Kredit foto: Instagram Nelissa Nizam

Nelissa Nizam merupakan pelakon wanita baharu tanah air, terkenal menerusi lakonannya dalam TV dan filem.

Peranan TV lakonannya antaranya dalam drama bersiri Sitik Tok, Jalan Sesat Ke Syurga, Senafas Rindu, Isteri Bukan Untuk Disewa dan Cik Sempurna. Tidak terkecuali, kerjaya Nelissa di layar lebar menerusi filem Tombiruo: Penunggu Rimba, Polis EVO 2, Belaban Hidup: Infeksi Zombie dan The Disappearance of Irdina Adhwa.

Profil beliau dalam lakonan paling dikenali umum menerusi siri Budak Tebing 2 yang bersiaran di slot Lestary TV3, dengan memegang watak sebagai Maria.

10 Fakta Nelissa Nizam, Pelakon Gandingan Zul Ariffin Drama Novel Berepisod Tarik Aku Ke Syurga - Yang Ramai Tak Tahu!

tarik aku ke syurga 749

     

1. Aktres yang juga pesohor media sosial berumur 24 tahun ini dilahirkan serta dibesarkan di ibu negara, Kuala Lumpur.

   

nelissa nizam umur 28

     

2. Nelissa merupakan peserta Pertandingan Pencarian Gadis Panca edisi 2017 yang turut disertai oleh aktres seangkatan, Nynaa Harizal.

   

nelissa nizam 507

    

3. Sebaik sahaja selesai menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Nelissa mendapat pendedahan awal dalam bidang lakonan selepas membintangi sebuah naskhah - atas galakan ibunya, seorang pemilik agensi pelakon iklan komersial.

tarik aku ke syurga pelakon

    

4. Menurutnya, dia bermula sebagai pelakon ekstra yang hanya "lalu lalang" di hadapan kamera dan menapak perlahan-lahan melalui pengalaman.

   

nelissa nizam ig 74

    

5. Beliau memulakan kerjaya dengan membuat kemunculan dalam drama Dia Semanis Honey lakonan utama Siti Nordiana dan Alif Satar yang bersiaran di Astro Ria.

   

nelissa nizam drama 299

      

6. Nama 'Nelissa Nizam' bertukar dari masa beliau dikenali sebagai Nelissa Edreena di awal kerjaya lakonan.

   

the gadys

    

7. Nelissa turut memperjuangkan perjalanan seni dengan menganggotai kumpulan The Gadys, yang terdiri daripada empat orang ahli iaitu Nelissa sendiri, Aznie Azmi, Ayunie Rizal dan Faa Zaini.

Dengan The Gadys, beliau menghasilkan lagu hit single sulung yang bertajuk "Gadys Raya" pada 2022.

nelissa nizam wikipedia 575

    

8. Dia juga ingin mencabar diri dengan memasuki bidang nyanyian dan pengacaraan, kerana ingin menyerlahkan bakat yang sedia ada.

   

drama tarik aku ke syurga 926

    

9. Mengikuti kelas lakonan Fauziah Nawi, Taiyuddin Bakar dan Najwa P Ramlee sebagai rujukannya untuk tampil sebagai pelakon dengan pakej yang lengkap.

nelissa nizam dan zul ariffin

Kredit foto: Instagram Nelissa Nizam

10. Menitikberatkan soal pendidikan, Nelissa yang mengikuti pengajian jurusan Ijazah Komunikasi Massa (Komunikasi Interpersonal) secara separuh masa di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, berjaya memperoleh sijil dekan dalam semester pertamanya.

Kini dia bergandingan dengan Zul Ariffin dalam drama bersiri Tarik Aku Ke Syurga, adaptasi novel Tarik Daku Ke Syurga, lakonan bersama Nabil Aqil, Izzendra, Lisdawati, Ayra Messi, Keith Foo, Hafreez Adam, Aleeza Kassim, Sean Lee, Nada Nur Syuhada, Azzahra Ahmad dan ramai lagi.

Untuk biodata asas Nelissa Nizam, anda boleh baca artikel: Biodata Dan Latar Belakang Nelissa Nizam

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Tarik Aku Ke Syurga (Slot Samarinda TV3)

Kredit video: Di Sebalik Tabir Tarik Aku Ke Syurga, Trailer - Release Date, Episod 1 Pada 23 Jun 2022

Sumber:

1. Nelissa buat sehabis baik

2. Semakin dikenali, Nelissa Nizam bangga usaha keras membuahkan hasil

3. The Gadys jual imej seksi?

4. Lalu-lalang depan kamera

5. Instagram Nelissa Nizam

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)