Oleh pada 20 Jan 2022 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Program realiti yang menghimpunkan para penyanyi generasi baharu atau Budak Baru Nak Up (BBNU), Big Stage diteruskan dengan musim yang keempat.

Turut dibarisi penyertaan daripada pesaing negara luar, Big Stage 2022 keseluruhannya mempertaruhkan 11 bintang muda yang datang dari tiga negara serumpun.

Ia terdiri daripada sembilan penyanyi Malaysia, serta dua bintang lain, masing-masing dari Indonesia dan Brunei.

Antara pembaruan yang disuntik pada edisi ini termasuk proses pemberian markah oleh panel juri yang akan dilakukan secara langsung atau ‘live marking’ yang mana setiap pemarkahan dipaparkan untuk tontonan umum menerusi skrin LED.

big stage 2022

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Juri profesional tetap yang juga bertindak sebagai pengkritik terdiri daripada dua karyawan lagenda tanah air yang disegani iaitu penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan komposer terkenal, Ajai.

Sementara itu, Alif Satar dan Sherry Al Hadad masih dikekalkan mandat sebagai pasangan pengacara yang mengendalikan program konsert di pentas utama.

Konsert Big Stage 2022 akan memulakan siaran pada 6 Februari 2022 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) untuk tayangan secara langsung di saluran Astro Ria (CH 104) pada pukul 9 malam, serta turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan perkhidmatan On Demand untuk pilihan alternatif.

Terdahulu, penyanyi Sarah Suhairi diangkat juara sewaktu penganjuran musim pertama (2018), diikuti bintang Korea Selatan, Han Byul sebagai pemenang musim kedua (2019) dan Azzam Sham menyusul sebagai juara musim ketiga (2020).

Maklumat mengenai format penjurian, hadiah dan info penuh rancangan, baca artikel: Info Penuh Program Big Stage 2022 (Musim 4)

   

Baca: Cara Undi Peserta Big Stage 2022 (Konsert Mingguan Dan Akhir)

peserta big stage 2022

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Senarai 11 Peserta Big Stage 2022 - Musim 4

Lia Aziz

lia aziz 828

Baca: Biodata Lia Aziz

Megat Rahim

megat rahim 163

Baca: Biodata Megat Rahim

Tuah Adzmi

tuah adzmi 694

Baca: Biodata Tuah Adzmi

Aisha Retno

aisha retno 686

Baca: Biodata Aisha Retno

Danial Chuer

danial chuer 915

Baca: Biodata Danial Chuer

Ajoi Zainal

ajoi zainal

Baca: Biodata Ajoi Zainal

Sofiaa Marieylla (Jerung Merah)

sofiaa marieylla jerung merah

Baca: Biodata Sofiaa Marieylla

Yazmin Aziz

yazmin aziz

Baca: Biodata Yazmin Aziz

Elica Paujin

elica paujin

Baca: Biodata Elica Paujin

Tegar Septian (Indonesia)

tegar septian

Baca: Biodata Tegar Septian

Syafiq Abdilah (Brunei)

syafiq abdilah

Baca: Biodata Syafiq Abdilah

     

Iqbal Zulkefli

iqbal zulkefli 240

Baca: Biodata Iqbal Zulkefli

Baca: Senarai Lagu Tugasan Konsert Big Stage 2022 (Musim 4) Minggu 1

Kredit foto: Instagram Astro Gempak, Instagram Tegar Septian , Instagram Syafiq Abdilah & Instagram Ahmad Iqbal Zulkefli

   

Kredit video: Barisan Peserta & Persembahan Pengenalan • Big Stage 2022




Hakcipta iluminasi.com (2017)