Oleh pada 03 Mar 2024 kategori

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

       

Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-38 menyajikan malam penuh muzik dengan tema "Muzikaverse" di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 3 Mac 2024.

        

ajl 2024 66681

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

        

Pilihan tema ini dibuat berdasarkan penyatuan istilah "Muzik" dan "Multiverse" merangkumi pelbagai bakat dari dunia penyanyi, penulis lirik dan komposer dalam penciptaan sesebuah lagu.

        

anugerah juara lagu finalist ticket hasrat 38363

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

         

Penyanyi berpengalaman menjadi sebahagian daripada barisan pelantun yang membawa lagu-lagu tercalon, menghadapi cabaran mendepani para bintang muda.

Antara yang bersaing ialah Aisha Retno, Amir Jahari, Ernie Zakri, Kugiran Masdo, Aina Abdul, Marsha Milan Londoh, Hasif Upin, Ziana Zain dan ramai lagi.

        

finalis ajl 62926

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

       

Sherry Al Hadad ditemani oleh seorang hos yang masih dirahsiakan identitinya, bertindak sebagai pengacara semasa mengendalikan program tersebut.

        

ajl 38 29297

Kredit foto: Instagram Tonton MY

       

AJL 38 membuka tirainya dengan penuh gaya dalam segmen karpet merah, diterajui oleh Fizi Ali dan Fiza Frizzy yang menilai fesyen mencuri tumpuan.

         

ajl final 22299

Kredit foto: Instagram Alha Alfa

        

Alha Alfa Cosmetics memberikan sokongan sebagai penaja utama kepada anugerah pencarian lagu terbaik yang berprestij ini.

Waktu penayangan acara dijadualkan pada jam 9 malam, disiarkan di TV3 dan Tonton secara langsung.

Sambutan Karpet Merah AJL 38 pada pukul 8.30 malam di TV9, juga boleh dinikmati menerusi aplikasi Tonton.

Perolehan tiket AJL38 pada laman web www.tonton.com.my dengan pelbagai harga, bermula dari RM68 (Aras 4), RM78 (Aras 3), RM 178 (Arena) hingga RM 398 (Front Seat).

         

ajl final 2024 89628

Kredit foto: Instagram XTRA

        

Terdahulu, penyanyi Aina Abdul mencipta kejayaan di AJL 37 dengan lagu penuh emosi "Terus Hidup", meraih kegemilangan dalam kategori utama, Juara Lagu, pada edisi sebelumnya.

Ini pula karya-karya yang menonjol dalam edisi ini dihargai melalui penganugerahan trofi untuk setiap kategori yang dipertandingkan.

        

juara lagu 81789

Kredit foto: Instagram XTRA

        

Keputusan Anugerah Juara Lagu 38 (AJL 2024)

       

Juara Lagu

Hasrat - Amir Jahari

Komposer: Amir Jahari

Penulis lirik: Amir Jahari

      

Naib Juara / Tempat Kedua

Sutera - Aisha Retno

Komposer: Aisha Retno, MFMF

Penulis lirik: Aisha Retno

       

Tempat Ketiga

Jangan Mati Rasa Itu - Aina Abdul

Komposer: Aina Abdul

Penulis lirik: Aina Abdul

       

Vokal Terbaik

Jangan Mati Rasa Itu - Aina Abdul

Komposer: Aina Abdul

Penulis lirik: Aina Abdul

        

Persembahan Terbaik

Sutera - Aisha Retno

Komposer: Aisha Retno, MFMF

Penulis lirik: Aisha Retno

       

Anugerah Khas Penyanyi Pilihan Alha Alfa

Jangan Mati Rasa Itu - Aina Abdul

Komposer: Aina Abdul

Penulis lirik: Aina Abdul

       

Baca: Biodata Amir Jahari, Penyanyi Lagu Hasrat, Juara Anugerah Juara Lagu (AJL) 38 (2024)

Baca: 10 Fakta Yang Ramai Tak Tahu Mengenai Aisha Retno, Penyanyi Lagu Sutera, Finalis Anugerah Juara Lagu (AJL) 38 (2024)

Baca: Senarai Finalis, Tarikh, Cara Undi, Hadiah Pemenang, Info Penuh AJL 2024 / Anugerah Juara Lagu 38

Baca: Biodata Hasif Upin, Penyanyi Lagu Waktu (Duet Bersama Ziana Zain), Finalis Anugerah Juara Lagu 38 (2024)

Baca: Senarai 30 Lagu Separuh Akhir / Semi Final Muzik Muzik 38 (SFMM 2023)

Baca: Senarai Keputusan Pemenang AJL 2023 / Anugerah Juara Lagu 37

Baca: Senarai Finalist, Tarikh, Info Penuh AJL 2023 / Anugerah Juara Lagu 37

Baca: Senarai Calon Top 5, Kategori, Persembahan, Penyampai Trofi, Undian, Tarikh Gempak Most Wanted Awards 2023 / 2024 (Astro)

        

Tajuk program? Anugerah Juara Lagu (AJL) 38

Bila dan tayang hari apa? 3 Mac 2024 (Ahad), pukul 9 malam

Tonton di mana? Saluran TV3 atau strim platform online, Tonton (secara live streaming)

        

Kredit video Youtube: AJL 38 | Di Sebalik Tabir Anugerah Juara Lagu 38

         




Hakcipta iluminasi.com (2017)