Oleh pada 29 May 2017 kategori

menyusu ibu

Semua ibu digalakkan menyusui anaknya dengan susu ibu sahaja dari lahir hingga berumur enam bulan dan meneruskannya sehingga mencapai umur dua tahun. 

Makanan pelengkap perlu diberikan mulai umur enam bulan. 

Ini bermakna dari lahir hingga berumur 6 bulan bayi: 

  • Diberi susu ibu sahaja 
  • Tidak perlu air atau susu selain susu ibu 
  • Tidak perlu makanan atau bijirin bayi

ibu menyusukan bayi

Kepentingan penyusuan susu ibu kepada ibu dan bayi

1. Kebaikan kepada bayi

  • Susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi. 
  • Mengandungi kesemua nutrien yang diperlukan untuk tumbesaran 
  • Mudah dihadam dan sentiasa pada suhu yang tetap 
  • Menggalakkan tumbesaran yang sihat dan mengurangkan risiko kurang berat badan. 
  • Tidak periu dibancuh dan sedia diminum. 

Mengurangkan risiko: 

  • Cirit birit dan sembelit 
  • Kematian mengejut[sudden infant death syndrome] 
  • Jangkitan tellinga dan pneumonia 
  • Penyakit saluran pernafasan 
  • Diabetes dan obesiti di kalangan kanak-kanak

2. Kebaikan kepada ibu

  • Penyusuan Susu Ibu terbaik untuk ibu 
  • Mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak 
  • Membantu mengecutkan rahim dan rendah risiko tumpah darah 
  • Mengurangkan risiko mendapat kanser payudara dan ovari 
  • Mempercepatkan proses pengurangan berat badan jika disertai dengan senaman 
  • Penyusuan susu ibu sepenuhnya boleh menjarakkan kehamilan bagi 6 bulan pertama selepas bersalin. 
  • Kurangkan tekanan perasaan selepas bersalin 
  • Kurangkan risiko kerapuhan tulang di kemudian hari 
  • Penyusuan susu ibu sepenuhnya membantu menjarakkan kehamilan 
  • Sedia diminum, tidak perlu dibancuh 
  • Menjimatkan, tidak perlu dibeli.

Kepentingan sentuhan kulit ke kulit sejurus selepas kelahiran 

Sebaik sahaja selepas bersalin, bayi anda akan di letakkan di atas badan anda sekurang-kurangnya 1 jam untuk: 

  • Membantu meningkatkan suhu badan bayi dan menjadikan ibu dan bayi selesa dan tenang. 
  • Menggalakkan jalinan kasih sayang ibu dan bayi untuk memulakan penyusuan 
  • Menstabilkan pernafasan dan denyutan jantung bayi 
  • Menggalakkan pengkolonian bakteria baik daripada badan ibu ke badan bayi

Untuk mendapatkan rujukan sepenuhnya, anda boleh muat turun panduan penyusuan susu di link ini : PANDUAN PENYUSUAN SUSU IBU

Sumber : Facebook Poliklinik Az-zaara Ampang


tags : , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)