Kredit foto: Instagram Evertts Gomes , Facebook Evertts Gomes

        

Evertts Gomes memegang watak penting dalam siri popular "Hero Seorang Cinderella Musim 2" bersama Fattah Amin dan Nur Fazura, yang akan disiarkan di Astro Ria bersama pelakon-pelakon terkenal seperti Erysha Emyra, Isyariana Che Azmi dan Faha Azhar.

         

hero seorang cinderella 2 27725

Biodata Evertts Gomes

Nama penuh: Evertts McClane Gomes

Nama komersial: Evertts Gomes

Umur: 26 tahun (2024)

Tarikh lahir: 16 Oktober 1998

Tempat lahir / Asal: Kota Kinabalu, Sabah

Keluarga: Anak sulung daripada empat orang adik beradik

Pendidikan: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

Pekerjaan: Pelakon, Model

Instagram (IG): @evertts_gomes

Tiktok: @everttsg

       

Latar Belakang

1. Mempunyai darah kacukan dari keturunan Cina, Kadazan dan Portugis.

2. Merupakan cucu kepada mendiang Cyril Jones Christopher Gomes yang dahulu terkenal sebagai penyamar ‘Elvis Presley Sabah’.

3. Kebolehannya mula diperlihatkan menerusi penyertaan dalam program Hero Dewi Remaja 2023 sebagai wakil lelaki tunggal dari Sabah.

4. Selainnya, turut menjadi sebahagian daripada finalis Hero Remaja dalam musim tersebut ialah Aiman Ameer, Fitri Farok, Razin Qidran, Hakim Khan, Jaysong, Jay Iskandar dan Azri Safix.

Manakala, dalam kategori wanita, wakil Dewi Remaja terdiri daripada Nurel Baharin, Arabella Ellen, Adrina Kamaruddin, Qistina Rania, Myra Afrina, Azqa, Amira Rafik dan Cora Waybin.

5. Drama yang menonjolkannya sebagai pelakon watak ialah siri Hero Seorang Cinderella 2 dan telefilem Crush Pilihan Mama.

         

Fakta Menarik

1. Berdiri dengan ketinggian mencapai 188 sentimeter (cm).

2. Telah bergelar penggiat seni dalam industri hiburan sejak tahun 2016.

3. Pernah terlibat dalam dunia model dan pembantu servis tetamu, serta mempunyai pengalaman sebagai penari pada satu ketika dahulu.

4. Mempunyai anugerah dalam bakat menyanyi, menari, berlakon dan modeling, selain daripada minat dalam bidang pengarahan.

5. Menganggap pengarah dan pelakon terkenal, Syamsul Yusof sebagai idola, sementara bagi artis antarabangsa pilihannya ialah Keanu Reeves.

6. Didakwa mempunyai hubungan istimewa dengan anggota Dolla, Syasya, kerana sering bersiaran langsung di platform media sosial bersama. Namun, dia menafikan dan menyifatkan hubungan mereka sebagai persahabatan yang rapat, walaupun tidak menolak jika satu hari nanti takdir menyatukan mereka.

7. Keakraban mereka bermula selepas video lakonannya sebagai peminat Syasya menjadi viral dan mendapat perhatian ramai.

         

Baca: Biodata Qistina Rania, Finalis Dewi Remaja 2023

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Hero Seorang Cinderella Musim 2 (Astro Ria)

Baca: Biodata Fitri Farok, Naib Juara Hero Remaja 2023, Cucu Pelakon Normah Damanhuri, Anak Saudara Kak KM

Baca: Biodata Nurel Baharin, Juara Dewi Remaja 2023

Baca: Biodata Aiman Ameer, Juara Hero Remaja 2023

Baca: Biodata Arabella Ellen, Naib Juara Dewi Remaja 2023

Baca: Senarai Peserta / Finalis, Info Penuh Hero Dewi Remaja 2023

         

Foto

evertts gomes instagram

evertts gomes umur

evertts gomes agama

evertts gomes drama

hero dewi remaja 2023 89829

evertts gomes hero remaja

evertts gomes

hero remaja 2023 18726

pelakon hero seorang cinderella 2 79784

evertts gomes wikipedia

hero seorang cinderella novel 24775

Kredit foto: Instagram Evertts Gomes , Facebook Evertts Gomes

        

Kredit video: My Wedding Study Partner | NUREL & EVERTTS

         

Sumber:

1. Evertts dan Syasya tiada apa-apa

2. “Kalau Ex Girlfriend Nak Jatuhkan Saya…,” – Evertts Tak Risau Kisah Silam Dikorek, Mahu Sukses Macam Tracie Sinidol

3. Majalah Remaja

        




Hakcipta iluminasi.com (2017)