Oleh pada 12 Aug 2017 kategori

aisyah

Tidak ada ibu bapa yang tak sayangkan anak mereka, sedangkan haiwan sendiri menyayangi dan menjaga anak-anak mereka dengan penuh kasih sayang. Anak-anak dikurniakan kepada ibu bapa sebagai pelengkap kebahagiaan dalam sesebuah rumah tangga. Sebagai tanda bersyukur, ibu bapa wajib memberikan yang terbaik dalam segala segi.

comel

Namun, lumrah manusia, terdapat mereka yang mengambil mudah tugasan sebagai ibu bapa dan menganggap ia tidak penting. Lebih teruk lagi, kealpaan dan kecuaian serta kedegilan ibu bapa dalam membesarkan anak dengan cara yang sepatutnya menyebabkan anak-anak yang menanggung derita, termasuklah kematian.

iluminasi.com ingin berkongsi 3 kanak-kanak yang mati akibat kecuaian dan kedegilan ibu bapa.

3. Areni Manuelyan - Bronchopneumonia (kekurangan zat makanan)

gabaret manuelyan

Seorang kanak-kanak perempuan sembilan bulan, Areni Manuelyan, meninggal dunia akibat bronchopneumonia (keradangan paru-paru) yang disebabkan oleh kekurangan zat makanan pada tahun 2011.

Ketika meninggal dunia, Areni hanya seberat 5.2 kilogram, kurang 1 per 3 daripada berat yang sepatutnya. Ibu bapa bayi malang ini, Hasmik dan Garabet Manuelyan, yang merupakan vegetarian, hanya memberikan jus tomato dan air sahaja kepada Areni. 

Sehari sebelum kematian Areni, doktor memberi amaran bahawa anak mereka sedang tenat dan mencadangkan supaya Areni diberi makan melalui saluran darah secepat yang mungkin. Tetapi pasangan itu meninggalkan klinik dan berkata mereka akan berfikir dahulu, sehinggalah Areni meninggal dunia.

Walaupun dua daripada anak mereka telah diambil oleh jabatan kebajikan dan pasangan ini diberi amaran beberapa kali oleh doktor dan pakar pemakanan mengenai makanan yang diberikan kepada Areni, namun mereka masih mengabaikan dan menegaskan bahawa mereka hanya mengikut hukum alam semulajadi.

Walaubagaimanapun, hukuman yang dijatuhkan terhadap mereka dianggap sangat ringan dengan hanya 3 tahun kerja amal. Hakim berasakan bahawa kematian Areni, kehilangan hak penjagaan serta pembubaran perkahwinan pasangan itu sudah cukup berat bagi mereka. 

2. Ezekiel Stephan - Meningitis

ezekiel stephan

Pasangan suami isteri, David dan Collet Stephan merawat anak mereka, Ezekiel, yang diketahui sedang sakit, dengan memberikan ubatan yang ada di rumah seperti sirap maple, bawang putih, bawang merah, lobak merah, lada merah dan cuka epal.

Namun mereka sebenarnya tersalah anggap yang anak mereka hanya demam selesema. Selepas 2 minggu, keadaan Ezekiel semakin teruk dan masih diberikan rawatan semulajadi. Rakan pasangan memberitahu beliau berasa anak mereka dijangkiti meningitis dan perlu diberi rawatan segera.

davind dan collet stephan

Mereka enggan membawa ke hospital sebaliknya membawa Ezekiel ke klinik naturopati. Ketika mahu memasukkan Ezekiel ke dalam kerusi kanak-kanak, badan kanak-kanak itu kaku dan dibaringkan ke atas tilam.

Menyedari keadaan Ezekiel semakin tenat, pasangan itu masih tidak membawa anak mereka ke hospital, sehinggalah Ezekiel berhenti bernafas. Ezekiel kemudiannya diberikan bantuan mesin pernafasan, namun meninggal dunia selepas 5 hari pada Mac 2012.

Pasangan ini didakwa dan didapati bersalah kerana gagal memberikan keperluan hidup kepada anak mereka. Collet dikenakan hukuman berkurung selama 3 bulan namun David dijatuhkan hukuman 4 bulan penjara kerana menunjukkan rasa tidak menyesal dan tidak mengaku tindakannya telah menyebabkan kematian anaknya.

1. Hope Delozier - Streptococcus pneumoniae meningitis

hope delozier

Ketika masih kecil, Christine Delozier tidak pernah mengambil apa-apa pil atau menerima suntikan vaksin, jadi apabila Christine menjadi ibu, beliau juga tidak mempercayai perubatan moden. Disokong oleh suaminya yang berpendapat sepertinya mengenai perubatan moden, yang dibesarkan dalam kepercayaan yang dipanggil 12 Tribes of Israel.

Pegangan mereka semakin kuat dengan membuat kajian sendiri dengan membaca maklumat yang salah di internet yang mengatakan vaksin boleh menyebabkan kematian, gangguan imun, gangguan autistik dan bayi menggigil.

Sebelum kematian anak perempuan mereka yang bernama Hope, 18 bulan, Hope telah sakit selama 3 minggu akibat jangkitan telinga dan demam 39.4 darjah selsius serta muntah-muntah. Keadaan Hope mereka semakin teruk apabila telinganya menjadi bengkak bernanah, pecah dan mengeluarkan nanah selama 5 hari.

pasangan delozier

Namun Christine yang berpegang kepada pegangannya masih berkeras tidak mahu membawa anaknya ke hospital dan cuba untuk meningkatkan sistem imun anaknya dengan memberikan rawatan berasaskan herba.

Akhirnya, Christine menyerah kalah dan membawa Hope ke hospital, selepas kanak-kanak malang itu tidak lagi bernafas. Laporan autopsi menunjukkan Hope meninggal disebabkan streptococcus pneumoniae meningitis, yang bermula dari telinga kirinya. Hope yang hanya memerlukan antiobiotik kemungkinan masih hidup sehingga kini jika rawatan diberikan.

Christine dan suaminya didakwa atas tuduhan membunuh dan mengaku bersalah. Christine diberi tempoh pengawasan 16 bulan manakala suaminya dijatuhkan hukuman 4 hingga 23 bulan penjara.

Sumber: 

1. Global News

2. Huffington Post

3. The Guardian


tags : , , , , , , ,











Hakcipta iluminasi.com (2017)