Oleh pada 14 Mar 2022 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Konsert separuh akhir musim keempat Big Stage memperlihatkan penglibatan enam penyanyi BBNU (Budak Baru Nak Up) dalam usaha merebut tiket ke peringkat akhir.

Menerusi pertandingan minggu ketujuh edisi 2022 itu, calon finalis bakal melalui cabaran bertemakan 'Flex' bersama lagu-lagu tugasan yang menonjolkan kekuatan vokal.

Episod ini menyaksikan penyertaan peserta yang masih kekal terdiri daripada penyanyi Tegar Septian (Indonesia), Yazmin Aziz, Aisha Retno, Danial Chuer, Elica Paujin dan Ajoi Zainal.

Lagu-lagu yang menjadi pertaruhan mereka adalah seperti berikut:-

big stage 699

Kredit foto: Instagram Ajai

Senarai Lagu Peserta Konsert Big Stage 2022 (Musim 4) Minggu Ketujuh Separuh Akhir

1. Aisha Retno - Sumpah (Aina Abdul)

2. Elica Paujin - Anggapanmu (Ziana Zain)

3. Danial Chuer - It's A Man's Man's Man's World (Seal)

4. Ajoi Zainal - Setelah Kau Tiada (Cakra Khan)

5. Yazmin Aziz - Proud Mary (Tina Turner)

6. Tegar Septian - Hal Hebat (Govinda)

Pusingan Battle Mash Up

1. Aisha Retno - Denting (Melly Goeslaw)

2. Tegar Septian - Buih Jadi Permaidani (Exists)

3. Danial Chuer - Roman Picisan (Dewa 19)

4. Yazmin Aziz - Hukum Karma (Wings)

5. Elica Paujin - Pelesit Kota (Search)

6. Ajoi Zainal - Di Alam Fana Cinta (Fotograf)

   

Aisha Retno VS Danial Chuer

Yazmin Aziz VS Elica Paujin

Tegar Septian VS Ajoi Zainal

   

Baca: Senarai Lagu Tugasan Finalis Konsert Akhir Big Stage 2022 (Final Musim 4)

Baca: Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Big Stage 2022 Separuh Akhir (Musim 4)

Baca: Keputusan Markah Peserta Konsert Big Stage 2022 (Musim 4) Minggu 6 Suku Akhir

Baca: Cara Undi Peserta Big Stage 2022 (Konsert Mingguan Dan Akhir)

Butiran mengenai format penjurian, hadiah dan info penuh rancangan, baca artikel: Info Penuh Program Big Stage 2022 (Musim 4)

Tugas penjurian disempurnakan oleh juri profesional tetap terdiri daripada penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan komposer terkenal, Ajai.

Big Stage 2022 yang dikemudikan pengacara Alif Satar dan Sherry Alhadad berlangsung secara mingguan dalam konsert siaran langsung yang dibawakan dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Ke udara sejak 6 Februari lalu, rancangan saluran Astro Ria (CH 104) ini menemui penonton pada setiap hari Ahad, pukul 9 malam.

Tontonan secara online menerusi aplikasi Astro Go dan platform On Demand sebagai pilihan alternatif.

Kredit video: Konsert Big Stage Live+ Minggu 6 Suku Akhir




Hakcipta iluminasi.com (2017)