survival skill yang patut diajar kepada anak anak

Ramai ibu bapa zaman kini lebih fokus untuk mengajar anak kemahiran membaca, menulis dan mengira dengan cepat. Kebanyakannya lebih bersifat education-orientated namun mereka terlupa bahawa kemahiran asas lain dalam kehidupan juga adalah sama penting.

Sekiranya ibu bapa mengabaikan kemahiran-kemahiran asas ini, bagaimana anak nak survive dalam kehidupan yang penuh pancaroba? Jangan salahkan anak jika mereka menjadi manja terlampau. Ibu bapa sendiri yang tak pernah ajar mereka basic survival skills, manalah mereka nak tahu.

Oleh itu, mulakanlah mengajar anak anda kemahiran-kemahiran berikut untuk masa depan yang lebih cerah:

#1 Memasak

memasak kanak kanak

Ibu bapa perlu melibatkan anak secara aktif dalam tugas membeli barang dapur, menyediakan bahan dan memasak menu yang sihat kerana ini merupakan salah satu kemahiran paling asas dalam hidup seseorang. Tak payah lah harap boleh terus level Masterchef, buat yang senang-senang aje pun dah ok. Pada usia 12 tahun, anak-anak sepatutnya sudah pandai memasak menu mudah seperti pasta dan telur dadar.

#2 Mengemas meja selepas makan

ajar anak membersihkan meja selepas makan

Ajar anak dari usia seawal 4-5 tahun supaya membawa sendiri pinggan makan ke sinki dan bantu ibu bapa untuk mengelap dan membersihkan segala tumpahan di atas meja makan.

#3 Mencuci pinggan

belajar basuh pinggan

Mulakan mengajar anak dengan membasuh pinggan dan cawan plastik. Apabila genggaman mereka sudah agak stabil, boleh mula membasuh pinggan kaca atau seramik. Pastikan segala kotoran dan buih sabun dibilas dengan bersih.

#4 Membersihkan bilik

bersihkan bilik

Ajar anak untuk menyapu dan mengvakum bilik mereka. Dengan cara ini, mereka akan menjadi lebih bertanggungjawab dan anda pun akan mempunyai lebih banyak masa untuk diluangkan bersama keluarga.

#5 Mengemas katil

kemas katil sendiri

Tukar cadar, sarung bantal dan duvet. Ajar mereka cara menarik cadar dengan kemas dan menyusun bantal dengan tersusun. Pastikan mereka mengemas katil setiap hari.

#6 Membasuh baju

tolong basuh baju asingkan ikut warna dan fabrik

Tugas mendobi kini menjadi semakin mudah dengan mesin basuh automatik, cuma perlu tekan butang 'on' dan tuangkan serbuk pencuci sahaja. Namun, anda masih perlu mengajar anak untuk mengasingkan baju kotor mengikut warna dan fabrik. Mereka juga perlu meleraikan segala pintalan di baju sebelum dimasukkan ke dalam mesin basuh.

#7 Menyidai dan melipat kain

tolong lipat baju bersama

Mereka perlu tahu cara menyidai yang betul supaya pakaian boleh kering dengan cepat dan sekata. Begitu juga dengan melipat baju. Anak-anak perlu diajar cara melipat pakaian dengan betul supaya tiada kedutan dan baju boleh terus dipakai tanpa perlu menggosok.

#8 Menggosok baju

kanak kanak gosok baju sampai hangit

Anda boleh mula mengajar anak menggosok baju sekitar usia 10 tahun. Namun anda perlu berhati-hati dan memastikan mereka faham bahawa seterika itu panas dan perlu berwaspada semasa menggunakannya.

#9 DIY mudah

anak repair elektronik tahap expert

Lakukan kerja-kerja do-it-yourself (DIY) yang boleh diselesaikan sendiri tanpa mengupah orang lain. Minta bantuan anak anda untuk menggantung gambar, menukar tombol pintu dan membaiki perkakas dan perabot kecil.

#10 Baiki tayar basikal

baiki tayar basikal

Anda boleh mengajar anak mengepam tayar basikal yang telah pancit atau menukar tayar yang telah botak. 

#11 Menulis surat atau diari

menulis surat

Anak-anak kini dibesarkan dalam suasana yang penuh dengan teknologi di mana mereka kurang memerlukan kemahiran menulis. Jadi, ajar anak anda menulis dengan baik. Mulakan dengan menulis sepucuk surat atau kad ucapan kepada saudara ataupun boleh berikan satu diari kepada anak untuk mencatat aktiviti hariannya.

#12 Membuat aiskrim

Buat aiskrim sebenarnya adalah semudah A,B,C. Hanya perlukan jus buah, sedikit air dan peti sejuk. Atau boleh tonton video ini dan saksikan sendiri seorang kanak-kanak membuat aiskrim dengan mudah. Anda boleh jadikan ini aktiviti mingguan dengan anak dan biar mereka berfikir secara kreatif untuk mengolah resepi tersendiri.

#13 Memotong kuku

memotong kuku

Ada segelintir anak-anak yang masih tidak tahu memotong kuku dengan betul walaupun sudah masuk sekolah menengah. Ibu bapa perlu mengajar anak-anak supaya mereka sentiasa menjaga kebersihan dengan memastikan kuku sentiasa pendek.

#14 Membalut buku atau hadiah

balut hadiah

Kemahiran seni dan kraftangan juga penting untuk motor skill yang lebih baik. Ajar anak cara membalut buku atau hadiah dengan cantik dan kemas. Biarkan mereka memilih corak pembalut yang disukai supaya mereka lebih tertarik untuk membuat tugas ini sendiri. Suruh mereka letakkan riben sebagai sentuhan terakhir supaya nampak lebih menarik.

#15 Menguruskan wang

menabung pengurusan wang

Anak-anak akan membesar menjadi seorang yang boros dan tidak tahu kepentingan wang sekiranya tidak diasuh dari awal. Ajar anak-anak cara menguruskan wang dengan baik dan sebaiknya mulalah menabung wang saku jika mereka inginkan sesuatu. 

#16 Seni mempertahankan diri

seni mempertahankan diri

Kejadian menculik kanak-kanak, perogol dan kaki buli di sekolah cukup sinonim dengan masyarakat kita kebelakangan ini. Penting sebenarnya belajar seni mempertahankan diri untuk mengelakkan diri daripada serangan orang jahat seperti ini. Sekiranya ibu bapa tak pandai nak ajar anak teknik-teknik self-defense, bolehlah daftarkan mereka masuk kelas taekwondo atau silat.

#17 Bercucuk tanam

ajar bercucuk tanam

Biar anak anda lihat sendiri bagaimana pokok yang mereka tanam membesar hari demi hari. Ajar mereka bagaimana benih boleh bercambah, faktor yang mempengaruhi pertumbuhan pokok dan rekodkan tumbesaran pokok itu. Minta anak menamakan pokok itu dan anggap ia sebagai 'pet' atau tumbuhan peliharaan mereka yang perlu dijaga setiap hari.

#18 Membakar kek dan roti

baking dengan anak anak

Membakar roti dan kek merupakan salah satu cara agar seluruh ahli keluarga dapat berkumpul meluangkan masa bersama-sama. Tak perlu berhabis duit makan kek mahal di kedai. Buat sendiri bersama anak-anak. Walaupun hasilnya tak sesedap yang dijual di kedai, namun setiap orang akan berasa puas hati sebab dapat kemahiran buat kek atau roti from scratch!

#19 Menguruskan masa

pengurusan masa

Ajar anak untuk menepati masa. Dalam konteks ini, ibu bapa sendiri perlulah menjadi role model yang baik kepada anak-anak. Tiba awal sekurang-kurangnya 5 minit sebelum apa-apa janji temu. Jangan pernah biarkan mereka sampai lewat ke sekolah dan jangan gunakan alasan trafik sesak sekiranya lambat.

Didik mereka supaya mudah bangun pagi dan buat satu jadual rutin untuk mereka penuhi. Ajar mereka cara membaca jadual waktu kelas dan minta mereka mengemas sendiri buku mengikut jadual setiap hari.

#20 Pertolongan cemas

bantuan kecemasan

Ajar anak cara merawat luka kecil akibat terjatuh atau cara mengecutkan benjolan akibat terhantuk.

Selain itu, anda juga boleh mengajar anak cara menguruskan situasi cemas dengan menghafal nombor telefon ambulans, polis atau memanggil saudara berhampiran. Ini amat berguna sekiranya ibu atau bapa tiba-tiba jatuh sakit dan tidak sedarkan diri di rumah.

Bila dah ada kemahiran-kemahiran macam ni, nanti mak ayah pun tak risau dan boleh berlapang dada kalau anak kena tinggal di asrama atau dah masuk kolej. Pandai berdikari.


tags : , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)