Oleh pada 04 Dec 2019 kategori

dai farhan cerai

Kredit foto: Instagram Dai Farhan

   

Pendakwah bebas Da'i Nik Farhan mengesahkan khabar angin yang mengatakan dirinya menceraikan isteri pertamanya, Fatin Nurul Ain Mat Aris atau lebih dikenali sebagai Fatin.

Nik Ahmad Farhan Nik Mohamad, 29, berkata, talak satu dilafazkan terhadap Fatin pada tengah hari Selasa menerusi rakaman suara aplikasi Whatsapp.

“Yang cerai itu betul... ustaz ceraikan dia (Fatin) dengan talak satu tengah hari tadi (Selasa),” tulisnya kepada portal Mstar.

Pun begitu, Nik Farhan menepis dakwaan kononnya dia melakukan kekerasan terhadap wanita terbabit.

Malah, Nik Farhan juga menafikan berada di luar negara seperti yang didakwa.

   

isteri dai farhan 273

Kredit foto: Instagram Dai Farhan

    

"Ini fitnah kepada ustaz sebenarnya, Fatin sekarang di kampung bersama keluarganya. Yang cerai itu betul yang (tuduhan) lain fitnah," katanya.

Selebihnya, Nik Farhan enggan mengulas berhubung pertanyaan membabitkan punca perceraian tersebut berlaku.

Sebelum ini, rakaman suara didakwa milik Nik Farhan menceraikan isteri pertamanya tersebar di laman sosial.

"Jadi dengan nama Allah, Bismillahhirahmanirahim, Fatin Nurul Ain Binti Mat Aris, abang ceraikan sayang dengan talak satu," kata-kata dalam audio itu berbunyi.

Terdahulu, akaun Facebook milik seorang individu bernama Asiah mendakwa Nik Farhan menceraikan isterinya yang sedang sarat hamil, selain menuduh pendakwah itu mengurung dan memukul wanita berkenaan.

Isu Nik Farhan mula terbit selepas beliau menikahi janda anak lapan di Makkah yang mana ada pihak mengatakan pendakwah itu berkahwin tanpa pengetahuan isteri pertamanya.

Bagaimanapun, Nik Farhan kepada portal Mstar menafikan tuduhan itu memandangkan beliau terlebih dahulu memaklumkan hasrat berkenaan kepada isteri pertama mahupun keluarganya.

   

Sumber berita: “Abang ceraikan sayang dengan talak satu” - Da’i Farhan cerai isteri pertama tapi nafi lakukan kekerasan

   



Hakcipta iluminasi.com (2017)