Oleh pada 13 Nov 2018 kategori

Kredit foto: Zaimah Zakaria & Eddy Lela de Boom (Gambar bukan menggunakan resepi dibawah)

Lasagna merupakan pasta leper lebar dan mungkin antara jenis pasta yang paling lama pernah dicipta. Perkataan "lasagne", dan dalam banyak bahasa bukan Itali, bentuk tunggal "lasagna", juga boleh merujuk kepada hidangan yang dibuat dengan beberapa lapisan kepingan lasagne dan dilapisi dengan sos dan pelbagai bahan lain.

Jika selama ini anda berfikir pasta hanyalah hidangan seperti spaghetti dan makaroni, ternyata anda silap besar kerana lasagna juga tergolong di dalam kelompok hidangan pasta. Lapisan pasta berbentuk rata yang lebar, disusun menjadi beberapa lapis sehingga tebal.

Lasagna sememangnya lemak berkrim dan amat sedap jika dimakan ketika masih panas.

Lasagna

resepi lasagna

Kredit foto: Syara Fina

Bahan-bahan:

  • Instant Lasagna (half pack)

Rebus separuh empuk dan toskan {untuk cepatkan proses bake, bergantung kepada si pembuat}    

  • Daging burger (1 pek)
  • Sos spaghetti (1 tin)
  • Cendawan butang (1 tin, hiris nipis)
  • Bawang, lobak merah (potong dadu)
  • Herba

 

1. Tumis bawang.

2. Masukkan daging burger.

3. Gaul garing.

4. Masukkan sos spaghetti, cendawan butang dan lobak merah.

5. Gaul sebati.

6. Tambah sedikit air untuk ratakan sos dan bahan-bahan lain.

7. Masukkan sedikit herba dan garam.

8. Masak sehingga pekat dan asingkan.

  • Mentega (2 sudu besar)
  • Tepung gandum (2 sudu besar)
  • Susu penuh krim (1 cawan, tambah separuh jika terlebih pekat)
  • Kepingan cheese (4-5 keping)
  • Sedikit garam   

   

1. Cairkan mentega.

2. Masukkan tepung gandum dan susu penuh krim.

3. Gaul sebati.

4. Masukkan kepingan cheese dan garam. Agak-agak adunan pekat, asingkan.

Langkah-langkah layer:

1. Sapu loyang dengan sedikit mentega.

2. Letak lapisan instant lasagna paling bawah, diikuti dengan adunan daging.

3. Kemudian, letak adunan cheese di atas adunan daging tadi.

4. Akhir sekali, tabur cheese mozarela.

5. Ulang langkah sehingga penuh loyang.

6. Akhir sekali, letak hirisan cendawan butang, slices cheese dan sedikit herba. Bakar suhu 160c (30-40 minit). Ini merupakan suhu ketuhar pemilik resepi. Bergantung kepada ketuhar masing-masing.

Siap dan boleh juga simpan dalam chiller selama 3-4 hari. Rasa masih sama. Selamat mencuba.

 

Resepi Bonus: Lasagna Daging Versi Melayu

lasagna daging versi melayu

Kredit foto: Suhana Md Hane

Bahan-bahan:

  • Daging hancur jenama Ramly
  • Bawang merah dan bawang putih (mengikut citarasa)
  • Mayonis
  • Sos cili
  • Cili boh
  • Cili benggala
  • Tomato
  • Kulit lasagna
  • Cheese mozarela
  • Daun parsley

Langkah-langkah untuk memasak:

1. Tumis bawang merah dan bawang putih.

2. Letak cili boh. Buat pedas-pedas. Letak daging hancur.

3. Letak garam sedikit cukup rasa dan sos cili. Siap untuk daging.

4. Rebus kulit lasagna bagi lembut.

5. Potong dadu cili benggala dan tomato.

6. Ambil bekas. Contoh seperti gambar di atas. 

7. Letak daging tabur, cili benggala, sos cili.tomato. Letak mayonis dan tutup dengan kulit lasagna.

8. Ulang semula letak daging, tomato dan mayonis.

9. Akhir sekali, tabur cheese banyak-banyak. Jika mahu bau harum, letak serbuk parsley. Setelah siap, bakar dalam ketuhar. 

10. Agak-agak sudah meletup-letup cheese tersebut bolehlah keluarkan dari ketuhar. Makan panas-panas ya. Yang penting makan tidak cepat loya.

 

Resepi Bonus: Sos Lasagna Versi Ringkas

sos lasagna versi ringkas

Kredit foto: Rahida Embi

Bahan-bahan:

  • Mentega
  • Tepung
  • Susu segar
  • Garam
  • Lada sulah

Sukatan bahan juga ringkas. Hanya 1:1:1 (1 sudu besar mentega : 1 sudu besar tepung : 1 cawan susu)

 

Langkah-langkah:

1. Cairkan mentega dan masukkan tepung. Kacau sebati dan biarkan keperangan (proses pembuatan 'roux'). Warna roux menentukan warna sos.

2. Masukkan susu, garam dan lada sulah. Kacau sehingga pekat.

 

Sumber:

1. Syara Fina [12]

2. Suhana Md Hane [1, 2]

3. Rahida Embi [1, 2]

4. Wikipedia Lasagne

5. Dapur Keju Prochiz




Hakcipta iluminasi.com (2017)