Oleh pada 15 Feb 2017 kategori

1. Alat permainan anak anda berbunyi terlalu kuat sehingga membingitkan telinga? Tutup speaker dengan pita perekat untuk mengurangkan bunyi bising.

lifehack ibu bapa

2. Tadah aiskrim / popsicle menggunakan acuan cupcake untuk mengelakkan daripada aiskrim meleleh-leleh ke tangan anak.

lifehack ibu bapa aiskrim

3. Letak sos tomato atau mustard di bawah sosej untuk waktu makan yang mudah dan tidak mencomotkan.

hotdog lifehacks ibu bapa

4. Buka pelipat di tepi air kotak untuk memudahkan si kecil mengangkatnya.

air kotak life hacks

5. Tegakkan berus gigi menggunakan penyepit baju supaya tidak menyentuh sink atau kaunter bilik mandi yang kotor. Ini amat berguna apabila keluar bermalam di hotel atau mana-mana tempat selain dari rumah.

toothbrush lifehack

6. Untuk meleraikan rambut anak patung yang kusut, semburkan sedikit air yang dicampur dengan pelembut fabrik.

rambut barbie lifehacks

7. Anak selalu main sabun mandi? Ikatkan getah di bawah kepala botol sabun. Ini boleh mengelakkan anak memicit sabun dengan terlalu banyak.

getah sabun mandi lifehacks

8. Cucuk kayu aiskrim pada bekas yogurt dan bekukan. Nah, aiskrim segera yang sedap dan menyihatkan sedia dimakan!

yogurt lifehacks ibu bapa

9. Tinggalkan bakul baju di dalam kereta supaya mudah untuk membawa barang runcit. Anda juga tidak perlu berulang-alik untuk mengangkat kesemua plastik.

shopping basket

10. Takut anak terguna gunting tanpa pengetahuan atau pengawasan anda? Kunci gunting menggunakan mangga.

kunci gunting

Selamat mencuba!

tags : , , ,











Hakcipta iluminasi.com (2017)