Oleh pada 03 Jul 2017 kategori

Kredit foto: magberry.com

1. Salinan pendua (backup)

Kebanyakan daripada kita ingin menyimpan maklumat penting yang terkandung di dalam WhatsApp untuk digunakan bagi tujuan kerja mahupun peribadi. Oleh itu, ianya amat penting untuk anda membuat salinan pendua jika perlu mengakses perbualan-perbualan lalu. Selain itu, ia juga amat berguna kalau anda bercadang untuk bertukar peranti.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Langkah: Untuk mengaktifkan fungsi ini, pergi ke halaman 'Setting' > 'Chat' > 'Chat backup'.  

whatsapptips1 895

2. Starred messages

Bagi yang belum menyedari kewujudan fungsi ini atau masih belum menerokainya, ia ternyata memudahkan untuk anda melihat kembali kepada mesej-mesej penting seperti urusan harian sehinggalah tips pelajaran atau pekerjaan yang dikongsi oleh rakan sekelas atau rakan sekerja. Fungsi starred messages menjimatkan masa anda untuk melihat mesej terdahulu dengan cepat tanpa perlu mencarinya semula.

Langkah:

1. Tekan mana-mana mesej pilihan anda untuk seketika dan sentuh ikon bintang yang hadir pada bahagian atas.

2.Kemudian, mesej berkenaan boleh diakses melalui bahagian 'Starred messages'

whatsapptips2 712

3. WhatsApp Web

Tatkala sedang berada di hadapan komputer, anda sebenarnya masih boleh mengakses WhatsApp tanpa perlu melihat kepada telefon pintar. Apa yang perlu dilakukan ialah pergi ke web.whatsapp.com serta imbas kod QR yang tertera pada skrin komputer anda menerusi bahagian 'WhatsApp Web'. Hasilnya, anda boleh membalas mesej kenalan anda dengan lebih pantas dan berkesan. Namun, hati-hati jika bos anda sedang berada di pejabat.

whatsapptip3 214

4. Jimat data panggilan

Selain permesejan, WhatsApp juga dikenali sebagai alternatif untuk anda memanggil samada kawan atau orang yang tersayang. Bila dah bercakap tu, faham-faham sahajalah memang boleh sampai berjam-jam lamanya. Buat mereka yang sering mengeluh, anda pastinya mahu tahu cara untuk menjimatkan data semasa membuat panggilan menggunakan aplikasi WhatsApp.

Langkah: Di halaman 'Settings' > 'Data usage' > tandakan pada 'Low data usage'.

whatsapptips4

5. Tukar nombor telefon

Sesetengah dari kita gemar menukar nombor telefon bagi tujuan tertentu dan situasi ini pasti menyulitkan pengguna aplikasi WhatsApp. Setelah membeli nombor telefon yang baru, anda sebenarnya boleh memindahkan segala data dan akaun sedia ada dengan mudah tanpa perlu melakukannya secara manual. 

Langkah: 'Settings' > 'Account' > 'Change number'.

whatsapptips5

6. Bunyi notifikasi

Pernah tak anda berasa rimas apabila terpaksa melihat telefon anda setiap kali mesej masuk? Sebagai penyelesaian, anda boleh cuba menetapkan bunyi notifikasi yang berlainan bagi seseorang atau kumpulan sembang (group chat) tertentu yang penting seperti berkaitan hal kerja atau kekeluargaan. Dengan ini, anda boleh menghadkan jumlah masa atau kekerapan untuk melihat telefon pintar anda.

Langkah:

1. Tekan 'View contact' pada nama individu atau 'Group info' pada kumpulan sembang.

2. Pilih 'Custom notifications' dan anda boleh pilih bunyi kegemaran anda.

whatsapptips6

7. Hantar dokumen

Bagi mereka yang terdiri daripada pelajar mahupun golongan bekerja, anda boleh membuat penghantaran dokumen seperti Word, Excel, Powerpoint dan PDF melalui WhatsApp. Bukan sahaja dapat menjimatkan masa, malah ia juga boleh menjadi alternatif kepada emel apabila melibatkan urusan rasmi yang bersesuaian dan dibenarkan.

Langkah: Klik pada ikon 'Attachment' > 'Document' > pilih dokumen yang mahu dihantar.

whatsapptips7

8. Hilangkan tanda biru (blue tick)

Sesetengah orang kurang gemar melihat seseorang itu sedang online atau sudah membaca mesej yang dihantar. Jika anda salah seorang daripada mereka, anda boleh menghapuskan fungsi tanda biru (blue tick) ini untuk tujuan privasi dan keselamatan. Siapa tahu dengan cara ini anda mungkin boleh elakkan pergaduhan serta penjelasan panjang lebar bersama pasangan anda kerana tidak membalas mesej mereka atas sebab yang tidak dapat dielak.

Langkah: 'Settings''Account''Privacy' > nyahtanda 'Read receipts'.

whatsapptips8

9. Elak memori selalu penuh

Pernahkah anda tertanya-tanya mengapa memori telefon anda sentiasa penuh sedangkan anda jarang berswafoto atau menyimpan video? Ini mungkin disebabkan kumpulan sembang (group chat) yang anda sertai sentiasa dipenuhi dengan gambar dan video yang kemudiannya dimuat turun secara automatik tanpa anda sedari. 

Langkah: 'Settings' > 'Data usage''When using mobile data' / 'When connected on Wi-Fi' / 'When roaming'nyahtanda pada kotak yang berkenaan.

whatsapptips9

Sumber rujukan:

  1. https://faq.whatsapp.com
  2. https://www.lifewire.com/ways-to-save-mobile-data-when-using-whatsapp-4066261
  3. https://www.alltechbuzz.net/setup-custom-notifications-for-whatsapp/
  4. https://www.gadgetsnow.com/how-to/How-to-disable-WhatsApp-blue-ticks-for-read-messages/articleshow/45175312.cms



Hakcipta iluminasi.com (2017)