Oleh pada 03 Apr 2023 kategori

Kredit foto: Instagram @inthetallgrassmovie

        

Tahun 2023, Netflix menyediakan banyak kandungan filem seram yang menarik dalam perpustakaannya untuk dinikmati oleh pengguna.

         

cerita hantu 456

Kredit foto: Instagram The Grudge Movie

         

Senarai ini merangkumi 10 filem seram yang boleh ditemui dalam katalog penstriman dalam talian yang paling popular ini, di samping ribuan siri, filem dan rancangan lain.

          

filem 2023 346

Kredit foto: Instagram @inthetallgrassmovie

           

*Walaupun begitu, ia tidak bermakna filem-filem ini diterbitkan pada tahun 2023, sebaliknya ia yang masih disediakan oleh Netflix untuk tontonan pada ketika ini.

          

In The Tall Grass (2019)

hantu seram 949

In The Tall Grass berdasarkan sebuah novel yang ditulis oleh Stephen King dan anaknya, Joe Hill. Filem ini menceritakan tentang seorang wanita hamil dan abangnya yang tersesat di tengah-tengah padang rumput yang luas ketika mereka cuba untuk menyelamatkan seorang budak lelaki yang meminta bantuan. Mereka kemudian sedar bahawa mereka tidak dapat mencari jalan keluar dari padang rumput itu.

Awake (2021)

cerita seram 555

Satu malapetaka misteri telah menimpa dunia apabila semua sistem elektronik terputus dan manusia kehilangan keupayaan untuk tidur. Keadaan ini menyebabkan masyarakat mengalami Insomnia yang boleh menyebabkan kematian, dan seorang bekas tentera terpaksa berjuang untuk menyelamatkan keluarganya dalam keadaan masyarakat yang memberontak dan fikirannya yang tidak stabil.

   

Ex Machina (2014)

netflix malaysia

Sains fiksyen dan thriller psikologi ini mengisahkan seorang pengaturcara muda yang dipilih untuk menyertai proses penilaian kecerdasan buatan dengan berinteraksi dengan seorang robot wanita di rumah Ketua Pegawai Eksekutif syarikatnya. Namun, yang berlaku kemudian adalah permainan manipulatif antaranya dan robot wanita tersebut.

   

The Visit (2015)

movie seram 414

Filem seram yang dihasilkan melalui konsep found footage yang berkisar dua beradik yang merancang untuk tinggal selama seminggu di rumah datuk dan nenek mereka, yang tidak pernah mereka temui sebelumnya. Namun, tingkah laku aneh datuk dan nenek mereka semasa kunjungan tersebut membawa mereka pada satu kesedaran bahawa kedua-dua orang tua itu sedang menyimpan satu rahsia gelap.

10 Cloverfield Lane (2016)

senarai movie best di netflix

10 Cloverfield Lane mengetengahkan plot seorang wanita yang terperangkap dalam kubu bawah tanah selepas mengalami kemalangan dan diyakinkan oleh seorang lelaki bahawa dunia di luar telah musnah dan tidak selamat untuk didiami. Namun, wanita itu sangsi dan memutuskan untuk melarikan diri.

Bird Box (2018)

netflix movie 365

Dalam filem ini, penonton bakal mengikuti kisah seorang ibu yang berusaha melindungi dirinya dan dua anaknya daripada entiti yang menyebabkan sesiapa yang melihatnya akan membunuh diri. Mereka memulakan perjalanan melintasi hutan dan menuruni sungai untuk mencari perlindungan di satu tempat yang selamat. Namun, untuk melakukannya, mereka terpaksa menutup mata mereka dari entiti yang sedang memburu mereka.

   

Escape Room: Tournament of Champions (2021)

kisah seram 597

Escape Room: Tournament of Champions merupakan kesinambungan kepada filem thriller psikologi yang berjaya menakutkan penonton di seluruh dunia, Escape Room. Kali ini, permainan muncul lagi. Enam individu mendapati diri mereka terperangkap dalam satu lagi deretan bilik untuk melepaskan diri, berjuang untuk terus hidup dan mencari jalan keluar daripada permainan yang mengundang maut tersebut.

Little Evil (2017)

filem netflix

Filem komedi seram yang mengetengahkan kisah seorang lelaki yang baru sahaja berkahwin dan ingin membina hubungan baik dengan anak tirinya. Namun, apabila beberapa kejadian ganjil berlaku, dia mula terjerumus dalam kepercayaan bahawa anak tirinya yang berusia 5 tahun itu mungkin seorang syaitan.

   

Quarantine (2008)

cerita hantu paling seram 412

Filem seram konsep found footage ini membawakan kisah tentang seorang wartawan televisyen dan jurukamera yang terperangkap dalam sebuah apartmen yang dikuarantin selepas wabak virus misteri melanda manusia di dalamnya dan mengubah mereka menjadi zombi.

The Grudge (2020)

movie hantu 192

The Grudge merupakan filem reboot bagi versi Amerika yang dikeluarkan pada tahun 2004 dengan tajuk yang sama. Ia mengikuti watak seorang detektif dan ibu tunggal yang menyiasat kes mengerikan, dan kemudian kembali ke rumah tempat kejadian di kawasan pinggir bandar. Tak lama kemudian, dia menyedari bahawa rumah itu telah disumpah oleh roh jahat dan menghukum mereka yang memasukinya dengan kematian yang kejam.

        

Baca: 10 Filem Seram Netflix Malaysia Paling 'Berhantu' (2024) - Wajib Tonton!

Baca: 8 Filem, Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru (2023), Mesti Tonton!

Baca: 10 Filem Seram Netflix Malaysia Paling Berhantu - Mesti Tonton!

Baca: Paling Berhantu! 9 Filem, Drama Seram Terbaru Mesti Tonton

Baca: 8 Filem, Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru, Boleh Tonton Secara Online!

Baca: 12 Filem Seram Netflix Malaysia Paling Berhantu - Wajib Tonton!

   

Kredit video: The Best Horror Movies On Netflix | Netflix




Hakcipta iluminasi.com (2017)