Walaupun penjara dibina untuk mengurung penjenayah dan pelaku salah agar mereka tidak dapat meloloskan diri, namun masih banyak penjara di seluruh dunia yang mempunyai kelemahan dari segala segi. Akibatnya, berlaku insiden di mana banduan-banduan berjaya melarikan diri sekaligus memberikan risiko kepada penduduk awam.
Disebabkan hal ini, sesetengah penjara telah dibina khas untuk penjenayah yang sangat berbahaya yang mana dilengkapi dengan teknologi tinggi dan kawalan tersangat ketat bagi mengelakkan "prison break" berlaku. iluminasi.com ingin kongsikan antara 7 penjara paling ketat di dunia yang mana agak mustahil untuk banduan meloloskan diri.
BESARKAN TEKS A- A+
7. Souza-Baranowski Correctional Center - Amerika Syarikat
Dikenali sebagai SBCC bagi mereka yang di dalam, ia dibuka secara rasmi pada tahun 1998. Sehingga kini, penjara ini belum melaporkan apa-apa kejadian melarikan diri dan masih kekal sebagai penjara paling berteknologi tinggi dan ketat di dunia.
Terdapat 600 pegawai penjara yang mengawal 1,500 orang banduan, namun untuk lebih pasti, penjara ini juga dipantau secara teliti menggunakan robot. Terminal komputer grafik antara muka FotrtyTwo memacu sistem tanpa kunci yang mengawal segala-galanya di penjara ini dari pintu-pintu penjara kepada bekalan air, sehinggalah kepada sistem PA dan pagar utama.
Bukan itu sahaja, ia menggungkan kamera 370 unit kamera HD untuk merekodkan premis ini 24 jam sehari, ditambah dengan dawai kawat dan sistem pengesanan gelombang untuk mengawasi perimeter penjara ini.
Dan jika anda rasa anda boleh mencabut plag untuk mematikan sistem keselamatan ini, anda silap. SBCC adalah antara salah satu penjara di Amerika Syarikat yang menggunakan hampir 100% tenaga elektrik daripada tenaga solar dan hidroelektrik. Jika anda ingin melarikan diri dengan cara oldschool seperti memecahkan dinding, pernjara ini menggunakan kongkrit yang sangat kuat dan keluli kebal.
6. Penjara Black Dolphin - Rusia
Penjara Black Dolphin terletak di sempadan antara Rusia dan Kazakhstan dan menempatkan penjenayah paling dahsyat di Rusia, sekumpulan pengganas, kanibal, pembunuh dan semua jenis penjenayah yang dihukum penjara seumur hidup.
Setiap kali banduan dipindahkan dari sel ke sel yang lain dalam penjara, mata mereka ditutup dan dipaksa berjalan dengan cara menunduk 90 dargah (seperti rukuk dalam solat).
Dengan ini, mereka tak dapat melihat persekitaran dan tidak dapat mengetahui struktur dalam penjara sekaligus gagal membentuk peta visual penjara dalam minda mereka. Hasilnya, mereka tak akan pernah mampu membuat perancangan untuk melarikan diri daripada penjara ini.
Malah, penjara ini mempunyai 900 pegawai yang mengawal hanya 700 orang banduan 24 jam sehari. Pegawai-pegawai ini akan menghalang banduan untuk duduk atau berehat di atas katil jika bukan waktu tidur.
5. Penjara La Santé - Perancis
Dibina pada tahun 1867 di tengah-tengah ibu kota Paris, Penjara La Sante ini adalah antara penjara yang paling terkenal dan terketat di dunia. Ia terkenal sebagai penjara yang mana jika anda masuk, anda hanya akan dapat keluar, bila tiba masa untuk anda keluar, bermakna tiada siapa akan dapat cuba melarikan diri.
Walaupun ia terletak di tengah-tengah kota, seni bina dan langkah-langkah keselamatan penjara ini adalah ringkas dan sangat efektif sehingga ia mustahil untuk meloloskan diri.
Beberapa tahun lalu, beberapa ratus orang banduan cuba untuk merancang keluar dari penjara ini menggunakan jalan yang sukar, yang mana mereka rasa jalan yang membolehkan mereka bebas, iaitu melalui paip kumbahan.
Rancangan tersebut gagal kerana sistem paip kumbahan juga terkunci, menyebabkan ramai daripada mereka mati lemas.
4. Penjara Qincheng - China
Dibina pada tahun 1958 dan terletak 3,000 kaki di atas paras laut, jauh di dalam lembah terpencil di Daerah Changping, Beijing, Penjara Qincheng adalah penjara keselamatan maksima yang dianggap sebagai antara penjara paling ketat di dunia.
Selain daripada ia mempunyai kira-kira 5,000 pegawai penjara, ia juga mempunyai menara kawalan yang paling tinggi di dunia yang dapat melihat seluruh kawasan dalam dan luar penjara yang mana dikelilingi oleh lembah dan gurun di semua bahagian. Ini bermakna tak ada sesiapa akan mampu menyembunyikan diri daripada pandangan pengawal menara ini.
Penjara ini dibina dengan bantuan Kesatuan Soviet yang pada asalnya digunakan dalam penahanan penjenayah Perang Kuomintang.
3. Kem Delta - Cuba
Walaupun Penjara Kem Delta terletak di Guantanamo Bay, Cuba, namun ia adalah miliki kerajaan Amerika Syarikat yang tak perlu diperkenalkan lagi. Sebahagian daripada pangkalan ini beroperasi di bawah jagaan tentera bersenjata Amerika Syarikat yang pada asalnya menjadi "rumah" kepada penjenayah perang terutamanya pengganas ketika menentang Al-Qaeda.
yang dikendalikan oleh angkatan bersenjata Amerika, ia adalah satu kemudahan penahanan yang menempatkan penjenayah yang dianggap sebagai keutamaan tertinggi oleh AS. Ia dibahagikan kepada beberapa kem yang mana digunakan untuk beberapa sebab.
Setiap kem berlainan mempunyai tahap keselamatan dan sekuriti yang tersendiri, yang mana Kem 3 berada di bawah sekuriti maksimum. Kem 7 baru-baru ini menjadi sebahagian daripada rahsia penjara, di mana hanya penjenayah yang dahsyat dikurung. Tiada siapa dibenarkan untuk tahu di mana mereka berada, termasuklah keluarga dan juga peguam.
Lebih dahsyat, 12 orang pegawai penjara ditugaskan untuk menjaga dan mengawal seorang banduan, membuatkan ia sangat mustahil bagi banduan untuk melakukan sesuatu yang tidak dibenarkan apatah lagi melarikan diri.
Kem ini juga dikelilingi oleh pangkalan ketenteraan Amerika, jadi, adalah tidak berbaloi bagi banduan untuk cuba meloloskan diri.
2. Penjara Persekutuan Alcatraz - Amerika Syarikat
Penjara ini telah ditutup pada tahun 1963, namun ia menjadi lagenda kerana bentuknya yang seperti kubu. Ia juga menjadi tempat mengurung penjenayah paling terkenal dan dahsyat di Amerika Syarikat termasuklah Al Capone, Machine Gun Kelly, Rafael Miranda dan Whitey Bulger.
Sepanjang operasi, 14 cubaan melarikan diri dilakukan oleh 36 orang banduan, yang mana 5 daripadanya tidak diambil kira dan dikatakan telah mati akibat lemas.
Penjara ini terletak di sebuah pulau dan cubaan meloloskan diri bermakna banduan perlu berenang sejauh 2.4 kilometer ke daratan yang terdekat.
Namun, penjara ini terpaksa ditutup akibat air garam yang berterusan mengikis bangunan dan penduduk San Francisco menyatakan kebimbangan mengenai kumbahan di kawasan sekitar, dengan mendakwa bahawa tahanan dan keluarga pegawai penjara telah dibuang ke laut.
1. ADX Florence - Amerika Syarikat
Penjara ADX Florence yang terletak di Amerika Syarikat mungkin boleh ditabalkan sebagai penjara paling ketat di dunia dan mustahil untuk banduan meloloskan diri. Ia tersangat ketat yang mana dikatakan bahawa seseorang banduan itu adalah sangat bertuah jika dia dapat melihat cahaya matahari.
Ia dibina pada tahun 1994 sebagai respon terhadap penjara-penjara di Amerika Syarikat yang tidak berupaya untuk mengawal tahanan yang sangat ganas dan dahsyat. Dengan pembinaan penjara ini, ia diamanahkan untuk menjadi lokasi kurungan penjenayah yang mampu memberikan risiko tinggi kepada negara ini.
Dengan sel penjara yang tidak mempunyai akses terus, banduan dikurung sepanjang hari tanpa sebarang langkah yang memungkinkan mereka untuk keluar. Sama seperti Penjara Black Dolphin, adalah mustahil untuk mengetahui arah yang anda berhadapan, atau di mana lokasi anda apabila memasuki penjara ini.
Ia merupakan hasil rekabentuk di mana semua tingkap sel hanya menghadap langit dan lokasi rekreasi banduan adalah di dalam lubang kongkrit tanpa tingkap. Ini membuatkan ia sangat mustahil untuk mereka membuat peta fasiliti ini apatah lagi untuk meloloskan diri.
Jika banduan cuba juga melarikan diri, beribu-ribu pengesan pergerakan, kamera dan pagar dawai berketingiaan 12 kaki yang sensitif tterhadap tekanan akan menggagalkan rancangan tersebut.
Rujukan:
1. Scoop Whoop