Kredit foto: Instagram Wan Raja

Siapa Wan Raja? Wan Raja merupakan seorang pelakon yang kini terkenal dengan peranannya dalam drama berepisod Dendam Seorang Isteri, sebagai suami curang, Harris yang bermain kayu tiga dengan bekas isterinya, Amira — sehingga membuatkan penonton panas!

Biodata

Nama sebenar: Saiful Redzuan bin Abu Bakar

Nama pentas: Wan Raja

Umur: 44 tahun (2022)

Tarikh lahir: 12 Februari 1978

Tempat lahir / Asal: Georgetown, Pulau Pinang, Malaysia

Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Seni Lukis, Universiti Teknologi Mara (UiTM)

Kerjaya: Pelakon

Instagram (IG): @wanraja

Latar Belakang

1. Aktif sebagai anak seni sejak tahun 2007.

2. Membintangi filem Sifu & Tongga, Dalam Botol, 2 Hati Satu Jiwa, Balun, Makrifat Cinta, KL Special Force, Kolong dan Tuju Tuju The Movie.

3. Beliau membuat penampilan televisyen dalam drama bersiri Spa Qistina, Love You Mr. Arrogant, Bukan Kerana Aku Tak Cinta, Teman Lelaki Upahan, Tundukkan Playboy Itu, Kampong Pisang Bersiri-siri, I-Tanggang: Mother of All Lies, Dendam Seorang Isteri, Khilaf Asmara dan banyak lagi.

4. Wan Raja turut melakonkan watak dalam telefilem, antaranya Anak Mamak Menantu Mami, Dalca Mami Georgetown, Waris Songsang, Duit Kahwin, Kalut Nak Raya, Airis dan Matahari.

5. Pada pementasan teater, beliau muncul dalam Jebat, Puteri Saadong, Devian Dogma, Radin Mas, Tengku Putri Salasiah, Waktu Sesudah Itu, Mayat dan lain-lain.

6. Wan Raja berkahwin dengan pelakon Rabbiati Adawiyyah Ismail atau nama popularnya, Yaya Maembong pada 12 Disember 2014. Mereka mempunyai seorang anak perempuan, pelakon Seri Aileen Marissa (lahir 4 April 2016) dan seorang anak lelaki, Muhammad Emre Farizqi (lahir 13 Januari 2018).

Fakta Menarik

1. Perjalanan seninya bermula dengan pembabitan menerusi persembahan pentas teater.

2. Isterinya, Yaya Maembong merupakan adik beradik kepada aktres terkenal, Emma Maembong dan Chacha Maembong.

3. Pada tahun 2017, anaknya, pelakon cilik Seri Aileen Marissa diberi peranan dalam siri Sayang Papa Saya Tak, di mana dia muncul bersama ibu saudaranya, Emma Maembong, Hisyam Hamid dan Luqman Hafidz.

Baca: Biodata Dan Latar Belakang Shikin Maembong, Kakak Kepada Emma Maembong

Baca: 8 Fakta Pelakon Emma Maembong Yang Ramai Tak Tahu!

Baca: 10 Fakta Drama Berepisod Dendam Seorang Isteri Yang Ramai Tak Tahu!

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Isteri (Slot Tiara Astro Prima)

Gambar

wan raja ig

wan raja

isteri wan raja

yaya maembong

pelakon dendam seorang isteri 191

keluarga wan raja 833

dendam seorang isteri 336

wan raja dan isteri

wan raja kahwin

drama dendam seorang isteri 553   

Kredit foto: Instagram Wan Raja

Video

Kredit video: [EPISOD PENUH] DENDAM SEORANG ISTERI - EPISOD 1 (FULL)

Sumber:

1. Emma Maembong taja bulan madu Wan Raja dan isteri ke London

2. Bayi Comel Yaya Maembong & Wan Raja Kini Bergelar Pelakon

3. Wan Raja tak kisah anak lebih popular




Hakcipta iluminasi.com (2017)