Sebuah majlis sambutan hari lahir ke-7 anak kepada selebriti terkenal, Yatt Hamzah yang bernama Suci Hanania Malika telah berlangsung secara sederhana dengan kehadiran keluarga serta kawan rapat beliau.

Kanak-kanak comel yang diberi panggilan manja 'Nia' (genap usia 7 tahun pada 28 Februari lalu) itu merupakan anak hasil perkahwinan terdahulu Yatt bersama Abdul Mutalib Abdul Shukor.

Hari ni (28 Februari) Kakak Nia dah 7 tahun.. Dah besar panjang dan sangat bijak. Ya Allah rasa macam baru je lahirkan dia.

Dulu Nia baby yang disayangi semua.. Didukung, didodoi dan dimanjakan selalu.. Hari ni (28 Febrauri) Kakak Nia yang dukung, manjakan dan dodoi adik dia pula. Subhanallah indahnya percaturanMu Ya Allah..

MashaaAllah besar dah anak Bonda ni.. Moga jadi anak Solehah ya sayang.. Nanti tarik Bonda, Abah & Abi juga Mummy ke Syurga ya.. Ameen..

Jadikan anakku SUCI HANANIA MALIKA anak yang Solehah penyejuk mata dan hati ibu bapanya. Ameen. Bonda, Abah & Iqlima love you Kakak Nia.

Sumber: Instagram @yatthamzah_mrs_zul  

Selain itu, Yatt juga turut dikurniakan seorang lagi anak perempuan diberi nama Suci Humaira’ Iqlima yang dilahirkan pada 27 Disember tahun lalu.

Iqlima merupakan cahaya mata hasil perkahwinannya dengan Mohammad Zulfadhli Khiruddin pada 27 Februari tahun lalu.

sambutanharilahiranakyatt1

sambutanharilahiranakyatt2

sambutanharilahiranakyatt3

sambutanharilahiranakyatt4

Kredit foto: Instagram @yatthamzah_mrs_zul & Instagram @zaerazran

Sumber berita: myartis.com




Hakcipta iluminasi.com (2017)