Kredit foto: Instagram Hasif Upin , Facebook Momas Ipin

        

Hasif Upin, seorang penghasil konten viral di TikTok dengan 3.7 juta pengikut, kini dikenali sebagai seorang penyanyi.

Beliau berkolaborasi dengan penyanyi legenda, Ziana Zain dalam lagu 'Waktu' yang bakal bersaing di Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-38 — hasil karya komposer terkemuka, Iqie Hugh, John Jeeves dan Firdaus Rahmat yang diterbitkan oleh Armani Entertainment Group.

       

Biodata

Nama sebenar: Muhamad Hasif bin Sharaudin

Nama komersial: Hasif Upin

Umur: 33 tahun (2024)

Tarikh lahir: 31 Mei 1991

Tempat lahir / Asal: Kota Tinggi, Johor

Keluarga: Anak bongsu daripada lima orang adik beradik

Pekerjaan: Penyanyi, Pencipta Konten, Pelakon

Instagram (IG): @hasif_upin

Tiktok: @abangupinipin

        

Latar Belakang

1. Hasif mula dikenali meluas menerusi TikTok kerana video parodi Upin Ipin yang dihasilkannya tular, idea awal dibuat selepas sahur Ramadan tahun 2020 dan mencapai 30 juta tontonan dalam sehari. Kejayaan video parodi itu meningkatkan populariti Hasif di kalangan netizen, merentasi Malaysia hingga ke Indonesia.

2. Kini terkenal di seluruh dunia maya, namanya sudah menjadi tidak asing sebagai selebriti media sosial, dengan lebih daripada 3.7 juta pengikut di TikTok, 530,000 pengikut di Instagram (IG) dan 770,000 pelanggan di Youtube.

3. Namanya terpahat dalam seni muzik menerusi lagu-lagu seperti Janji Sampai Mati (OST drama I Promise Janji Anaqi), Dilema, Waktu (duet bersama Ziana Zain), Nostalgia Raya (duet bersama Yunadia) dan Kitsui Raya (bersama Anna Jobling dan Amsyar Sabri), yang telah dirakamkannya.

4. Filem pertama yang melibatkan lakonannya bersama MK K-Clique, iaitu sebuah filem seram Indonesia bertajuk Paku Tanah Jawa, bakal ditayangkan di pawagam dalam jangka waktu terdekat.

5. Hasif aktif membuat video kebajikan untuk menginspirasikan pengikutnya agar peduli dengan kesusahan orang lain. Antaranya program Minyak Motosikal Percuma 2022 memberikan sumbangan minyak petrol percuma kepada penunggang motosikal dan menerusi 'challenge 10 saat' di TikTok, dia memberi kesempatan kepada individu untuk mendapatkan barangan keperluan dalam masa sepuluh saat.

6. Pada 2019, dia memenangi RM10,000 sebagai peserta Mikrofon Impian dan menggunakan wang itu untuk membayar hutang rakan-rakan yang membantu rawatan ibunya, yang sakit akibat penyakit kencing manis, darah tinggi dan buah pinggang. Menerusi kisah dalam program TV berkonsepkan kebajikan itu, Hasif menceritakan dirinya pernah dihalau oleh ayahnya dan terpaksa berhenti sekolah di usia muda.

7. Ibunya, Mimah binti Mahmud, meninggal dunia pada Oktober 2021, sementara bapanya sudah tiada sejak dahulu.

          

Fakta Menarik

1. Asalnya adalah orang kampung dan merupakan anak felda.

2. Mempunyai darah kacukan Indonesia yang diwarisi daripada arwah bapanya.

3. Boleh bertutur Bahasa Indonesia dengan fasih disebabkan sering mendengar perbualan bapanya bersama kawan-kawan pada masa kecil.

4. Sebelum menjadi artis, dia merupakan seorang tukang masak. Wabak Covid-19 menyebabkan kedai makan itu ditutup disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan.

5. Dia pernah terlibat dalam pembuatan dan penjualan kek untuk majlis perkahwinan. Kepakaran memasaknya melibatkan hidangan seperti bakso, ayam masak merah, nasi dagang dan lain-lain.

6. Dia mencipta video parodi TikTok dengan menggunakan peralatan rumahnya sebagai props, tanpa bantuan orang lain. Menggunakan barang-barang rumah seperti batu lesung, tong gas dan mesin basuh, setiap video mengambil masa kira-kira 10 minit dihasilkan. Dia sering merekod sendiri dan merancang storyboard sebelum produksi untuk memastikan kreativiti dan kesinambungan.

7. Mendapat gelaran penyanyi selepas menyertai uji bakat The Audition yang diadakan oleh Armani Entertainment Group. Walaupun awalnya menghadiri sebagai uji bakat lakonan, penawaran kontrak sebagai penyanyi diberikan setelah mereka mendengar kemampuan nyanyiannya.

8. Andai dianugerahkan rezeki, aspirasinya adalah menjadi pengarah, pencipta lagu dan membuka kedai makan.

         

Baca: Biodata Amir Jahari, Penyanyi Lagu Hasrat, Juara Anugerah Juara Lagu (AJL) 38 (2024)

Baca: 10 Fakta Yang Ramai Tak Tahu Mengenai Aisha Retno, Penyanyi Lagu Sutera, Finalis Anugerah Juara Lagu (AJL) 38 (2024)

Baca: Senarai Keputusan Pemenang Anugerah Juara Lagu (AJL) 38 (2024)

Baca: Senarai Finalis, Tarikh, Cara Undi, Info Penuh Anugerah Juara Lagu (AJL) 38 (2024)

        

Foto

siapa hasif upin

hasif upin instagram

hasif upin ig

hasif upin umur

hasif upin tiktok

hasif upin asal mana

hasif upin tinggi

hasif upin lagu

anugerah juara lagu 2024 36545

juara lagu 97894 906

hasif upin wikipedia

juara lagu 38 94498

ajl 89213

ajl 38 56596 474

ajl 2024 59556

hasif upin 517

Kredit foto: Instagram Hasif Upin , Facebook Momas Ipin

         

Video

Kredit video: masak cekodok kak ros upinipin tiru aksi

         

Sumber:

1. Hasif Upin serlah nyanyian dalam Janji Sampai Mati

2. Mikrofon Impian : "Saya Tidak Rasa Terbeban Lagi" - Hasif Sharuddin Bawa Pulang RM10,000

3. ‘Nama itu ingatkan asal usul & dari mana bermula.’ Tiada istilah tangkap muat, Hasif syukur tuah nama Upin buat diri dikenali

4. Tuah Abang Upin Ipin

5. Parodi Upin & Ipin buat pemuda ini raih jutaan pengikut Malaysia dan Indonesia, pergi uji bakat berlakon ditawar jadi penyanyi

        




Hakcipta iluminasi.com (2017)