Oleh pada 19 Apr 2024 kategori

Kredit foto: Instagram J2: J Retribusi

         

Dengan kesinambungan daripada kejayaan filem sebelumnya, "J Revolusi", tiba sekuel "J2: J Retribusi" (Judul Netflix: J2: J Retribution). Filem aksi Malaysia tahun 2021 ini membariskan pelakon-pelakon hebat seperti Zul Ariffin, Rosyam Nor, Amelia Henderson dan Ashraf Sinclair.

Sebelum ini, filem ini pertama kali dipertontonkan di Disney+ Hotstar pada 1 Jun 2021. Namun, bagi mereka yang terlepas peluang, ia kini boleh disaksikan di platform penstriman popular, Netflix.

         

j2 j retribusi revolusi kutipan bajet kos pembikinan

Kredit foto: Instagram J2: J Retribusi

        

Dengan kedatangan filem ini di Netflix pada 19 April 2024, peminat filem akan dapat menikmati kisah aksi yang mengujakan di keselesaan rumah masing-masing.

        

Sinopsis

"J2: J Retribusi" mengisahkan tentang Jay Zulkarnain, seorang bekas ketua Unit Tindakan Khas (UTK) yang kini bertugas sebagai pengawal peribadi kepada Dato Hashim, seorang usahawan terkenal dan taikun hotel, mendapati dirinya terjebak dalam situasi yang sukar. Ketika Dato Hashim dan anak perempuannya, Nadi, ditawan sebagai tebusan oleh seorang ketua penjenayah yang kejam bernama Taufiq, Jay terpaksa melawan arus masa untuk menyelamatkan mereka.

Dalam usahanya, Jay dibantu oleh Chang, seorang bekas ahli taekwondo yang juga menjadi pengawal peribadi, serta Amy, seorang pengurus hotel.

Chang, yang dulunya ahli taekwondo, pernah diperdagangkan kepada Liu Kang untuk membayar hutang keluarganya. Bersama Jay, dia menghadapi musuh dan menemukan semangat baru yang telah terkubur.

Sementara itu, Nadi, seorang gadis yang cerdas dan berpegang pada janji, menjadi semangat kepada Jay untuk terus berjuang demi menyelamatkannya. Dengan kehidupan Dato Hashim dan Nadi bergantung pada keberanian Jay dan rakan-rakan, mereka tidak mengalah kepada masa dan tekanan yang menimpa mereka.

        

Baca: Info Dan Sinopsis The Djinn's Curse (Khong Khaek), Filem Seram Thailand 2023, Kini Di Netflix Malaysia

Baca: Info Dan Sinopsis Dough (Doh), Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle, Kini Di Netflix!

Baca: 10 Filem Melayu Terbaru Di Platform Netflix (2024), Mesti Tonton!

         

j2 j retribution

Kredit foto: Instagram J2: J Retribusi

        

Pelakon / Cast

Gabungan mantap Zul Ariffin, Datuk Rosyam Nor, Amelia Henderson dan Ashraf Sinclair yang mencipta kegemilangan di kalangan peminat filem aksi.

Turut memperkasakan naskhah ialah Chen Yiming, Ainin Batrisya, Luqman Hafidz, Anas Ridzuan, Eric Chen, Theebaan Govindasamy, Farid Amirul dan ramai lagi.

         

j2 j retribution netflix

Kredit foto: Instagram J2: J Retribusi

        

Filem ini merupakan penampilan terakhir Ashraf Sinclair sebelum beliau meninggal dunia pada 18 Februari 2020 akibat serangan jantung.

         

Watak Pelakon

Zul Ariffin sebagai Jay Zulkarnain

Dato Rosyam Nor sebagai Dato Hashim

Amelia Henderson sebagai Amy

Ashraf Sinclair sebagai Taufik

Chen Yiming sebagai Chang

Ainin Batrisya sebagai Nadi

Luqman Hafidz sebagai Sani

Anas Ridzuan sebagai Jin

Farid Amirul sebagai Boon

Eric Chen sebagai Liu Kang

Theebaan G sebagai Ivan

Al-Fudhail Anwar sebagai Rooster

Kim Fukazawa sebagai Tina

Shewin Sim sebagai Hong

Azwan Razali sebagai Viktor

        

Penampilan Istimewa

Norman Hakim sebagai DSP Risham Aziz

Niezam Zaidi sebagai Pegawai kanan

Datuk Seri Shah Rezza sebagai Majid

Jasper Supayah sebagai Fazira

Anim Ezati Rizki sebagai Pengacara 999

         

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Nasrul Asraff Mahzan dan Nazim Shah, dua pengarah yang berpengalaman dalam industri produksi filem, menjalankan arahan untuk filem ini dengan kerjasama penulis skrip Alfie Palermo, Azhar Amirulhisyam dan Anwari Ashraf. Ia diproduksi oleh Primeworks Studios dan Infinitus Productions.

        

Lagu Tema (OST)

Kredit video: TUJU FT. MALIK ABDULLAH - Ralit (Official OST MV) | J2: J RETRIBUSI

        

Tajuk: Ralit

Penyanyi: Tuju feat Malik Abdullah

Komposer: Ming, Wolfy

Penulis lirik: Tuju

        

j2 j retribution movie

Kredit foto: Instagram J2: J Retribusi

        

Tarikh Tayangan

"J2: J Retribusi" mula tersedia secara eksklusif di pelantar penstriman Disney+ Hotstar Malaysia pada 1 Jun 2021, tanpa penayangan di pawagam.

Pada 25 Jun 2021, filem ini kemudiannya disajikan di layar pawagam di Brunei.

Pada 19 April 2024, penstriman filem ini akan bermula di platform terkenal, Netflix.

         

Judul: J2: J Retribusi (Judul Netflix: J2: J Retribution)

Genre: Aksi

Bahasa: Melayu

Durasi: 1 Jam 48 Minit

Platform online: Netflix, Disney+ Hotstar

        

Kredit video: Filem J2: J Retribusi - Full Official Movie Trailer

        

Kredit video: DI SEBALIK TABIR | J2: J RETRIBUSI Disney + Hotstar Original

        




Hakcipta iluminasi.com (2017)