Sejak makanan sunnah menjadi popular dan sering dikomersialkan, ramai betul ostad/ostazah berniaga produk yang dikatakan mengandungi bahan makanan sunnah dan dibacakan pelbagai ayat-ayat Al-Quran untuk memberi jaminan akan tahap halalan thoyyiban produk itu.

Kismis makanan sunnah ke?

Kita juga selalu dengar, makan kismis boleh menguatkan memori. Tambahan pula, dikhabarkan kismis adalah salah satu makanan sunnah kegemaran Rasulullah SAW. 

BESARKAN TEKS     A-  A+

Maka, berbondong-bondonglah peniaga yang mula mengkomersialkan produk kismis yang adakalanya dicampur dengan makanan sunnah lain atau dibaca ayat-ayat tertentu. Dijual pula dengan harga yang mungkin cekik darah sehingga puluhan ringgit hanya kerana nilai "Islamik" yang terdapat pada produk itu.

Tetapi sebenarnya menurut Dr. MAZA, tidak ada dalil sahih pun yang mengiyakan dakwaan itu:

dr maza menolak dakwaan kismis itu boleh menguatkan ingatan kerana tiada dalil sahih

Penceramah terkenal, Dr. Danial Zainal Abidin juga telah membuat ulasan tentang dakwaan kismis sebagai makanan sunnah. Menurut beliau, ini hanyalah doktrin yang digunakan oleh penunggang agama yang hanya ingin mengaut keuntungan. Tonton sendiri komen beliau mengenai isu ini:

Jadi, sekarang sudah terbukti bahawa kismis bukanlah sejenis makanan sunnah mahupun makanan yang mampu meningkatkan daya ingatan.

Namun tidak dinafikan, kismis adalah sejenis makanan sihat kerana kandungan vitamin dan fibernya yang tinggi. Tapi sejauh manakah fakta 'sihat' ini benar? Kalau sihat, maknanya bolehlah makan dengan banyak setiap hari kan? Nanti, sabar dulu.

kandungan gula dalam kismis berbanding satu bar snickers

Adakah anda tahu bahawa kismis dan buah-buahan kering secara umumnya mengandungi kandungan gula yang amat tinggi?

Satu kotak kecil kismis mengandungi 8 sudu gula, sama macam makan 1 bar Snickers!

Dr. Saara Sabir, seorang doktor gigi dari Deane Dental Practice, Lancashire, United Kingdom berkata kismis boleh menyebabkan kerosakan gigi pada anak-anak sekiranya diambil dengan tidak terkawal. Ibu bapa sering menyalahtafsir buahan kering sebagai menyihatkan lalu diberi secara berlebihan pada anak-anak.

Kandungan gula terkonsentrasi dalam kismis boleh memudaratkan gigi si kecil. Tambahan pula, tekstur kismis yang melekit akan tersepit di antara celahan gigi apabila dimakan. 

Sekiranya gigi tidak digosok dengan betul, bakteria pada gula boleh merosakkan gigi untuk tempoh yang panjang. Ini adalah salah satu faktor penyebab 1 daripada 8 orang kanak-kanak mengalami kerosakan gigi teruk.

kanak kanak perlu membuat pemeriksaan gigi secara berkala

Namun, ini tidak bermakna anda harus buang langsung kismis daripada diet anak anda. Berilah anak anda makan kismis, tapi biar berpada-pada dan jangan lupa gosok gigi selepas makan ye!




Hakcipta iluminasi.com (2017)