Kredit foto: greetingsfromengland.files.wordpress.com
Sedar tak sedar, sudah dua minggu kita semua berada dalam musim perayaan Hari Raya Aidilfitri. Pasti ada di antara kita yang terpaksa mula mencatu pengambilan juadah seperti ketupat, rendang, lemang, kuih raya dan pelbagai lagi menu wajib raya yang enak. Kalau tidak, bersedialah merungut bila berat badan naik.
BESARKAN TEKS A- A+
Mana taknya, bila sudah dijemput untuk menghadiri rumah terbuka saudara-mara dan sahabat handai, takkan hendak tolak pula kan? Oleh itu, jom tengok antara tips yang tidak terlambat untuk anda mula mencubanya. Raya kan sebulan!
1. Mula dengan buah-buahan
Ramai diantara kita yang gemar memakan makanan yang berat terlebih dahulu. Apa kata selepas ini anda mulakan dengan mengambil buah-buahan kerana ianya mengandungi serat yang dapat mengawal selera makan apabila kita rasa cepat lapar.
Untuk selamat, anda boleh memakan buah-buahan yang anda beli sendiri sebelum keluar ke rumah terbuka. Biasakan diri untuk menjadikan hidangan seimbang sebagai permulaan sebelum berasa kenyang.
Bagi juadah utama pula, cuba ambil dalam kuantiti yang sedikit lebih-lebih lagi jika anda ada lebih dari satu rumah terbuka untuk dihadiri terutamanya pada hujung minggu.
Kredit foto: Utusan Online
2. Katakan tidak kepada 'antisosial'
Tuan rumah jemput anda untuk menghadiri rumah terbuka bukan untuk menghabiskan makanan semata-semata, sebaliknya untuk mengeratkan silaturrahim dimana mungkin setahun sekali dapat bersua muka. Untuk itu, anda jangan jadi 'kera sumbang' pula.
Lebih teruk, ada yang bila dah selesai ambil makanan tu, boleh pula terus duduk tepi dinding dan sibuk berWhatsApp. Seeloknya, simpan telefon pintar anda dan letakkannya dalam 'silent mode'.
Kemudian, mulalah berborak dengan orang yang duduk di sebelah anda biarpun tak kenal. Pasti ada sahaja cerita yang boleh dibualkan, bukannya membiarkan mulut anda sentiasa dipenuhi dengan makanan.
Kredit foto: Utusan Online
3. Elak minum air manis
Biasanya tuan rumah akan menghidangkan air manis seperti jus oren atau pelbagai jenis minuman berkabohidrat. Kalau boleh, tolak pelawaan untuk meminumnya dengan cara baik. Sebaliknya, minum air putih yang anda boleh bawa sendiri dan minum semasa berada di dalam kereta.
Ternyata, terdapat banyak kebaikan yang anda peroleh bila meminum air kosong apatah lagi semasa musim perayaan sebegini. Kalau lidah anda teringin juga nak rasa air manis, cuba ambil dalam kuantiti seminimum yang boleh.
Kredit foto: toodia.my
4. Jangan tinggal sarapan
Jangan sesekali cipta alasan tak masuk akal untuk tak ambil sarapan pagi. Kononnya nak simpan ruang dan takut cepat kenyang bila makan di rumah terbuka nanti. Bersarapan penting untuk menstabilkan metabolisme tubuh serta mengawal selera anda supaya tidak terasa lapar.
Ingat, apa yang penting ialah makan secara sederhana. Jangan biarkan diet anda semasa bulan puasa hancur dengan sifat tamak haloba anda semasa beraya di rumah orang.
Kredit foto: mStar Online
Sumber rujukan: Tips elak gemuk musim perayaan