Oleh pada 31 Jan 2024 kategori

Punten merupakan sebuah makanan tradisi jawa. Ia merupakan kepalan nasi yang ditumbuk dan berbentuk seperti telur rebus.

Terdapat juga punten yang menggunakan kelapa parut putih sebagai salah satu bahan. Menu ini dicicah dengan sambal ijo atau sambal tumis merah nasi lemak.

Bahan-bahan:

  • Beras (1 cawan) - dibasuh bersih (rendam semalaman untuk jimatkan masa memasak. Jika tidak sempat, 4 ke 5 jam juga boleh. Jika mahu masak terus juga boleh.
  • Santan (3 cawan) - campur 2 cawan air + 1 cawan santan pekat
  • Daun pandan (3 helai) - dikoyak sedikit dan simpulkan
  • Garam (1 sudu kecil) dan gula (secubit)
  • Minyak (1 sudu besar) atau Planta (1 sudu besar)

Cara-cara membuat:

1. Campur semua bahan-bahan di atas. Masak seperti masak nasi biasa.

2. Sesekali kacaukan nasi agar ianya masak rata.

3. Apabila sudah tanak, tumbukkan nasi menggunakan cawan atau anak lesung yang dibungkus plastik seperti membuat nasi impit cara tradisional.

4. Apabila sudah siap tumbuk, bersiap sedia untuk mengepal jadi bentuk seperti di dalam gambar. Buat di hadapan kipas kerana dapat meredakan kepanasan. Jangan lupa pakai sarung tangan plastik untuk kebersihan.

Tips: Untuk sukatan 1;3 ini, punten jadi sedang elok. Tidak keras dan tidak lembik sangat. Lembut sahaja walaupun sudah sejuk. Sukatan ini boleh menghasilkan lebih kurang 25 biji. Ikut saiz yang anda buat.

Sambal Ijo

Cara masak:

1. Panaskan minyak. Agak kuantiti untuk sebanyak mana sambal yang anda mahu, Tumiskan segenggam ikan bili sehingga garing.

2. Masukkan bawang besar yang dihiris. Tumiskan sehingga wangi dan bawang layu.

3. Masukkan pula cili padi serta belacan yang telah dikisar. Tumis reneh bahan-bahan ini sehingga cili berubah warna gelap.

Tips penting: Untuk mengelakkan sambal rasa pahit, perubahan warna menandakan cili sudah agak masak.

4. Selepas itu, barulah masukkan bawang putih, bawang merah ros, udang kering dan ikan bilis yang telah dikisar. Kemudian, tumiskan lagi sehingga semua kelihatan masak sebati.

5. Masukkan gula perang secukupnya. Jika tiada, boleh sahaja gunakan gula putih. Biarkan gula berkaremal. Baru kacau lagi.

6. Masukkan pula asam jawa. Agak-agak untuk seimbangkan rasa pedas. Boleh masukkan air sedikit demi sedikit. Tambah perasa tambahan juga waktu ini. Tambah Maggi Secukup Rasa.

7. Renehkan sambal ini sehingga cukup masak. Tambahkan garam di akhir masakan. Guna garam bukit pink. Siap.

3 554

2 437

Sumber resepi: Mawar Alina [1, 2]

Kredit informasi:

Haireah Eira Fadzil [1, 2]

Lily Mazlina [1, 2]




Hakcipta iluminasi.com (2017)