Kredit foto: Instagram Qistina Rania , Facebook Qistina Rania (Qiss)

       

Qistina Rania merupakan pelakon baru yang bakal muncul dalam drama berepisod, "Bercakap Dengan Jun". Drama adaptasi novel karya Hasrul Rizwan ini akan menemui penonton menerusi saluran Astro Ria, aplikasi Astro Go dan Sooka bermula 1 Mei 2024. Dia akan berkongsi layar dengan pelakon-pelakon terkenal seperti Dini Schatzmann, Kahoe Hon, Fikry Ibrahim, Nadiya Nisaa, Sairish Elaria, June Lojong, Musyi Mohtar dan beberapa lagi.

       

Biodata

Nama sebenar: Qistina Rania binti Fakhrul Azzam

Nama komersial: Qistina Rania, Qist Rania

Umur: 23 tahun (2024)

Tarikh lahir: 26 Mac 2001

Tempat lahir / Asal: Kota Bharu, Kelantan

Pendidikan: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

Pekerjaan: Pelakon, Model

Instagram (IG): @_qistinarania

Tiktok: @_qisrania

       

Latar Belakang

1. Bakat Qistina dicungkil semasa menyertai pertandingan Hero Dewi Remaja 2023, yang mana dia tersenarai di kalangan 16 peserta teratas (Top 16).

2. Tujuh lagi finalis pencarian Dewi Remaja musim tersebut termasuklah Nurel (juara), Arabella Ellen (naib juara), Adrina Kamaruddin, Myra Afrina, Amira Rafik, Azqa dan Cora Waybin.

3. Manakala dalam kategori Hero Remaja, adanya nama-nama seperti Aiman Ameer (juara), Fitri Farok (naib juara), Razin Qidran, Evertts Gomes, Jay Iskandar, Hakim Khan, Jaysong dan Azri Safix.

4. Qistina pernah membintangi drama berjudul "Crush Pilihan Mama" dan "Bercakap Dengan Jun".

5. Dia pernah muncul sebagai model dalam video muzik "Cerita Kita" nyanyian Nazim Othman pada tahun 2020.

       

Fakta Menarik

1. Qistina, atau Qist, merupakan panggilan mesra kepadanya.

2. Demi cinta pada dunia seni, Qistina memilih untuk meninggalkan kerjaya pramugari yang pernah dijalaninya.

3. Mempunyai keyakinan bahawa keunikan setiap individu tidak seharusnya menjadi halangan dalam mencapai impian mereka.

4. Gemar menerima cabaran dan ingin memberi contoh kepada remaja agar terus percaya pada potensi dan cita-cita mereka sendiri.

5. Impiannya adalah menjadi seorang pelakon, penyanyi ataupun penari.

       

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun (Slot Drama Vaganza Astro Ria)

Baca: Biodata Evertts Gomes, Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Baca: Biodata Fitri Farok, Naib Juara Hero Remaja 2023, Anak Saudara Kepada Usahawan Kak KM

Baca: Biodata Nurel Baharin, Juara Dewi Remaja 2023

Baca: Biodata Aiman Ameer, Juara Hero Remaja 2023

Baca: Biodata Arabella Ellen, Naib Juara Dewi Remaja 2023

        

Foto

qistina rania dewi remaja

qistina rania drama

qistina rania age

qistina rania wikipedia

qistina rania umur

wikipedia qistina rania ketinggian keluarga adik beradik

dewi remaja 2023 61298

pelakon bercakap dengan jun 61277

qistina rania

bercakap dengan jun drama 56158

Kredit foto: Instagram Qistina Rania , Facebook Qistina Rania (Qiss)

        

Sumber:

1. Instagram Majalah Remaja

2. Tinggalkan Kerjaya Di Awan Biru, Aiman Ameer & Qist Tekad ‘All-Out’ Demi Menangi Hero Dewi Remaja 2023!

3. Hero Dewi Remaja 2023

         




Hakcipta iluminasi.com (2017)