Kredit foto: Instagram Amir Jahari , Facebook Amir Jahari

        

Penyanyi Amir Jahari meraih gelaran juara menerusi lagu 'Hasrat', hasil ciptaannya sendiri, yang mengatasi 11 lagu lain dalam pertandingan muzik, Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-38.

        

ajl 2024 95564

        

Kejayaan ini tidak hanya melayakkannya membawa pulang gelaran juara, malah memberikan hadiah wang tunai berjumlah RM100,000 berserta sebuah trofi.

       

ajl 92581

        

Dalam saingan sengit, Amir berhadapan dengan penyanyi-penyanyi hebat lain termasuk Aisha Retno dengan Sutera, Aina Abdul (Jangan Mati Rasa Itu), Kugiran Masdo (Inilah JalanNya), Ernie Zakri (Astana), Naqiu (Santai) dan Hael Husaini (Bintang).

Turut menyertai pertandingan ini ialah Marsha Milan Londoh (Darah), Hasif Upin dan Ziana Zain (Waktu), Khai Bahar dan Nabila Razali (Selagi Ku Ada), Shiha Zikir (Kalam) serta Wany Hasrita dan Afieq Shazwan (Kucuma).

       

Biodata Amir Jahari

Nama sebenar: Mohamad Amirullah bin Jahari

Nama komersial: Amir Jahari

Umur: 32 tahun (2024)

Tarikh lahir: 31 Mei 1992

Tempat lahir / Asal: Kuching, Sarawak

Keluarga: Anak keempat daripada enam orang adik beradik

Pendidikan: Jurusan Muzik dari Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA)

Pekerjaan: Penyanyi, Komposer, Penulis lirik, Guru Vokal

Instagram (IG): @amirjaharimuzik

Tiktok: @amirjaharimuzik

       

Latar Belakang

Bakat nyanyiannya ditemui dalam musim kesembilan Akademi Fantasia (AF9) pada 2011 menerusi pembabitan dalam rancangan pencarian bakat tersebut.

        

amir jahari af

       

Bagaimanapun, penyertaannya hanya sampai tiga minggu sebelum disingkirkan bersama Ayda Jebat di konsert minggu ketiga. Musim itu juga melahirkan bintang-bintang berbakat seperti Hazama, Ayda Jebat, Fina Jebat (Fyna Jebat), Erul Samah, Afif Tirmizie, Raqib Majid dan beberapa lagi.

Manakala pada Akademi Fantasia (AF) Megastar 2017, yang mengumpulkan alumni terunggul sepanjang 13 musim, Amir menghadapi kekecewaan apabila tersingkir pada peringkat separuh akhir (Minggu 7).

       

amir jahari wikipedia

       

Seterusnya, rancangan Astro, The Last Trio Standing (TLTS) musim 2022-2023 menampilkan kolaborasi tiga individu untuk membentuk satu trio, terdiri daripada seorang komposer, seorang penyanyi dan seorang pendatang baru dalam industri muzik tempatan. Amir, bersama AG Coco dan Fidi, membentuk trio 'ADAM' yang memenangi gelaran naib juara dengan hadiah wang tunai RM25,000 serta sebuah trofi.

         

lagu amir jahari

        

Dengan hasil rakaman lagu-lagu seperti Hasrat, Penghibur Jalanan, Aku Juga Manusia, Tanpamu, Selalu Ada dan Ingga, menjadikan namanya sohor di kalangan peminat seni muzik.

Beliau telah melahirkan dua buah album berjudul Penghibur Jalanan serta Siang Dan Malam.

        

juara ajl 95523

        

Pada 5 Oktober 2013, Amir memulakan bab baharu dalam hidup dengan perkahwinan bersama isterinya, Kartini Ismail. Kini, mereka diserikan dengan kelahiran tiga orang anak, Nur Izzah Amaani, Aqil Salim dan Asmaa Aisyaah.

       

Fakta Menarik

1. Bermula melibatkan diri dengan bermain gitar sejak usia 13 tahun dan mencipta lagu sejak menginjak umur 16 tahun.

2. Melangsungkan pertunangan pada usia yang muda, ketika berumur 18 tahun, berkahwin pada usia 21 tahun dan menerima tanggungjawab sebagai seorang bapa pada umur 23 tahun.

3. Sebagai pencipta lagu yang memfokuskan pada karya kisah hidup peribadinya, Amir telah memberikan impak mendalam kepada hati para pendengar.

4. Meskipun sering mengambil bahagian dalam pelbagai pertandingan muzik, pencapaian tertingginya hanyalah meraih tempat kedua, tanpa pernah memenangi sebarang pertandingan (sebelum AJL38).

5. Pernah menjalani kehidupan sebagai gelandangan selama setahun, sebelum dan sesudah menyertai program realiti Akademi Fantasia 9 (AF9) pada 2011.

Tempoh tersebut melibatkan malam-malam tidur di rumah wakaf dan surau berdekatan Bukit Damansara kerana ketidakmampuannya untuk membayar sewa bilik pada masa itu. Bagi mengelakkan memberi beban kepada ibu bapa dan keluarganya di Kuching, dia mencari rezeki sebagai pemuzik jalanan di beberapa lokasi sekitar Kuala Lumpur.

6. Pernah mengalami kemurungan yang serius, dia cuba untuk menamatkan hidupnya pada 2018 akibat depresi yang teruk. Sebagai reaksi terhadap kesedihan yang mendalam, dia cuba untuk terjun daripada sebuah jambatan sebanyak tiga kali. Namun, ketika mengenangkan wajah-wajah tersayang dalam keluarganya, dia tersedar dan menghentikan niat untuk melanjutkan perbuatan itu.

7. Pernah berhadapan dengan zaman yang sukar di mana dia tiada pekerjaan, sehingga tidak mampu membeli lampin untuk anaknya. Mereka sekeluarga hanya menikmati hidangan nasi 'berlaukkan' kicap selama sebulan.

8. Menyedari adanya ketidakseimbangan dalam kesihatan mentalnya, dia mencari rawatan dan perubatan selama tiga tahun untuk mengatasi masalah kemurungan.

9. Dia pernah mengambil keputusan drastik untuk berhenti daripada dunia seni pada 2020.

10. Lagu "Hasrat" dilahirkan semasa dia sedang mengalami kesedihan ketika bapanya menghidap penyakit kanser paru-paru. Bapanya, Allahyarham Jahari Seman, meninggal dunia pada 20 Mei 2022 akibat penyakit tersebut.

11. Amir memutuskan untuk menamatkan penggunaan nama Amir Jahari di platform media sosial dan menggantikannya dengan Hamba, yang memberikan impak positif ke atas dirinya. Namun, selepas pemergian bapanya, dia kembali menggunakan nama Amir Jahari dengan matlamat meninggalkan legasi yang baik kepada generasi muda dan generasi akan datang.

12. Pada permulaannya, dia meminta penerbit filem Imaginur untuk menggunakan lagu 'Hasrat' eksklusif bagi filem itu tanpa sebarang pemasaran komersial. Namun, desakan dari pihak berkenaan menyebabkan dia akhirnya bersetuju untuk menerbitkannya secara meluas.

13. Lagu 'Hasrat' dihasilkan hanya dalam tempoh singkat, iaitu 10 minit, semasa negara melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan proses rakamannya dilakukan di dalam rumah.

         

hasrat amir jahari

        

14. Amir kembali ke pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) dengan penyertaannya menerusi lagu 'Hasrat', setelah sebelum ini membawa lagu 'Tanpamu' di AJL 27.

15. Beliau pernah menandatangani perjanjian kontrak dengan Kasi Gegar Entertainment, sebuah syarikat milik penyanyi ternama, Aizat Amdan.

16. Beliau turut pernah menjadi anggota dalam kumpulan Go Gerila, di mana beliau bertindak sebagai vokalis bersama Aizat Amdan.

17. Beliau juga menubuhkan kumpulan muzik peribadinya, The Amir Jahari Project.

         

ajl 38 12546 71

        

18. Tahun 2020, beliau menjual gitar kesayangannya menerusi media sosial demi menangani cabaran kelangsungan hidup. Walaupun harga asal ditetapkan pada RM 2,200, pembeli memberikan bayaran yang lebih tinggi bagi gitar tersebut.

19. Projek 'Hasrat' bukanlah kali pertama beliau terlibat dalam penghasilan muzik untuk OST filem. Penglibatan pertamanya dalam bidang ini adalah untuk filem "Orang Itu" arahan Low Ngai Yuen yang diterbitkan pada tahun 2018.

20. Difahamkan, kini beliau sedang menyiapkan album ketiga yang dijangka akan dilancarkan pada tahun ini.

       

Baca: Senarai Finalis, Tarikh, Cara Undi, Hadiah Pemenang, Info Penuh AJL 2024 / Anugerah Juara Lagu 38

Baca: Biodata Hasif Upin, Penyanyi Lagu Waktu (Duet Bersama Ziana Zain), Finalis Anugerah Juara Lagu 38 (2024)

Baca: 10 Fakta Yang Ramai Tak Tahu Mengenai Aisha Retno, Penyanyi Lagu Sutera, Naib Juara Anugerah Juara Lagu (AJL) 38 (2024)

Baca: Senarai Keputusan Pemenang Anugerah Juara Lagu (AJL) 38 (2024)

         

Senarai Lagu Amir Jahari

Hasrat

Penghibur Jalanan

Aku Juga Manusia

Tanpamu

Selalu Ada

Ingga

Hadiah Dari Tuhan

Gelisah

Cin-Ta

Pernahkah (duet bersama Lydbie)

Bayang (Feat Malis)

Ajarkan Aku

Masa Lalu

Nafas

Sila Robek Hati Ini

Syurga

Sang Perindu

Tersenyumlah

       

Foto

amir jahari ajl

amir jahari instagram

amir jahari ig

amir af

amir jahari umur

amir jahari 592

Kredit foto: Instagram Amir Jahari , Instagram TV3 Malaysia , Twitter Amir Jahari , Facebook Amir Jahari

       

Video

Kredit video: Amir AF9 - Ujibakat Akademi Fantasia ke 9

        

Sumber:

1. AJL38: Pertama kali ada nombor bila bertanding – Amir Jahari

2. Bukan mudah jadi bapa pada usia 23 tahun - Amir Jahari

3. Lupa diri ketika hidup senang… Amir Jahari tukar nama ‘Hamba’ kerana tekanan hidup, diuji masalah kewangan

4. Amir Jahari bersyukur atasi kemurungan

5. Lebihkan artis kita

6. Hasrat, naskhah diabadikan buat arwah ayah - Amir Jahari

7. Amir tetap ingat memori gelandangan

8. Instagram Amir Jahari

        




Hakcipta iluminasi.com (2017)