Oleh pada 06 Dec 2023 kategori

Kredit foto: Instagram TGV Cinemas

       

Filem Sumpahan Jerunei kini boleh diakses di platform penstriman digital Netflix bermula 27 November yang lepas.

        

sumpahan jerunei full movie

Kredit foto: Instagram Sumpahan Jerunei Official

       

Peminat filem telah menjadikan kesempatan ini untuk menontonnya di rumah bersama dengan keluarga.

               

sumpahan jerunei sejarah

Kredit foto: Instagram GSC Cinemas

       

Bagi mereka yang tidak berpeluang ke pawagam sebelum ini, sudah tentu sangat bersemangat untuk menontonnya kali pertama.

Teraju utama dalam lakonan ini adalah bintang-bintang popular seperti Bront Palarae, Uqasha Senrose, Daiyan Trisha, Syafie Naswip dan Amerul Affendi.

Butiran lanjut mengenainya dengan membaca artikel sepenuhnya.

        

Sinopsis Sumpahan Jerunei (Curse of the Totem)

Diinspirasikan daripada kisah benar, Sumpahan Jerunei merentasi sejarah budaya kaum Melanau di Sarawak yang sering dikaitkan dengan elemen misteri, terutamanya dalam konteks adat pengebumian golongan bangsawan.

Filem ini cuba mengungkap rahsia di sebalik misteri adat pengebumian kaum tersebut yang menggunakan Jerunei, iaitu jenis keranda atau tempat persemadian yang diperbuat daripada kayu belian untuk meletakkan mangsa pembunuhan tidak bertamadun.

Filem ini mengikuti Bee (Uqasha Senrose), seorang pegawai pemeliharaan warisan, memaksa Dr Sani (Bront Palarae), seorang profesor arkeologi, untuk menemaninya ke Sarawak bagi mencari sekumpulan ahli arkeologi, termasuk bekas isteri Dr Sani yang hilang ketika ekspedisi mengkaji Jerunei (Tiang Totem).

Ketika mereka menjejak hutan untuk mencari jawapan, mereka dihadapkan kepada cabaran dan misteri yang menakutkan di dalam hutan.

Setiap ahli mengalami pengalaman yang ganjil, episod halusinasi, kesakitan yang luar biasa dan ada juga terbangun hanya untuk mendapati diri mereka di lokasi yang aneh.

Keadaan menjadi tidak terkawal apabila jasad salah seorang daripada mereka dirasuk oleh roh yang telah dikorbankan di sebuah Jerunei.

Tanpa disedari, ekspedisi ke tapak pengebumian bersejarah itu, yang pada mulanya biasa, berubah menjadi mimpi ngeri apabila pasukan ini menemui rahsia tersembunyi di sebalik tradisi yang menakutkan.

        

Baca: Info Dan Sinopsis Zaara - Bukan Nama Aku (2022), Kini Di Netflix

Baca: 10 Filem Seram Netflix Malaysia Paling 'Berhantu' (2023) - Wajib Tonton!

        

sumpahan jerunei sinopsis

Kredit foto: Instagram Sumpahan Jerunei Official

        

Pelakon / Cast

Menempatkan bintang-bintang terkenal sebagai peneraju utama watak lakonan, iaitu Bront Palarae, Uqasha Senrose, Daiyan Trisha, Syafie Naswip dan Amerul Affendi, dengan dibantu oleh Tony Eusoff, Ruminah Sidek, Yuyun Hikmah dan Sabrina Hassan.

        

Watak Pelakon

Bront Palarae sebagai Dr. Sani

Uqasha Senrose sebagai Bee

Daiyan Trisha sebagai Hana

Syafie Naswip sebagai Arjuna

Amerul Affendi sebagai Tommy

Tony Eusoff sebagai Madui

Ruminah Sidek sebagai Nula

Yuyun Hikmah sebagai Matalau

Sabrina Hassan sebagai Dr. Suraya

        

curse of the totem

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

         

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Di bawah arahan pengarah Jason Chong, Sumpahan Jerunei telah diperkemaskan dengan sokongan penulis skrip Sky Khor, Sofia J. Rhyland, Wendy Wong termasuk dirinya, dan diterbitkan di bawah syarikat Produksi Seni 2020.

        

Lagu Tema (OST)

Kredit video: Ernie Zakri - Sirna | Official Music Video | OST Sumpahan Jerunei

       

Tajuk: Sirna

Penyanyi: Ernie Zakri

Komposer: Sharon Paul

Penulis lirik: Slenfadzil & Ernie Zakri

        

Tarikh Tayangan

Bermula 27 Julai 2023, filem yang dinantikan oleh ramai ini telah diluncurkan secara rasmi di pawagam-pawagam di seluruh Malaysia dan Brunei.

Filem ini dapat ditonton oleh semua pelanggan Netflix, perkhidmatan hiburan penstriman terkemuka dunia, sejak 27 November 2023.

Senarai lain merangkumi filem-filem melayu terbaru yang boleh ditemui dalam katalog penstriman dalam talian yang paling popular ini, antaranya Zaara, Sumpahan Syaitan, Jemputan Ke Neraka dan Escape.

       

Judul: Sumpahan Jerunei

Judul antarabangsa: Curse Of The Jerunei

Genre: Seram

Durasi: 1 jam 29 minit

Kos pembikinan / Bajet: RM5 juta

Kutipan: RM1.57 juta

Platform online: Netflix

         

Kredit video: Filem Sumpahan Jerunai - Full Official Movie Trailer

       




Hakcipta iluminasi.com (2017)