Sumber foto: Harian Metro

Siapa tidak mengenali pelakon, pelawak, pengacara dan penyanyi, Saiful Apek atau "Apek Senario" yang bergiat aktif dalam industri hiburan sejak tahun 1994. Pemilik nama sebenar Mohd Saiful Azam bin Mohamed Yusoff ini dilahirkan pada 15 Ogos 1969 di Gombak, Selangor.

Beliau juga merupakan pelakon yang paling banyak membintangi filem di Malaysia setakat ini. Beliau merupakan bekas ahli kumpulan Senario. Meskipun telah keluar dari kumpulan tersebut, beliau masih aktif dipanggil sebagai tetamu khas di kaca televisyen.

Bakat Saiful Apek dicungkil menerusi pertandingan "Sinaran Pasport Kegemilangan" musim pertama pada tahun 1994 anjuran TV3. Beliau turut pernah menjadi pengacara rancangan hiburan popular, Melodi bersama Fauziah Datuk Ahmad Daud. Malah, Saiful juga pernah dinobatkan sebagai "Bintang Paling Popular" pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian tahun 2003.

Beliau yang kini berusia 48 tahun telah berkahwin dengan Roslina Abu Hassan pada tahun 1994. Mereka dikurniakan dua orang anak lelaki yang bernama Mohd Riyadh Aslam dan Mohd Radzin Aiman.

Jom kita tengok 8 foto wajah anak Saiful Apek yang jarang dapat dilihat.

   

Sumber berita: Wikipedia

Sumber foto: Instagram.com/radznmn & Instagram.com/riyadhaslam




Hakcipta iluminasi.com (2017)