Oleh pada 20 Feb 2020 kategori

Penulisan ini ditulis Tuan Ustaz Abdul Rashid Muhamat Akip di laman Facebooknya dan pihak iluminasi mendapat kebenaran bagi mengulang siar penulisan ini untuk manfaat bersama. Penulisan ini telah disunting bagi memudahkan pembacaan.

Dengan penonjolan seorang individu di media sosial dengan gambaran sebagai pendakwah ahli makrifah atau ahli hakikat atau sebagainya telah membawa banyak kesan buruk dan ketidakadilan masyarakat terhadap pembawakan sebenar ahli hakikat, makrifah dan pelbagai nama yang lain.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Antara contoh kerosakan yang paling nyata adalah berkenaan dengan tasawur masyarakat terhadap istilah "Solat Daeim", Daimun atau sembahyang Daim.

Asal maksud solat Daeim yang dikemukan oleh punca yang sebenar bukanlah apa yang dipaparkan oleh individu tersebut. Sebagai bukti, saya lampirkan antara coretan karya terdahulu mengenai tasawur solat daeim tersebut.

Teks dari kitab Najmul Huda

kitab najmul huda penjelasan solat daim

kitab najmul huda penjelasan solat daimun

Ketahui oleh mu, bahawasanya sembahyang itu beserta tubuh dengan nyawa, kerana amalan tubuh itu beroleh (bahagian/habuan) akan tubuh , dan amalan nyawa itu beroleh akan nyawa.

Dan adapun amalan tubuh itu dinamai beramal (Ibadat zahir), dan amalan nyawa itu dinamai iman .

Dan ertinya amalan nyawa itu sentiasa tiada lalai ia barang sekelip mata jua pun daripada ingat akan zat al bahti (zat diri Tuhan).

Maka inilah yang dinamakan dia dengan SEMBAHYANG DAIEMUN , seperti firman Allah swt :

" وهم على صلاتهم دآئمون "

Maksudnya: "Atas mereka itulah (kewajipan) sembayang kekal sentiasa" 

Yakni kekal mereka itu didalam sembahyang.

Maka barang siapa tiada tahu ia akan amalan tubuh (ibadat zahir) dengan nyawa (khusyuk/ibadah batin) maka adalah hidupnya itu tiada sempurna jua adanya.

Dan jikalau nyawa sahaja ada amalan dengan tiada beserta tubuh (ibadah zahir) maka binasalah tubuh itu.

Dan jikalau tubuh sahaja ada amal dengan tiada beserta nyawa maka ( ........ ) "tidak jelas teks".. tubuh itu, yakni hanyutlah daripada mendapat pahala.

Tetapi yang dikehendaki amal itu bagi nyawa jua (tujuan utama), kerana tubuh itu mengikut kelakuan nyawa jua.

Akan tetapi jangan sekali kali meringankan syariat Nabi yang maha mulia yang dinamakan Suluk Istiqamah, dan amalan nyawa itu dinamakan Suluk Hasanah.

Kesimpulan

penjelasan mengenai solat daiem

Kesimpulan dari teks di atas jelas kita fahami apa yang dimaksudkan dengan solat daeim tidak seperti yang dipaparkan oleh individu yang menjadi kontroversi baru-baru ini dan seangkatan dengannya.

Pada teks tersebut, amalan zahir dan batin perlu bergerak serentak, seandainya hanya ada salah satu sahaja maka akan membawa kepada natijah ibadah yang tidak seperti diharapkan.

Jika hanya amalan zahir tanpa batin maka tiada mendapat pahala, namun sebaliknya hanya sekadar ibadat batin tanpa zahir maka sia-sia dan terbatal serta binasa.

Dari bicara ini maka kita dapat simpulkan bahawa apa yang dibawakan oleh sesetengah individu yang bukan mewakili golongan pendakwah hakikat sebenar, bahkan tidak salah kalau dikatakan bahawa individu ini bagaikan Muktazilah Golongan Pendakwah Hakikat.

Semoga Allah S.W.T memberi hidayah kepada individu ini agar beliau menjadi pemangkin kepada kebangkitan menolak kesesatan yang lain. Amin.

solat daim tetap perlukan gerakan fizikal perbuatan

Kitab Najmul Huda ini saya simpan koleksi almarhum ayahanda saya.

Mohon para sahabat pembaca dapat menghadiahkan Al Fatihah kepada almarhum Muhammad Akip Bin Danah kerana mengenang jasa beliau kita dapat mengetahui kisah sebenar kesilapan tanggapan kepada konsep Solat Daeimun melalui artikel ini.

Abdul Rashid Bin Muhamat Akip

AL Melakawi al Terengkawi al Patinggi Ghafuri




Hakcipta iluminasi.com (2017)