Kredit foto: Instagram Ahmad Iqbal Zulkefli

Siapa Ahmad Iqbal Zulkefli? Pemuda kelahiran Pasir Mas, Kelantan ini merupakan seorang graduan Penulisan Kreatif di ASWARA dan berpengalaman sebagai pembantu peribadi kepada usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida selama empat tahun.

Beliau menjadi bualan hangat di kalangan warganet selepas mendakwa hubungannya dengan Vida pernah melalui fasa percintaan hingga hampir mendirikan rumah tangga, beberapa tahun lalu.

Biodata Dan Latar Belakang

Nama penuh: Ahmad Iqbal Zulkefli

Nama panggilan: Iba, Iqbal

Umur: 27 tahun (2021)

Tarikh lahir: 12 September 1994

Tempat lahir: Pasir Mas, Kelantan

Pendidikan: Maahad Muhammadi Pasir Mas, Kelantan (Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Agama Malaysia)

Kelulusan: Diploma dalam jurusan Penulisan Kreatif di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), Kuala Lumpur

Adik Beradik: Anak ketiga daripada lapan orang adik beradik

Instagram (IG): @ahmadiqbalzulkefli

Fakta Menarik

iqbal vida   

Kredit foto: Instagram Ahmad Iqbal Zulkefli

Iqbal pernah menjalin kerjasama dengan lebih 15 buah syarikat sebelum bekerja sebagai pembantu peribadi Vida. Dakwanya, sebelum tamat belajar dia ditawarkan dengan lima peluang pekerjaan dengan gaji berjumlah RM5000 ke atas!

   

ahmad iqbal zulkefli

Kredit foto: Instagram Ahmad Iqbal Zulkefli

Mula berkenalan dengan Vida selepas merangkul kemenangan dalam pertandingan video kreatif anjuran usahawan itu. Dia kemudian ditawarkan jawatan sebagai Pembantu Peribadi dan Pegawai Media kepada Vida.

dato vida 34

Kredit foto: Instagram Ahmad Iqbal Zulkefli

Kelibatnya mula sampai ke mata awam selepas gambar-gambarnya di sisi Vida tular di alam maya.

Empat tahun bergelar pembantu peribadi kepada usahawan sensasi itu, Iqbal kini aktif menjadi ahli perniagaan yang mengemudikan syarikat IBA Revolution Sdn Bhd.

iqbal dato vida

Kredit foto: Instagram Ahmad Iqbal Zulkefli

Memulakan bisnes sendiri dengan bermodalkan RM500, Iqbal dikenali menerusi penghasilan dua jenama produk iaitu Iba Skin Care dan Iba Perfumes.

cik b 836

Kredit foto: Instagram Ahmad Iqbal Zulkefli

Sisi lain, Iqbal berhasrat melihat potensinya dalam dunia perfileman menyinar menerusi kerjaya sebagai seorang pengarah, jika mendapat peluang suatu hari nanti.

Di waktu lapang, dia mempunyai hobi yang berkaitan dengan gajet, media dan teknologi, selain gemar membaca dan bermain dengan kucing serta kanak-kanak.

Baca: Biodata Qush (Syed Qusyairi), Pembantu Peribadi (PA) Baru Dato Seri Vida

Baca: Biodata Ahmad Weldan Zulkefli, Adik Iqbal Zulkefli, Founder Vitamilk

Baca: Biodata Anes Ayuni (Ayunie), Adik Ipar Iqbal Zulkefli, Founder Vitamilk

Baca: Kisah Kehidupan, Asal Usul Dato Seri Vida

Baca: Biodata Dan Latar Belakang Dato Seri Vida

Baca: Biodata Cik B, Anak Datuk Seri Vida

Baca: Biodata Fairuz Ahmad Zainuddin, Bekas Suami Dato Seri Vida

Baca: Biodata Kacak, Anak Dato Seri Vida

Baca: Ini Rupanya Keputusan UPSR Anak Dato Seri Vida Yang Buat Ibunya Terkejut!

Gambar

ahmad iqbal

keluarga ahmad iqbal zulkefli

iqbal zulkifli

ahmad iqbal zulkefli umur

ahmad iqbal zulkefli ig

Kredit foto: Instagram Ahmad Iqbal Zulkefli

Video

Kredit video: LAWAKLA SEMBANG DALAM KAIN.. SEKIAN LAMA SY TAK GELAK HEPI MCM GINI

Sumber:

1. Iqbal tabah teroka dunia perniagaan

2. “TAK LUAK DICACI, SAYA DAN DSV TETAP SERASI” – LUAHAN AHMAD IQBAL, P.A DAN PEGAWAI MEDIA KACAK DATO SERI VIDA

3. [VIDEO] Bekas PA Vida dedah hampir kahwin, dah siap buat ujian kesuburan… mampu bagi RM1 juta sebulan - “Saya tahu dia nak tapi tak yakin”

4. Facebook Ahmad Iqbal Zulkefli




Hakcipta iluminasi.com (2017)