Oleh pada 03 Apr 2017 kategori

jack ma 150

Dalam satu rancangan televisyen pada bulan Mei 2015 yang ditayangkan oleh KBS di Korea Selatan, pengasas Kumpulan Alibaba, Jack Ma bercakap kepada belia dan rakyat Korea selatan yang bersemangat keusahawanan mengenai bagaimana cara untuk berjaya di dalam. Beliau juga sempat memberitahu kekesalan yang beliau alami. Menurut Jack, kita mempunyai masa dan perjalanan hidup yang kita akan tempuhi; ia bermula dari ketika umur kita 20 tahun, sehingga umur kita mencecah 60 tahun.

Ini nasihat beliau :


1. Sebelum anda mencapai umur 20 tahun, jadilah seorang pelajar yang baik.

Menjadi pelajar yang baik sebelum berumur 20 tahun menunjukkan anda boleh mengikut arahan orang atasan dengan baik. Sifat ini perlu ada dalam diri kerana anda akan menempuhi lebih banyak cabaran dan dugaan dalam hidup serta perniagaan. Jadi kan ia sesuatu yang perlu ada dalam diri ini supaya anda boleh membuat keputusan yang bijak jika dilanda masalah.


2. Sebelum anda mencapai umur 30 tahun, ikut seseorang.

Kerja di syarikat yang kecil. Biasanya di syarikat yang besar, bagus untuk belajar cara untuk memproses, kerana anda seolah-olah sebahagian daripada jentera yang besar. Tetapi jika anda kerja di syarikat kecil, anda akan belajar mengenai minat dan impian. Anda akan belajar dengan banyak. Jadi, sebelum umur 30 tahun, yang penting adalah bukannya syarikat mana yang anda bekerja, tetapi bos yang macam mana yang anda ikut. Bos yang baik akan ajar anda dengan cara yang berlainan.

jack ma ambitions


3. Di antara umur 30 dan 40 tahun, anda perlu fikir dengan jelas sama ada anda mahu bekerja untuk diri anda, atau anda mahu menjadi seorang usahawan.

Keputusan perlu dibuat ketika di fasa umur ini. Jika anda tak pasti, anda perlulah mencari jawapan dengan segera. Kerana di fasa ini sangatlah penting untuk anda tahu ke mana tenaga dan usaha anda perlu dihalakan untuk mencapai apa yang anda target.

4. Apabila umur anda diantara 40 dan 50 tahun, anda mesti lakukan perkara yang anda mahir.

Jangan cuba untuk bertukar arah, kerana ia sudah terlalu lambat. Anda mungkin akan berjaya, tapi kemungkinan untuk gagal juga adalah tinggi. Jadi apabila anda berumur 40 hingga 50 tahun, fikirkan bagaimana anda boleh fokus kepada kepakaran anda.

jack ma 67


5. Apabila usia anda melepasi 60 tahun, luangkan masa untuk diri anda sendiri.

Rehat, buat benda yang anda suka, berkebun, pergi ke pantai. Sudah terlalu lambat untuk berubah.

Ini nasihat dari saya untuk belia remaja. Umum 25 tahun, lakukan apa sahaja kesalahan. Jangan risau. Anda jatuh, anda bangun, dan anda jatuh lagi..nikmati semua itu.. Anda baru berumur 25 tahun, nikmati hidup anda.



Kekesalan

"Saya mempunyai banyak kekesalan. Saya menyesal bertemu dengan media. Saya menyesal bercakap di hadapan umum. Kerana saya patut punyai privasi saya. Saya menyesal bekerja terlalu kuat dan luangkan masa yang sangat sikit bersama keluarga saya. Dan jika saya mempunyai hidup yang lain, saya tidak akan lakukan apa yang telah saya lakukan sekarang. Isteri saya berkata kepada saya, "Awak bukan milik saya, awak milik Alibaba,"

jack ma blue resize

Namun, hidup ini singkat. Semuanya berkenaan dengan pengalaman. Lain orang lain pandangan. Ada orang berpandangan bahawa anda kaya, anda berjaya, tapi itu tidak benar. Ada orang berkata lelaki ini tak ada duit, lelaki yang teruk, tapi mungkin juga ia tidak benar. Setiap orang pilih hidup mereka sendiri.

Saya menangis kerana kami mempunyai terlalu banyak masalah yang tiada siapa dapat bayangkan. Saya menerajui syarikat yang mempunyai 4000 tenaga muda, beroperasi untuk lebih 500 juta pengguna. Jika terdapat 1 peratus orang jahat daripada 500 juta, anda berhadapan dengan 5 juta orang jahat. Ia sangat menyakitkan kepala.

jack ma 2

Tapi sudah terlambat untuk menyesal, lupakan penyesalan. Saya hanya berfikir, saya masih mempunyai 10 hingga 20 tahun lagi untuk hidup, jadi saya hanya mahu nikmati hidup.





tags : , , , , , ,











Hakcipta iluminasi.com (2017)