Oleh pada 30 Mar 2017 kategori

Kadang-kadang apabila memulakan sesuatu perniagaan, ramai peniaga yang membuat kesilapan dengan pengiraan 'atas angin'.

Sebagai contoh mudah, kita ambil Kak Timah dan produk ayam goreng rangupnya.

Kak Timah membeli seekor ayam mentah dengan harga RM13. Ayam dipotong 8 dan dijual sebagai ayam goreng rangup pada harga RM2 setiap ketul. Kak Timah berasa seronok sebab dia sudah mula nampak keuntungan. Fikir Kak Timah, RM2 x 8 ketul = RM16. Maka, Kak Timah telahpun mendapat untung bersih sebanyak RM3 daripada hasil jualan seekor ayam.

BESARKAN TEKS     A-  A+

sistem perakaunan penting dalam perniagaan

Betul atau salah cara Kak Timah kira jumlah keuntungan itu?

Persoalannya, adakah Kak Timah menggunakan minyak menggoreng dan gas memasak yang diturunkan dari langit? Adakah segala rempah dan tepung yang digunakan dalam bancuhan gorengan itu diberikan secara percuma oleh pembekal sepanjang hayat? Bagaimana pula dengan kos-kos lain seperti bayaran gaji pekerja, kos pemasaran, kos utiliti, kos sewa dan kos tersembunyi yang lain?

Di sinilah ramai usahawan tersilap dan menyebabkan mereka tak untung-untung sehingga perniagaan pun gulung tikar.

ketahui jumlah segala kos yang terlibat

Untung kasar

Kak Timah menjangkakan dia telahpun mendapat margin keuntungan sebanyak 23% daripada jualan setiap ekor ayam. Ini hanyalah keuntungan yang dinamakan Untung Kasar. Kiraan untung kasar hanya melibatkan harga jualan dan harga kos membeli barang atau lebih dikenali sebagai Cost of Goods Sold (COGS).

Tapi, dalam contoh tadi pun awal-awal lagi Kak Timah dah buat salah pada kiraan harga kos kerana dia terlupa bahawa dia memulakan perniagaan dengan menggunakan bahan memasak (minyak, rempah, garam, gas memasak) yang sedia ada di rumah. Sepatutnya Kak Timah perlu masukkan sekali jumlah harga semua bahan ini dalam kos produk.

Untung bersih

Kak Timah perlu mengira sekali kos-kos tersembunyi yang lain untuk mendapat kiraan untung bersih. Sebagai contoh:

#1 Gaji (10%) - apabila berniaga, pemilik seharusnya perlu membayar gaji walaupun untuk diri sendiri. Peniaga tidak boleh rolling duit perniagaan dengan mencampuradukkan perbelanjaan peribadi dengan perbelanjaan syarikat.

#2 Pemasaran (10%) - Kak Timah perlu membuat banner, bunting atau edaran flyers untuk mempromosikan produknya. Kalau gunakan media sosial, mungkin Kak Timah nak buat iklan menggunakan FB Ads.

#3 Overhed (10%) - Overhed merupakan kos yang tidak boleh dikesan secara langsung semasa pengeluaran produk. Contoh overhed ialah bil air, bil elektrik, minyak petrol, sewa tapak perniagaan dan lain-lain.

contoh perbelanjaan

Contoh kos-kos lain yang perlu dimasukkan adalah seperti packaging, delivery fee, printing, lesen perniagaan dan sebagainya. Pendek kata, apa sahaja kos yang melibatkan penghasilan, penyediaan, pembungkusan sehingga penghantaran produk kepada pelanggan.

Apabila sudah disenaraikan semua kos tersembunyi ini, barulah Kak Timah boleh tambah pula sekitar 10-15% peratus keuntungan untuk menentukan harga jualan. Ramai usahawan yang buat kiraan terbalik -- tentukan harga jualan dulu baru kira kos dan perbelanjaan.

penyata untung rugi

Perniagaan makanan atau restoran sebenarnya lebih sukar kerana ia banyak melibatkan aliran tunai. Duit masuk dan keluar macam air setiap hari. Jika tidak diuruskan dengan baik, peniaga mungkin sebenarnya banyak buat 'amal jariah' saja bagi makanan percuma pada pelanggan. Berbeza dengan perniagaan produk seperti tudung, baju atau produk berbentuk fizikal lain.

Sekiranya anda tidak begitu mahir dalam menyimpan rekod kewangan syarikat, mintalah bantuan rakan-rakan atau ahli keluarga yang pandai. Anda juga boleh gunakan templat yang boleh didapati dari Internet ataupun muatturun aplikasi telefon (seperti Wave) untuk memudahkan kerja. Kalau syarikat ada bajet lebih, bolehlah mengupah pekerja akaun untuk menguruskan kewangan.

aplikasi perakaunan wave percuma untuk semua orang

Tak kisahlah sama ada perniagaan anda kecil atau besar. Yang penting, mesti ada sistem bookkeeping!

Sumber rujukan dan bacaan lanjut:

1. The Balance

2. Shopify

3. Wave




Hakcipta iluminasi.com (2017)