Kredit foto: Instagram Zizie Izette

Tahniah buat aktres Zizie Ezette atas berita gembira yang baru disampaikannya.

Menerusi laman Instagram, Zizie mendedahkan dia dan suami, Bung Mokhtar bakal dikurniakan anak kembar pada Disember ini atau Januari tahun hadapan.

Berita kehamilan tersebut pastinya memberi sinar baru kepada kehidupan pasangan tersebut kerana telahpun berumah tangga sejak 18 September 2009.

sekian lama penantian akhirnya zizie ezette bakal timang anak kembar 2

Kredit foto: Instagram Zizie Izette

Saya ingin mengumumkan kehamilan terbaru saya yang mana bayi dijadualkan untuk dilahirkan pada Disember atau Januari ini. Kami dapat anak kembar!!! Harap boleh doakan kehamilan saya ini berjalan dengan lancar dan selamat, serta menerima bayi yang sihat. Terdahulu, kami menyimpan rahsia kehamilan ini pada tiga bulan pertama kerana ingin memastikan segala-galanya berjalan dengan baik dan selamat. Sayangnya anda tidak mendapat berita ini secara eksklusif kerana mungkin sesetengah daripada anda telah membacanya di akhbar hari ini. Apapun saya telah mengumumkannya. Saya akan meneruskan proses kehamilan ini dengan penuh kesyukuran dan sifat positif.

Berita gembira itu turut memberi kejutan besar buat para pengikut Instagram Zizie.

Menerusi ruangan komen, rata-ratanya mengucapkan tahniah dan berharap segala urusan akan berjalan dengan lancar sehingga ke hari kelahiran. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)