.com (2017)