Sumber foto asal: Youtube Astro Gempak
1. Datuk Yusof Haslam selaku juri jemputan pada konsert malam itu menyanyikan lagu ‘Kasih’ oleh Broery Marantika sebagai persembahan pembukaan.
2. Nabil dan Jihan yang ditugaskan untuk menyanyikan lagu ‘Baby Shark’ cukup menghiburkan, dimana lirik baru yang ditukar amat catchy dan kreatif.
3. Anak gadis kepada Hetty Koes Endang bernama Afi yang bertindak sebagai jurusolek kepada ibunya sempat diusik Nabil. Katanya, sudah lama mahu ibu mentua dari Indonesia dan mengajak Afi makan bakso bersama.
4. Aishah selaku pembuka tirai mendendangkan lagu ‘Terukir di Bintang’ oleh Yuna. Aishah meniru penampilan dan gaya Datuk Seri Vida dengan memakai tiara dan selendang pink. Katanya, 'Aishah' tidak muncul kerana bajunya belum disiapkan.
5. Datuk Ramli MS berkata yang Datuk Seri Vida ‘buruk perangai’. Sejurus selepas itu, beliau berkata karakter tersebut bijak untuk tujuan melariskan produknya. Kemudian, Nabil berkata, “Takut lah tu”.
6. Semasa memperrsembahkan lagu ‘Perhaps’, Raja Azura sekali lagi berkata sesuatu semasa persembahannya yang berbunyi, “Lepas ke minggu ni? Sakan? Sakan dah”. Tok Ram memberikan komen dengan mengatakan nyanyian Raja Azura seperti ‘nafas ikan’. Sebelum turun dari pentas, Raja Azura menujukan gaya ‘angkat kaki’ kepada Tok Ram. Tok Ram kelihatan tidak berpuas hati dengan aksi tersebut. Beliau ada berkata sesuatu, tetapi kurang jelas kerana mikrofon tidak dihidupkan.
7. Penampilan Tia Jinbara menerusi lagu ‘Bila Resah’ ditegur oleh Nabil dan Tok Ram kerana dikatakan sama dengan imej penyanyi asal lagu berkenaan, Anuar Zain.
8. Liza Hanim berjaya mendendangkan lagu ‘Lagu Untukmu’ oleh kumpulan Meet Uncle Husin dengan cukup baik. Ibu Hetty memberikannya standing ovation buat kali kedua. Tok Ram berkata beliau jarang melihat penyanyi yang mampu mencipta karya vokal dengan pelbagai idea seperti Liza Hanim.
9. Firman menutup persembahan konsert malam itu dengan lagu hit ‘Zalikha’ oleh Floor 88. Aksi menggunakan hailer semasa menyanyi mendapat pujian Ibu Hetty.
10. Liza Hanim julung kalinya menerima ‘Anugerah Gelora Vida Vaganza’. Raja Azura pula diumumkan tersingkir pada minggu ini dan memberikan kata-kata akhir berbunyi, “Seni itu agak halus. Anak seni juga agak jujur di atas pentas”.
Sumber berita: sportsukan.tv