iluminasi etika meja makan

Penat Shima hari itu.

Dia terpaksa mengambil dua shif waktu kerana shif petang kekurangan pekerja akibat cuti sakit. Dah hampir 11 jam Shima bekerja membuatkan badannya hampir hendak luruh rasa tulangnya.

Masuk satu keluarga dengan anak dua berlari berkejar abang dan adik perempuannya, yang agak Shima, baru hendak mencecah empat tahun. Ada tempat kosong di satu sudut lalu mereka sekeluarga pun duduk.

Hujan pula baru reda membuatkan cuaca agak dingin.

Abangnya berkejar-kejar mengacau adiknya sehinggalah ibunya marah, lalu diangkat anak perempuannya itu ke atas meja supaya abangnya berhenti mengejar.

Shima datang membawa menu sambil pensil dan kertas tersedia.

"Kak, minta maaf kak. Minta tolong turunkan anak kakak dari atas meja," pohon Shima. "Takut kotor meja, orang lain nak makan. Lagipun dia berkasut tu."

"Kau siapa nak ajar aku macam mana nak jaga anak aku sendiri?" balas wanita itu dengan muka masam mencuka. "Customer is always right."

"Bukan niat nak mengajar kak. Meja tu kan dikongsi, luar sana baru habis hujan, kasut anak puan pula mesti basah," kata Shima, tenang sahaja.

"Dah kau nak aku biar dia berlari?" tanya si ibu dengan muka marah sementara suaminya hanya menggelengkan kepala. Kepada siapa ditujukan tak tahu lah.

"Bukan kak, saya takut anak kakak tu dari kecil dah diajar suka duduk di atas meja, bila besar nanti dia nak pulak kerja menari atas meja sebab dah biasa dari kecik," kata Shima, lalu menghilangkan diri ke dapur.

ps - kanak-kanak baik diajar etika makan sejak kecil.


tags : , , , , , , , , , , , , , ,











Hakcipta iluminasi.com (2017)