Kredit foto: Instagram Dr. Sheikh Muszaphar

27 Julai lalu menjadi momen terindah buat angkasawan negara, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor apabila beliau bersama isteri, Dr. Halina Mohd Yunos dikurniakan anak kembar lelaki.

dr sheikh muszaphar terima anak kembar di hari lahirnya 2

Kredit foto: Instagram Dr. Sheikh Muszaphar

Lebih istimewa, anak kembarnya berkongsi tarikh lahir yang sama dengannya.

Berita gembira itu disampaikan beliau menerusi laman Instagram. 

dr sheikh muszaphar terima anak kembar di hari lahirnya 3 654

Kredit foto: Instagram Dr. Sheikh Muszaphar

Cuba untuk menjalinkan hubungan dengan si kembar. Ia menarik perhatian saya mellihatkan wajah mereka yang betul-betul seiras. Saya betul-betul menikmati setiap detik saya sebagai seorang bapa.  

dr sheikh muszaphar terima anak kembar di hari lahirnya 4

Kredit foto: Facebook Sheikh Muszaphar Shukor

Terima kasih semua untuk ucapan selamat hari lahir. Alhamdulillah, kembar ini mengambil keputusan untuk lahir ke dunia ini pada hari yang sama dengan hari lahir saya. Kami berasa bersyukur dengan kelahiran dua bayi lelaki pada jam 10.05 pagi tadi dan waktu selang antara dua kelahiran ini hanyalah beberapa minit sahaja. Bella dan Tasha betul-betul teruja. Terima kasih sekali lagi atas doa kalian. Seperti yang biasa saya katakan, saya sayang anda semua.

Pasangan Sheikh Muszaphar dan Halina Mohd Yunos berkahwin pada tahun 2010 dan terdahulu mereka dikurniakan dua anak perempuan iaitu Sophea Isabella dan Sophea Natasha. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)