Oleh pada 17 Feb 2017 kategori

Tahukah anda, makanan ruji rakyat Korea Selatan iaitu kimchi merupakan satu jenis makanan probiotik? Ingat susu kultur je ke boleh ada probiotik. Kimchi juga mengandungi bakteria asid laktik (LAB) hasil daripada proses fermentasi semasa pembuatannya.

Menurut satu penyelidikan yang dibuat pada tahun 2013 oleh Universiti Busan (diterbitkan dalam Journal of Medicinal Food.January 2014, Vol. 17, No. 1: 6-20)selain mengandungi unsur probiotik, kimchi juga merupakan salah satu agen antikanser, antiobesiti, antisembelit, memperbaiki kesihatan kolorektum, boleh mengurangkan kolestrol, antioksida, antipenuaan dan banyak lagi!

Kami kongsikan resepi paling senang buat sendiri kimchi di rumah. Bahan-bahan pun mudah je.

Bahan-bahan

Bahan kimchi:

  • 1 biji kubis cina
  • 1/2 cawan garam garam kasar
  • 2 biji lobak merah, dihiris/disagat
  • 1 biji buah pear atau epal, dihiris/disagat
  • 1 ikat daun bawang, dipotong seinci
  • 1/4 cawan serbuk cili (boleh tambah atau kurangkan mengikut kesukaan)

Bahan kanji:

  • 3 sudu besar tepung pulut
  • 2 sudu besar gula
  • 1 cawan air

Bahan kisar:

  • 1 ulas bawang besar kuning
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 1/2 inci halia
  • 1 sudu besar gula
  • 3 sudu besar sos ikan
  • 1 biji pear atau epal

Mari mengimchi!

1. Belah dua (atau empat) sayur kubis dengan memotong pada bahagian pangkal menggunakan pisau. Kemudian perlahan-lahan tarik kubis menggunakan tangan. Bilas setiap kelopak sehingga bersih dan toskan.

resepi kimchi senang sedap

2. Sapukan garam pada setiap kelopak sayur sehelai demi sehelai. Simpan sayur dalam bekas tertutup dan biarkan selama 6-8 jam di dalam peti ais.

garam kimchi sayur kubis resepi

3.Setelah diperap dengan garam, bilas sekali lagi sayur kubis untuk mengurangkan rasa masin. Toskan dan perah kobis sehingga kering.

kimchi resepi senang

4. Sementara itu, sediakan kanji pemekat dengan memanaskan tepung pulut, air dan gula di atas api yang kecil. Sentiasa kacau dan apabila telah agak pekat (konsistensi seperti bubur), tutup api dan biarkan sejuk seketika.Sekiranya terlalu pekat, tambahkan air sedikit demi sedikit.

tepung pulut kanji pemekat kimchi resepi

5. Untuk membuat 'sambal' kimchi, kisar bawang besar, bawang putih, halia dan buah epal/pear. Kemudian tuang bahan kisar ke dalam mangkuk dan tambahkan sos ikan, serbuk cili dan gula. Campurkan sekali bahan kanji yang telah dimasak dan gaul semua bahan sehingga sebati.

kimchi sos resepi

6. Masukkan lobak merah, buah pear dan daun bawang ke dalam pes sambal. Gaul rata. Biarkan lebih kurang 30 minit untuk semua bahan meresap ke dalam sayur-sayuran.

inti kimchi pes sos resepi senang

7. Bahagikan pes sambal kepada dua (atau empat,mengikut bilangan potongan kubis anda) bahagian. Ambil satu bahagian dan sapukan rata-rata pada setiap helaian kubis. Ulang sehingga semua pes habis disapu pada kubis.

kimchi resepi senang sapu sos pada kubis

8. Lipat sedikit bahagian hujung daun kubis dan masukkan ke dalam bekas yang kedap udara. Mampatkan kubis dengan menekan bahagian atas sehingga padat untuk membuang udara lebihan. Kemudian simpan kimchi selama 1-2 hari dalam peti sejuk. Boleh juga simpan pada suhu bilik untuk proses fermentasi yang lebih cepat.

kimchi bekas kedap udara resepi senang

9. Sebelum menghidangkan kimchi, potong kecil-kecil dan bolehlah makan dengan nasi putih panas-panas bersama lauk lain.

potong kimchi kecil resepi

Anda juga boleh cuba buat nasi goreng kimchi. Sedap!

nasi goreng kimchi 153




Hakcipta iluminasi.com (2017)